Sunday, October 2, 2011

Bagaimana kamu di sana?

Semalam petang ada 3 SMS masuk, semuanya bertanyakan pasal aktiviti menonton perlawanan bola di Danau Kota pada waktu malam. Saya jawab tak jadi. SMS terakhir saya balas semasa memandu di lebuhraya PLUS menuju ke kampung. Kereta yang dipandu sedikit laju akhirnya saya perlahankan setelah saudara di kampung memberitahu jenazah telah disemadikan. Takpe la, hari dah petang. Takkan nak tunggu lagi. Kami sampai di kampung pada pukul 7.00 malam.

Semasa datuk saudara saya membaca doa tahlil, dia berhenti beberapa kali menahan sebak. Mendengar sayu bacaan doa dalam tangisan, saya hanya tunduk memandang sejadah. Teringat peristiwa 7 bulan lepas. Saya seperti itu, berjujuran air mata di tanah perkuburan. Walau cuba ditahan sekuat mungkin, namun makin deras air jernih mengalir membasahi pipi.

Bagaimana kamu di sana kawan? Al-Fatihah..

*Republish entri lama sebab entri asal dah terdelete..

1 comment: