Saturday, December 31, 2011

Penutup 2011

Saya baru lepas mengimbas memori 2011. Belek semula gambar-gambar sepanjang tahun. Banyaknya kenangan, berapa gig agaknya memori otak saya yang dah diguna. Saya merumuskan bahawa tahun 2011 ialah tahun yang paling sibuk dengan kerja. Oh my..sibuk gila, kalah tahun-tahun sebelumnya. Saya harap trend ni tak berterusan. Selalu balik malam sampai akhirnya saya duduk rumah sewa di Bangi. Weekend baru balik kampung. (kampung la sangat, KL je pun)

Tahun ni juga saya menjadi ahli 3 series. Selamat tinggal 20an. Dan yang tak bestnya, saya dah takde geng bujang daripada kalangan kawan rapat. Dulu 2 orang bujang. Sekarang saya bergerak solo, meninggalkan lagi 8 orang. Macam penyanyi la, baru masyuk sikit.

Saat paling sedih pastinya kehilangan seorang kawan yang kembali ke rahmatullah. Itulah sekali saya mengalirkan air mata tahun ni.

Saat paling berharga dan paling buat saya gembira ialah menyertai kumpulan Toon Army. Baru la meriah sikit hidup, terutama pada hujung minggu. Menonton bola dan main futsal sama-sama. Terbaik!



Saya membuka tirai 2011 dengan aktiviti mendaki Bukit Tabur. Lepas naik Bukit Tabur tu terus rancang kononnya nak jadikan 2011 penuh dengan aktiviti outdoor. Ceh, apa yellow pun takdak. Sibuk punya hal la ni. Tapi tak sangka saya akan menutup tirai 2011 dengan aktiviti yang sama pagi tadi. Ok la tu kan.. :)



Banyak lagi cerita, letih la nak cerita semua. Ingat laporan tahunan ke..

Kepada yang memeriahkan blog saya yang tak seberapa ni sepanjang tahun 2011, terima kasih banyak-banyak! 

Harapan 2012? Well, harap-harap ada 'perubahan'. Misi diteruskan...huhu

* Sambutan tahun baru saya di rumah je, bosan.

Wednesday, December 28, 2011

Nihongo

Saya masih ingat dalam tahun ini saya ada mengikuti kursus Bahasa Jepun. Seronok gak belajar bahasa baru. Yang susah bab nak menulis la, susah nak ingat tulisannya. Kelas diadakan setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu. Belajar asas je, tahap 1. Masa dalam tempoh belajar tu, hari-hari bertutur dalam Bahasa Jepun dengan beberapa orang kawan yang turut sama berkursus. Ayat takde la yang hebat sangat, ayat-ayat mudah yang diajar dalam kelas je. Bila ada masa lapang je tengok drama bersiri jepun. Awek pun nak awek Jepun. Mood Jepun la tu.

Tapi sekarang banyak perkataan yang dah lupa. Bila tak selalu guna macam ni la jadinya. Nak bagus memang kena duduk kat negara Jepun sana, setiap hari kena cakap. Ada kawan saya yang sedang belajar kat sana, kadang-kadang dia hantar mesej dalam Bahasa Jepun. Aduh.. garu kepala jap. Saya jawab "Sorry senpai, dah lupa la maknanya.. ;)"  Dia pun translate la ke Bahasa Melayu...baru faham...hehe.

Segan gak kalau terserempak dengan sensei ni. Mau menyorok..


Friday, December 23, 2011

Sayang sungguh

Tadi nak delete draf entri lama yang tak jadi publish..
Sekali terdelete entri yang dah publish dan ada komen..
Sayang sungguh..

Bengap juga kamu ni..

Cerita feri Langkawi

Kami lega bila mendapat tahu Encik G tidak perlu dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Strok yang dihadapinya cuma strok ringan. Dia pun masih boleh berjalan. Cuma dia perlu melakukan pemeriksaan di hospital bila sampai di KL nanti. Kalau kena tahan kat wad, lagi pening kami dibuatnya. Macam-macam hal perlu diuruskan.  

Selepas memakan ubat yang diberi oleh doktor, kami lihat keadaan Encik G lebih baik sikit daripada sebelumnya. Cuma bab air liur tu memang tak dapat nak tolong la, sentiasa je nak meleleh. Dia pun sentiasa pegang tisu. Kalau kami bagitahu air liurnya meleleh, dia akan lap. Kira macam notifications la tu. 2 jam kami terpaksa menunggu di jeti sebelum boleh berlepas. Encik G kami biarkan duduk bersama Zani di restoran yang terdapat di dalam Kompleks Jeti Kuah sementara saya dan Ady hanya duduk di kaki lima di dalam kompleks menjaga barang-barang kami. Banyak barang weh. Sorang dah 2 beg. Dengan barang-barang pameran lagi, kotak-kotak, laptop, lcd projektor, poster..bla bla bla..penuh 3 troli. Saya pergi sana 1 beg, balik 2 beg. Sambil duduk menunggu, kami melihat-lihat beberapa orang calon jodoh.

