Wednesday, March 21, 2012

Perjalanan paling lama

Saya baru balik dari Kota Bharu, Kelantan. Selama 3 hari saya dan kawan-kawan menembak di sana. Tempat yang sempat kami lawati ialah Pasar Siti Khadijah, rumah pembuat hulu keris, pembuat wau, pembuat martabak raja, kilang membuat serunding, tempat membuat songket dan rumah tok dalang wayang kulit. Kami juga sempat menyaksikan persembahan dikir barat dan berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh. 

Pada hari Ahad kami bertolak pulang ke KL pada jam 4.00 petang. Kami berhenti rehat dan solat di R&R Gua Musang pada jam 7.20 malam. Semasa berhenti rehat tu, bas kami dilanggar oleh bas lain. Entah macam mana pemandu bas tu nak parking sampai terlanggar. Mujur bas kami cuma bercalar di beberapa bahagian. Kira-kira pukul 8.00 malam kami meneruskan perjalanan. Pemandu tu bawa bas macam bawa kereta, laju semacam. Kalau jalan lurus tu takpe, ini jalan berliku, sampai terjatuh barang-barang dalam salah satu tempat menyimpan barang di atas kepala. Nasib baik tak kena kepala, dan nasib baik yang jatuh tu cuma plastik berisi makanan dan beg-beg kecil. Kalau kena botol budu yang jatuh atas kepala, terus pandai kecek kelate.

Malang menimpa, pada pukul 9.30 malam satu tayar bas kami pecah. Tayar yang pecah tu tayar belakang bahagian dalam, jadi kami hanya bergantung pada tayar luar. Masa tu kalau tak silap saya di daerah Merapoh. Jalan gelap, hutan pula di kiri kanan jalan. Pemandu bas menyambung perjalanan dengan perlahan, tapi tayar yang pecah menghasilkan bunyi bising di bawah bas. Bas dipandu 20km/j. Kalau dicongak-congak, InsyaAllah pagi lusa baru sampai. 

Kira-kira 300 meter dari situ kebetulan terdapat sebuah kedai makan, tempat pemandu-pemandu lori berhenti rehat. Bas kami pun berhenti di situ. Kawan saya kata jangan mudah terpedaya, kena check dulu. Sambil membelakangkan kedai, dia pun tengok dari celah kelangkang. Ternyata kedai itu wujud..lol. Kami tersadai di situ 4 jam sebab nak tunggu bas lain datang ambil dari KL.  *Pengsan*

Kalau ada channel sports takde hal la nak lepak lama-lama, boleh tengok bola. Ini takde pulak. Tengok Raja Lawak Musim 6 je. Kebetulan masa tu ulangan peringkat akhir dan saya pun memang tak pernah tengok langsung Raja Lawak musim 6 ni. Layan je la. Kami bertolak dengan bas baru pada pukul 2 pagi. Sampai di KL pada pukul 6.30 pagi. Fuhh, 14 jam setengah. Nasib baik saya dah mohon cuti awal-awal.


17 comments:

zafira othman. said...

peeehhh, dugaan. nasib tak pernah kena ^^

~LoVE PiNk~ said...

perjalanan yg penuh onak duri..ahahah ayat xleh blah..ade budu ly meh ckit..^.*

khairunnisa ♥ said...

salam,
memang perjalanan yg lama..
last year pi, amik masa 9jam perjalanan
sebab banyak stop..
kelakar pla cara nak check kedai tu wujud =_="
alhamdulilah selamat sampai dan
selamat kembali..

Faizul said...

Tak boleh lawan aku naik keretapi ke Kelantan...18 jam.. Keretapi rosak...hehehe

Lan Bingka said...

zafira: nasib baik bukan masalah enjin, kalau tak memang tersadai kat tepi jalan..

Lan Bingka said...

Love Pink: takde budu pun.. ;)

Lan Bingka said...

khairunnisa: diorang takut termakan cacing, tu yg check tu..haha

Lan Bingka said...

Faizul: lagi lama tu..haha

LoveBug said...

mak aihhh...lama betullll...sakit buntut le gitu..kekeke berapa kali tidor pn xsedar...kekeke

Lan Bingka said...

LoveBug: bosan sampai dah tak tahu nak buat apa. baca paper kat kedai dah, makan dah, tengok tv dah, tongkat dagu atas meja dah.. bayar harga makanan lepas tu duduk termenung kat atas lantai tepi kedai..huhu

c'axoera ヅ said...

hahaha so far perjalanan yang paling lama pernah dialami dengan kereta selama 5jam...kematu dalam kereta from medan to lake toba ..

hanaahmad said...

Lebih dari 12jam, memang perjalanan yang memenatkan.

Lan Bingka said...

c'axoera: tak sampai separuh masa perjalanan saya..hehe

Lan Bingka said...

hanaahmad: betul tu, sangat penat..

NAZRUL AZAT said...

bestnye kalo dpt join huhuuu

Lan Bingka said...

Nazrul Azat: jalan2 ambil gambar sambil cari jodoh..huhu

Fid"s said...

nice journey'
biasalah perjalan penuh cabaran dan dugaan huhu