Wednesday, August 17, 2011

Memori esoknya raya

Ini cerita lepas SPM berbelas tahun yang lalu. Tahun tu kami sekeluarga tak balik kampung, beraya kat KL je. Sehari sebelum raya tu saya pergi ke KL seorang diri, nak cari baju raya sehelai dua. Kebetulan hari tu hari Jumaat, jadi saya ke masjid negara dulu. Selesai solat Jumaat saya pun berjalan kaki menuju ke Kompleks Sogo. Tiba-tiba ada seorang brader berjalan di sebelah saya lalu menegur.. "Nak ke mana dik?" Saya menoleh ke sebelah, langsung mendongak ke atas sedikit sebab dia tinggi. "Nak gi Sogo". "Shopping raya ke?" "Ada la sikit" jawab saya sambil senyum.

Saya ingat dia tegur kosong je. Saya teruskan berjalan menyusuri Bangunan Sultan Abdul Samad berdepan Dataran Merdeka. Dia pun terus berjalan di sebelah saya. Tak ramai jemaah masjid yang menuju ke arah Dataran Merdeka, kebanyakannya menuju ke Bangunan Dayabumi. "Dik, abang nak mintak tolong sikit ni?" "Ha, apa dia?" "Abang baru keluar penjara ni, nak baling kampung kat Pahang." Demm, dah 2-3 kali aku dengar ayat keluar penjara ni...bisik hati saya. "Oo..habis tu kenapa?" "Duit takde, abang ingat nak pinjam duit ko dulu" "Mana ada duit bang" "Tu nak gi shopping takkan takde duit?" Saya diam tak membalas. "Ko bagi 10 ringgit dah la". "Takde bang" "Takkan takde, meh sini wallet ko" Saya diam dan teruskan berjalan. Banyak kereta yang menggunakan jalan depan Dataran tu, tapi dari pandangan diorang, kami ni macam kenalan yang sedang berbual. Saya pulak takde jadi histeria ke apa, jadi macam biasa je la pemandangannya. Sambil berjalan, brader tu terus mendesak saya.


Dengan menggunakan taktik membisu, saya pun teruskan berjalan di depan bangunan tu sehingga melalui bahagian bawah porch kereta. Bila dah lalu bawah tu, maka terlindung la sikit daripada pandangan pengguna jalan raya. "Ko jangan sampai aku guna cara kasar" kata brader tu sambil membuka pouch bag. Saya menoleh ke arah pouch bag tu, lalu dia menunjukkan pisau. Tak guna, main barang pulak! Dalam hati saya dah fikir macam-macam. Esok nak raya ni, jangan la keluar berita pasal aku dalam paper esok. Serta merta saya batalkan niat nak ke Sogo. Dia terus mengugut saya tanpa putus asa. Bila keluar dari bawah porch tu, dia simpan balik pisau dan mengekori saya sambil berkata macam-macam. Masa ni dia dah terkebelakang sikit, sebab saya berjalan dengan lebih laju.

Bila sampai di hujung bangunan, saya terus membelok ke kanan dan menuju ke arah Stesen LRT Masjid Jamek. Saya lega sebab kawasan tu ada ramai orang. Saya nampak ada orang berkumpul di tepi jalan, menunggu masa untuk melintas. Dengan pantas saya ke situ. Kebetulan lampu hijau pulak, terus saya melintas beramai-ramai. Selepas melintas saya toleh ke belakang. Dia dah ghaib. Fuhhh...selamat.

20 comments:

Hanif said...

Ada juga situasi macam ni yek..

Lan Bingka said...

hanif: bahaya jalan sorang2 kat KL..

meowwmania said...

isk ngerinya...

Lan Bingka said...

meowwmania: nasib baik kat tepi jalan besar, kalau tak.. tak tahu apa jadi

zirconia said...

memang ngeri kalau kena mcm nie.. sy dulu pun suka jln sorang2 kat kl tu. tp xdela org keluar penjara minta duit, cuma org yg kata motor dia rosak, nak pinjam duit. apakah, minta duit dgn sy yg tengah pakai baju sekolah tu kan.. serammm.

Fuza said...

Menakutkan... Macam2 cerita pernah dengar... sebab tu takut nak masuk KL sorang2... huhu

Lan Bingka said...

Fuza: itu lah, berdua lebih baik.. :)

Lan Bingka said...

zirconia: kalau pakai baju sekolah tu memang sasaran mudah. nak2 perempuan..

biela bell said...

lelaki bahaya jlan sensorang..hati2.haha

Lan Bingka said...

Cik Bell: hahaha.. perempuan pun sama la.. kena hati2 ;)

zirconia said...

mestilah budak sekolah takde duit..tapi siap dimarah-marah lagi bila tak nak bagi..nasib ramai orang kat situ..

Lan Bingka said...

zirconia: ish ish..teruknya. diorang ni kalau dah terdesak tak kira budak sekolah ke tak..

cik bulan said...

aduyai..selamat la tahu ade crite cenggini..selalu g sogo jalan2 wat dekkk je..kena berhati2 la camni..:D

eL said...

Alamak...saya pulak yang suspen. Naik bulu roma semua. Tiba-tiba endingnya macam tu pulak. Terasa macam anti klimaks la pulak hahaha...ampunnn Encik Lan.

Lan Bingka said...

cik bulan: beringat sebelum kena.. :)

Lan Bingka said...

eL: ceritanya memang macam tu. terus balik rumah duk diam2.. hahaha

~cik shanashaida~ said...

scary scary scary... sye plak yg terasa suspen!! nsb la tade pape kn..

Lan Bingka said...

cik shanashaida: kalau dia nekad je tikam, memang teruk la saya.. nasib baik takde apa..

Liza @ Adzriel AB said...

menakutkan je.. hati2lah lan. risau pulak kak liza

Lan Bingka said...

Kak Liza: kena sentiasa beringat..