Saturday, October 22, 2011

C.H.A.N.G.E

Kesibukan dengan kerja membataskan masa untuk saya menulis di sini. Rindu jadinya. Ada la sekali sekala saya menjenguk beberapa blog rakan blogger. Nak tinggalkan komen pun tak sempat.

Banyak yang telah berlaku dalam 3 minggu ni. Sedikit perubahan juga dalam hidup. Bagus..kisah baru, semangat baru. Sekarang saya dah tinggal di rumah sewa dengan 2 orang kawan. Dulu ambil masa 40 minit dari rumah, sekarang 5 minit je. Jadi sekarang ni takde la seawal 6.45 pagi nak kena keluar rumah. Tapi yang tak seronoknya tak dapat la bermain dengan anak buah sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja. Takpe la, lagipun sebab melayan kamu la kadang-kadang Pak Long terlambat nak keluar pergi kerja tau.

Semalam saya baru balik dari Pulau Pangkor. Ada seminar dan Hari Keluarga. Waktu malam lepas berakhir acara, kawan-kawan ajak pergi karaoke di resort tempat kami menginap. Ikut je la, duduk kat bilik lagi la bosan. Masing-masing menyanyi. Daripada hanya melihat aksi kawan-kawan berkaraoke, akhirnya saya menyanyi juga satu lagu. Pertama kali berkaraoke..haha. Dah percuma, layankan saja. Tapi sebelum tu susah juga nak pilih lagu. Banyak judul lagu, banyak nama penyanyi, pening nak pilih. Tajuk lagu macam biasa tengok, tapi lupa lagunya macam mana. Diorang ni saya tengok kejap je pilih lagu.

Setakat ni dulu untuk kali ni. Saya nak balik 'kampung'. ;p

* Minggu lepas dah pergi ke Kuala Terengganu. Esok pagi nak ke Kuala Terengganu lagi. Kerja oh kerja.

8 comments:

Kujie said...

wahhh.... mesti teruja semua berlaku utk kali pertama

Lan Bingka said...

kak jie: betul kak, rasa teruja..hehe

Faizul said...

Salam.. Orang Jauh.....

Atiqah Ahmad said...

kerja oh kerja. ehh, esok cuti. ;)

Lan Bingka said...

Faizul: jumpa di batu pahat..;)

Lan Bingka said...

atiqah: saya cuti terus sampai ahad.. ;)

Anonymous said...

'kampung'?

Lan Bingka said...

maCy: dari rumah sewa ke rumah mak, balik kampung le tu.. walaupun tak jauh mana. ;p