Seperti dijangka, masa naik feri la masa yang paling mencabar. Bayangkanlah dengan orang yang ramai, dengan nak tolak troli, nak jaga Encik G yang sakit lagi. Nasib baik pemandu pun bantu tolak troli, cukup sorang jaga 1 troli. Feri yang sepatutnya kami naik boleh pulak takde masa tu, entah sebab apa. Kami disuruh pula menaiki feri yang lain. 4 kali kami terpaksa berulang-alik dari satu feri ke feri yang lain sebelum dapat naik. Kejap suruh pegi feri yang depan, kejap suruh pegi feri yang belakang. Dah macam bola dibuatnya. Kalau berulang-alik tu berlenggang takpe, ni nak menolak troli sekali. Demm.. memang terpaksa bersabar je masa tu. Yang penting Encik G tak apa-apa.

Nak masukkan segala barang dalam feri dan keluarkannya semula bila tiba di jeti Kuala Kedah adalah kerja yang sangat mencabar. Banyak kali kena ulang-alik dari feri ke platform jeti. Barang pulak bercampur dengan barang orang lain. Mujur saya dah tanda semua beg dengan selotape. Kalau tak, jadi kelam-kabut la macam orang lain. Ramai kot bawa beg plastik hijau cap Haji Ismail Group. Beg-beg beroda pun banyak yang sama, beli kat kedai Pak Mail la tu. Masa nak keluarkan barang, mula la masing-masing jadi keliru yang mana 1 beg plastik atau beg diorang. Mungkin ada yang cuma beli coklat, balik rumah dapat mangkuk Corelle.

Thursday, December 22, 2011

Pagi ke-6

Pagi itu saya meninggalkan Encik G berseorangan di bilik. Dia belum selesai bersiap. Saya turun dulu ke tingkat bawah motel dan menuju ke kafe untuk bersarapan.  Selepas sarapan pagi kami akan terus check-out. Di kafe, Zani dan Ady sedang duduk di satu meja, hampir selesai bersarapan. Beberapa minit kemudian Encik G muncul di muka kafe. Kunci yang dipegangnya terjatuh ke lantai, lalu dia mengutipnya. Sebelum sampai ke tempat makanan yang jaraknya hanya kira-kira 5 meter, perbuatan mengutip kunci itu berlaku lagi 3 kali. Lantas dia menjadi perhatian beberapa tetamu lain yang berada di situ. Akhirnya dia sampai di tempat makanan di mana saya sedang berdiri menunggu roti keluar dari toaster. Untuk kesekian kalinya, kunci bilik kami terjatuh lagi. "Kenapa Encik G, poket bocor ke?" soal saya.  "Entah la, takde rasanya." Saya memerhatikan kunci diseluk ke dalam poketnya. Kalau jatuh lagi memang sah bocor. Kunci itu selamat berada di dalam poket. Ternyata ianya tidak bocor.

Saya kembali ke meja dengan roti bakar dan teh o. Kami memerhatikan Encik G dari meja. Dia mengambil pinggan, tetapi pinggan terlepas dari tangannya dan terjatuh kembali ke atas susunan pinggan lain. Mujur hanya pinggan plastik dan jarak jatuhannya pun hanya beberapa inci. Dia mengambilnya semula dan mula mengambil makanan. Kami berpandangan sesama sendiri, pelik. Dia mengambil separuh nasi goreng dan separuh mi goreng. Sedang dia berkira-kira untuk mengambil apa lagi, pinggan yang dipegangnya senget menyebabkan sebahagian mi goreng yang berada di dalam pinggan menggelungsur semula ke dalam bekasnya. Dia tidak menyedarinya. Disebabkan saya sudah mula makan, saya dengan serta merta meminta Zani membantu Encik G, takut pinggannya terjatuh. Dari meja, saya dan Ady memerhatikan Zani cuba menawarkan diri untuk memegang pinggan Encik G, tapi Encik G tetap mahu memegangnya sendiri. Zani hanya mengiringi Encik G hingga sampai di meja kami.

"Encik G ok?" tanya Ady.  "Saya ok, cuma rasa unbalance sikit. Tak tahu la kenapa."  Setelah duduk seketika, Encik G menuju semula ke tempat makanan. Kami menumpukan sepenuh perhatian kepada gerak geri Encik G. Dia mengambil segelas air yang diletakkan di dalam mug dan berdiri menunggu giliran untuk mengambil sesuatu, mungkin buah-buahan. Dari meja, kami perhatikan mug itu dipegang makin lama makin senget sehingga air di dalam mug tumpah ke seluarnya. Encik G tidak menyedari apa yang berlaku. Dengan pantas Zani menuju ke arah Encik G dan menegakkan mug yang dipegang oleh Encik G. Kalau lambat sikit, mungkin terlepas pautan jari Encik G pada tangkai mug itu. Oh, saya berasa sangat risau. Zani dan Ady juga pasti berkongsi rasa yang sama. Baru malam tadi kami keluar makan bersama sambil menikmati suasana malam di Pantai Chenang. Dia nampak sihat saja.

