Monday, November 7, 2011

Korban raya korban

Memang ketara saya dah lama tak menulis. Rakan blogger yang lama tak update blog pun dah ada 2-3 entri baru. Setiap hari bila duduk depan komputer saya perasan angka pada Google Reader Notifier makin bertambah. Daripada 2-3, 30, sekarang dah 300 lebih. Nak membacanya pun tak sempat. Jadi bila tiba masa nak membaca, entri yang panjang tu terpaksa la saya abaikan. Mungkin saya hanya baca tajuk dan beberapa baris ayat, atau baca penutup saja. Sebab itulah entri sebaiknya tak terlalu panjang, sampai cerita dari bangun pagi gosok gigi sampai tidur malam peluk bantal. Dan tak perlulah 1 hari sampai 10 entri, letih orang macam saya nak baca..;)



Owh, Salam Aidiladha semua. Tahun ni pertama kali saya buat korban. Nak korban seekor lembu memang tak mampu la kan, jadi saya  buat 1 bahagian je, RM 360. Ayah saya pun buat 1 bahagian, dan kongsi dengan penduduk taman yang lain. Tahun ni pertama kali juga saya tolong orang melapah daging korban. Hasilnya 'bagus!' Mula-mula tu saya tak merancang pun nak melapah sama. Saya cuma nak tengok lembu bahagian saya disembelih sambil baca niat korban. Lepas tu nak bagi sokongan moral sikit, lepas tu balik rumah sambung tidur. Bagus tak rancangan saya? Sekali ayah cuit bahu saya, suruh ambil pisau di kereta. Ada pisau lebih katanya. Ini lagi bagus punya rancangan. Seperti dipukau, saya pun mengambil pisau di kereta.


Korban tambahan


* Tahun ni banyak benda 'pertama kali'...  loike

4 comments:

NURUL ASHIKIN said...

seronok dak melapah lembu?

Lan Bingka said...

nurul asyikin: seronok sebelum jari jadi mangsa..;)

zirconia said...

alhamdulillah, lan pun ambil bahagian gak eh. bestlah kan, mesti seronok sangat sampai jari sendiri pun terkorban sama :D

Lan Bingka said...

zirconia: memang best. paling feel masa lembu disembelih, kita bertakbir ramai2.. jari terluka sebab takde pengalaman la tu..;)