Thursday, September 1, 2011

Kunjung-mengunjung di Hari Raya

Nanti bila dah masuk kerja atau belajar semula, jangan ditanya pada kawan-kawan.. "Takde buat rumah terbuka ke?" atau "Bila nak buat rumah terbuka?" ...dan sebagainya.

Nak pergi beraya tu pergi je la. Berhenti depan rumah, bagi salam. Kalau dia ada di rumah, pasti dia akan menyambut kedatangan kamu dengan gembira. Kalau takut tuan rumah takde semasa kamu datang berkunjung, bagitahu pada tuan rumah tu kamu nak datang pada hari sekian sekian, dan tanya dia ada di rumah tak pada hari tu. Kalau dia tak ke mana-mana, pasti rumahnya sentiasa terbuka untuk kamu. Kunjung-mengunjung ni kan dah jadi tradisi di Hari Raya. Bukan kena tunggu ada rumah terbuka je baru boleh beraya. 

Kalau kat kampung pandai kamu buat amalan kunjung-mengunjung ni ye, tapi bila pulang ke kota jadi tak reti pulak. Nak tunggu ada jemputan baru nak berkunjung. 

2 comments:

maCy said...

salam raya bingka. dtg la ke rumah :)

zirconia said...

setuju dengan kamu. jemputlah datang rumah yea lan. salam aidilfitri =)