Mata kami tertumpu kepada Encik G. Dia makan sambil cuba berbual seperti biasa, cuma suaranya sedikit perlahan. Air liurnya meleleh di kiri mulut. Sesekali mi juga berjuntai di kiri mulut. Dia terus bercakap seperti biasa. Setelah beberapa ketika diperhatikan, memang sah dia tidak dapat merasai apa yang sedang berlaku. Kami pun menegurnya. Baru dia sedar akan hal itu lalu mengelap mulutnya dengan tisu.

Encik G beberapa kali menolak untuk dibawa ke klinik kerana merasakan dia masih ok, tapi disebabkan kami akan menempuh perjalanan yang jauh, kami bawa juga dia ke klinik. Dia disahkan mengalami light stroke. Dia hampir tidak dapat merasa bahagian kiri badannya. Sambil menunggu masa untuk menaiki feri dari Kuah ke Kuala kedah, saya berdoa tiada apa yang berlaku kepada Encik G sepanjang perjalanan kami pulang ke KL.

Sunday, December 18, 2011

Gambar LIMA

Selain peralatan untuk berperang dan membunuh, ada juga objek lain yang boleh ditemui semasa berlangsungnya pameran LIMA 2011;

kamera dan beg nikon
cermin mata bingkai hijau
gelang LIMA 2011
jari berbalut
jaket kulit wanita
ekor helikopter
van putih

Thursday, December 15, 2011

Pertama kali ke LIMA

Setelah seminggu berada di Langkawi, banyak cerita yang saya dan rakan sekerja bawa balik sebagai kenangan. Pengalaman bertugas di LIMA 2011 buat kali pertama memang menyeronokkan. Tapi dia punya penat pun boleh tahan la. Perkara yang menarik di dalam MIEC (Mahsuri International Exhibition Centre) ialah terdapatnya pelbagai model dan replika kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal laut, misil, pelancar roket, kapal selam dan macam-macam lagi. Saya minat betul la dengan segala replika ni. Rasa nak cilok je satu.

Seingat saya di Langkawi tak hujan langsung, panas. Sunburn sikit muka. Hampir setiap hari saya menyaksikan pertunjukan udara (aerial show) di luar bangunan MIEC. Pertunjukan udara diadakan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang, setiap hari. Teruja juga menonton aksi pesawat dari jarak dekat dengan bunyinya yang bising. Selepas hari kedua dah bosan sebenarnya nak tengok pertunjukan udara sebab aksinya lebih kurang sama je, tapi disebabkan duduk dalam dewan jaga booth lagi bosan, baik saya keluar tengok pesawat dan gadis-gadis yang datang, kan lebih menarik tu.

Disebabkan sibuk dengan tugas di MIEC, tak sempat saya nak ke Awana Porto Malai, tapak bagi pameran maritim. Agak kecewa la. Kalau tak, boleh juga menjejakkan kaki ke dalam kapal-kapal tentera laut. Takpe la, lain kali. Meh saya kongsi sedikit gambar.

teringin nak naik

stail


comel



Tasneem SPM sedang bertugas

kenal tak?



Sunday, December 4, 2011

Jetman di LIMA 2011

Esok saya akan bertolak ke Langkawi untuk bertugas sepanjang LIMA 2011. Pertama kali saya nak merasa ke LIMA ni. Seronok! Sambil bekerja boleh meronda melihat segala benda. Kalau terjumpa jodoh pun apa salahnya..;)  Harap ada pertunjukan udara Jetman bersama jet pejuang.


Wow!

(macam la ada..haha)

Thursday, December 1, 2011

Doakan dia

Sebelum bekerja di Putrajaya 2 minggu lepas, saya menjadi pengapit kepada kawan saya. 4 bulan sebelum majlis dia dah booking. Futsal pada hari Jumaat saya ketepikan untuk menolong pengantin memacak tanda arah ke rumahnya. Kesian pulak takde orang tolong, maka saya dan Pali pun berangkat ke Shah Alam. Tahu je la kat Shah Alam tu, banyak simpang, banyak bulatan. 3 jam baru siap pacak. Pukul 2 selesai kerja dan pukul 3 lebih baru sampai di rumah. Memang lunyai gila bila sampai di rumah. Tidur punya tidur, pukul 10 lebih baru terjaga.

***

Demm, sesak pulak MRR2 ni. Handphone berbunyi, tertera nama pengantin. Saya menjeling jam di tangan lalu menjawab panggilan. "Hello"  "Wei, kat mana?"  "Kat MRR2"  "Jauh lagi tu, cepat sikit bro.."  "Ok2"

Kali ke-3 pengantin call pada pukul 1.20 - "Kat mana dah?"  "Jakel"  "Jakel? Ok cun, cepat sikit". Fuhh, ngam2 sampai. 5 minit kemudian kami berarak masuk melalui khemah hingga ke meja makan pengantin. Jauh juga nak sampai ke meja pengantin sebab ada 10 khemah.

***

Ada sekumpulan kawan rapat sejak sekolah. Sebelum ni ada 2 orang geng bujang. Sekarang tinggal seorang. Owh! Doakan dia..

*Mood: bawa diri..