Saturday, April 7, 2012

Acara maghrib

Saya ada latihan futsal hari ni sempena pertandingan futsal antara kelab-kelab penyokong EPL. Belum terpilih pun, mungkin hari ni boleh tahu. Kalau tak terpilih, saya datang jadi penyokong la. Sekarang senang, buat event kat fb dan jemput sesiapa yang berkenaan. Boleh buat anggaran berapa orang yang akan datang, dan boleh juga berbincang perkara berbangkit mengenai acara yang akan diadakan tu. Minggu lepas ada dalam 20 orang juga yang datang.

Masa latihan adalah dari 6.30 petang hingga 8.30 malam. Saya difahamkan pukul 9.30 ke atas court penuh sampai 1 pagi. Saya bagi cadangan masa mulanya diawalkan atau dilewatkan sejam supaya tak menyusahkan orang nak solat. 

Bukan tak boleh nak solat bila masuk waktu maghrib, tapi acaranya bukan acara duduk-duduk atau acara baring-baring, tapi ni acara yang berpeluh. Bila nak berhenti solat, bukan boleh terus pergi surau dengan  keadaan berpeluh tu, baju pun basah. Mesti la nak kena sejukkan badan, tunggu peluh kering. Lepas tu nak mandi bersama-sama, baru boleh solat. Lepas tu nak sambung main futsal lagi? Memang tak la..

Penganjur tak nak ubah masa. Takpe la, saya berhenti la awal sikit nanti. Tak pun mula lewat sikit. Penganjur ni kawan-kawan saya juga. Saya memang akan support segala event yang diorang buat. Cuma agak kecewa la dengan pemilihan masa. 

2 comments:

eL said...

Cakap tentang waktu solat ni boleh angin tiba-tiba. Hari tu kawan sekolah rendah yang dah 20 tahun lebih nak jumpa. Dah la tak penah jumpa, nak jumpa pertama kali kat panggung. Tengok pulak yang mula pukul 7:30 pm. Dia tu lelaki pulak tu. Memang a big NO NO la jawabnya. Tak jumpa lagi 20 tahun pun takpe. Memang angin dan dan tu jugak.

Lan Bingka said...

eL: nak bagi cadangan lain pun dah tawar hati ye dak? hehe..