Thursday, June 7, 2012

Naik turun berat badan

Setelah gagal untuk membantu seorang kliennya menurunkan berat badan, seorang jurulatih kecergasan telah mengambil keputusan untuk menambahkan berat badannya sendiri dengan tujuan untuk memahami apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh kliennya. Dia pun mula melupakan gim, mengambil makanan ringan, makanan laju (lol) dan air soda. Dalam masa 6 bulan berat badannya meningkat daripada 87 kg kepada 120 kg. Ukur lilit pinggangnya pula berubah daripada 34 inci kepada 48 inci. Senang je.

Selepas itu dia kembali semula ke gim dalam proses untuk menurunkan kembali berat badannya. Pada peringkat awal, dia berasa malu kerana terpaksa melakukan tekan tubi dengan lutut yang menahan lantai. Namun begitu, dalam masa 6 bulan, dia berjaya kembali ke berat badan asalnya. Kesimpulannya, dia berjaya menambah berat badan sebanyak 33 kg dan menurunkannya kembali ke berat asal dalam masa setahun.

Kini dia faham, proses menurunkan berat badan bukan tentang fizikal semata-mata. Ia bukan hanya mengenai rancangan makanan dan senaman. Sebaliknya, kunci utama adalah mental dan emosi.

Asal - Naik - Kembali ke asal

Nak cuba? Peringkat pertama sangat mudah! Peringkat kedua...ermm ermm.

9 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

betoiii!
mental kena kuat! then usaha pon sangat perlu :)

APAN said...

sanggup dia buat mcm tu ye...nasib baik kembali ke keadaan asal...kalau x, x keruan la sebab hilang six pack tuh :)

meowwmania said...

betoi betoi..kena bulat tekod wooo...kalau tidak hangat2 taik ayam jelah huhuu

+qasih nadira+ said...

huuu...sy selalu kawal makan je.xde nampak kurus,xde nampak gemok~heee..

♥ wawawawa ♥ said...

wahh mental sy x kuat..

xley tahan nafsu makan =(

Tinta Lana said...

Salam lan :)

Memang betul lah tu, bukan soal nak senaman n makan produk bagai semata2.. bab emosi tu lah, kdg2 asa malu, rendah diri. Nak joging kat taman pun, satu taman duk mandang. org yg ase rendh diri, mau segan jadi lgutu. pi gym pun, cmtu lah juga. tak kuat smngt, lau tak memg payah le nak menjadi.

♥ sitifarhana ♥ said...

fuyooo badann..ketaq2 tuuuu...hehe

ch000tz said...

tak suka badan ketaq² haha

♥ Nana BamBam ♥ said...

susah la nak turun..naik bukan main cepat lagi :(