Thursday, May 17, 2012

Pendaftaran Haji

Kamu dah buat pendaftaran haji?
Dah lama la saya buka akaun.
Buka akaun simpanan tabung haji dengan buat pendaftaran haji tu perkara yang berbeza tau.
Eh, ye ke?
Buka akaun tabung haji tu untuk simpanan je, RM 10 pun boleh untuk permulaan. Tapi untuk pendaftaran haji kena ada sekurang-kurangnya RM 1300.00 dalam akaun.
Habis kalau takde RM 1300.00 dalam akaun, belum boleh daftar haji la?
Yup, kena ada RM 1300.00 dalam akaun tabung haji. Tapi sekarang dah boleh buat pendaftaran haji guna KWSP. Senang sikit.
Macam mana tu?
Kalau kamu ada simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM 1300.00 dalam akaun 1, kamu dah boleh buat pendaftaran haji.
Oo..senang la. Maknanya RM 1300.00 akan ditolak dari akaun KWSP ke?
Eh tak la, itu sebagai syarat je. Tak melibatkan pengeluaran wang KWSP. Kamu cuma perlu bawa penyata KWSP terkini ke mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji dan buat pendaftaran haji. Buatlah cepat, sebab nak tunggu giliran kita tu lama, maksimum 40 tahun sekarang ni. Tapi menurut pegawai Tabung Haji yang saya hubungi, lepas 10 tahun dah boleh buat rayuan untuk pergi.
Ok, terima kasih!

*Pendaftaran Haji Ahli KWSP*

12 comments:

meowwmania said...

hehe..

kite da daftar dah..insya'Allah ada rezeki nak pegi dlm masa terdekat ni :)

Lan Bingka said...

meowwmania: waa..bagus la tu. ayah saya dah sampai 3-4 kali pesan suruh daftar, baru saya nak daftar. lambat betul saya ni.

♥ farhana ♥ said...

sy dah daftar jugak..tapi tu la,sushny simpanan nak naik2..ehehe

Lan Bingka said...

farhana: takpe la susah sikit naik, janji niat kita menyimpan tu mulia, nak ke tanah suci kan.. ;)

jaakechik said...

terima kasih share!
boleh tahu 1 info!

Lan Bingka said...

jaakecik: sama2.. saya pun happy dapat berkongsi :)

Tinta Lana said...

Salam..haa,heh3. Hjg thn lepas, lana baru bukak akaun..tertangguh skian lama, akhirnya buka juga.

Sebelum tu, lana ingat,bila daftar tabung haji, maknanya daftar nak pi haji lah. Jadi, ms bukak akaun tu, smpt bertanya abang kacak tu pasl tu..explaination dia samala dgn lan,hehe. Baru lana tau..lau tak,smpai kesudah taktau gamaknya. :)

Lan Bingka said...

Tinta Lana: rasanya ramai yang tersalah anggap macam ni :)

Jejentik said...

40 tahun? walaweh...lama kot nak tunggu tu, umur dah masuk 60-an baru nama naik...

nampaknya, kena start penuh kan akuan tabung haji dari sekarang la ni

Lan Bingka said...

Jejentik: mula la sikit2 dari sekarang.. :)

ungu voilet said...

baru daftar tahun ni ke..tahniah..tp klw dah ada rezeki lebih bole la pegi awal kot..bole buat rayuan..tak payah tunggu tarikh yg ditetapkan..

Lan Bingka said...

ungu voilet: violet ke voilet? huhu.. terima kasih datang melawat.. =)