Sunday, November 20, 2011

3 series

Well, well, well...I'm back! Miss my blog so much..

Saya baru habis bertugas sebagai penganjur untuk satu Expert Meeting melibatkan lebih 50 peserta dari dalam dan luar negara, anjuran bersama PBB. Sebelum acara, sibuk dengan persiapan. Semasa acara, sibuk dengan perjalanan program. Ni bukan 2-3 jam punya mesyuarat, ni mesyuarat 5 hari, 9 pagi hingga 6 petang. Ada sesi pembentangan dari kebanyakan peserta, sesi working group dan sesi forum. Huh, dia punya penat memang terasa. Sehari sebelum mesyuarat saya ditugaskan menjemput beberapa orang peserta luar negara di KLIA. Pukul 5 pagi saya dah memandu ke KLIA. Pertama kali saya tunggu orang di balai ketibaan dengan memegang signboard. Naik lenguh kaki kena berdiri selama 3 jam sebab masa ketibaan yang berbeza antara peserta. Lega semuanya dah berakhir, para peserta luar negara pun dah pulang ke negara masing-masing. 

Saya juga sempat menjadi ahli 3 series semasa acara berlangsung. Tiada apa yang istimewa pun pada 16hb yang lalu. Sibuk dengan perjalanan acara, namun sempat juga sekali sekala menyibukkan diri membalas post2 ucapan di FB (itu memang ketara..haha). Selamat tinggal 2 series..


10 comments:

Sky0ne said...

selamat datang ke alam 3 series :D

Lan Bingka said...

SkyOne: tq bro! alam baru..hehe

zirconia said...

wahh sibuk sangat lan hari tu ye. patutlah menyepi :D

Anonymous said...

ohooo. busy memanjang

Lan Bingka said...

zirconia: huhu.. Seminggu tinggalkan pejabat dan rumah, berkampung di hotel pullman putrajaya..

Lan Bingka said...

macy: gitu la nampaknya. Entah kenapa banyak sangat program tahun ni. Kalau ada awek dah merajuk dah..hehe

~cik shanashaida~ said...

Bz sokmo kmo yeee..heee..
3 series pon xpe, still nmpak cm 2 series lg :)

Lan Bingka said...

cik shanashaida: hehe.. bulan depan sibuk dengan LIMA plak..

Atiqah Ahmad said...

semoga panjang umur. :)

Lan Bingka said...

Atiqah Ahmad: Aminn...terima kasih! ;)