Thursday, December 1, 2011

Doakan dia

Sebelum bekerja di Putrajaya 2 minggu lepas, saya menjadi pengapit kepada kawan saya. 4 bulan sebelum majlis dia dah booking. Futsal pada hari Jumaat saya ketepikan untuk menolong pengantin memacak tanda arah ke rumahnya. Kesian pulak takde orang tolong, maka saya dan Pali pun berangkat ke Shah Alam. Tahu je la kat Shah Alam tu, banyak simpang, banyak bulatan. 3 jam baru siap pacak. Pukul 2 selesai kerja dan pukul 3 lebih baru sampai di rumah. Memang lunyai gila bila sampai di rumah. Tidur punya tidur, pukul 10 lebih baru terjaga.

***

Demm, sesak pulak MRR2 ni. Handphone berbunyi, tertera nama pengantin. Saya menjeling jam di tangan lalu menjawab panggilan. "Hello"  "Wei, kat mana?"  "Kat MRR2"  "Jauh lagi tu, cepat sikit bro.."  "Ok2"

Kali ke-3 pengantin call pada pukul 1.20 - "Kat mana dah?"  "Jakel"  "Jakel? Ok cun, cepat sikit". Fuhh, ngam2 sampai. 5 minit kemudian kami berarak masuk melalui khemah hingga ke meja makan pengantin. Jauh juga nak sampai ke meja pengantin sebab ada 10 khemah.

***

Ada sekumpulan kawan rapat sejak sekolah. Sebelum ni ada 2 orang geng bujang. Sekarang tinggal seorang. Owh! Doakan dia..

*Mood: bawa diri.. 

6 comments:

eL said...

Dia mmg la camtu, mula2 jadi pengapit. Esok lusa kita pulak kena apit. Tak caya tanya la yg dah jadi perantin tu, dulu diorang asalnya pengapit la ahaksssss......

Lan Bingka said...

eL: selalunya macam tu kan..hehe

zirconia said...

semoga cepat bertemu jodoh. aminnn :D

Lan Bingka said...

zirconia: aminn.. sama2 la kita.. ;)

+qasih nadira+ said...

hehehe~xpe~kalau lambat makne nye jodoh tu memang istimewa..

Lan Bingka said...

harap2 macam tu..;)