Friday, August 26, 2011

Hadiah Raya 2011

Hari Raya dah nak tiba. Bagaimana agaknya kita melalui Ramadhan tahun ni? Dari segi perbelanjaan, banyak berjimat atau membazir? Saya pergi ke pasar Ramadhan 3 kali je. Buka puasa di luar pun 3 kali, sekali tu orang belanja. Yang selebihnya berbuka di rumah atau berbuka sorang diri di pejabat. (apa hal makin nak raya makin menggunung kerja ni?)

berbuka di pejabat

Dari segi amalan pula bagaimana? Itu sama-samalah kita nilai sendiri. Walau apa pun amalan kita sepanjang bulan puasa ni, marilah kita berdoa supaya setiap amalan itu diterima oleh Allah. 

Kepada yang dah berada di kampung, selamat berbahagia di samping keluarga tersayang. Kepada yang akan pulang ke kampung pula, berhati-hatilah ketika memandu. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk, walaupun jarak ke destinasi yang nak dituju dah dekat. Bab bawa kereta sambil tidur ni memang saya sendiri dah rasa. Nasib baik takde jiwa yang melayang je. Sejauh mana kita ingat kita boleh tahan mata kita, sejauh itu jugalah kita tak tahu bila kita akan tertidur. Tau-tau dah berdentum je. Memang sangat bahaya. Dengar la nasihat pakar ni.

Hari Ahad lepas adik saya yang no.3 dah selamat melahirkan bayi lelaki. Kira hadiah raya la ni. Sekarang tengah berpantang di rumah. Jadi kami sekeluarga beraya di KL je la tahun ni, tak balik ke Johor. Dah 2 orang anak buah Pak Long ye..=) Kalau beraya di kampung, penuh jadual dengan sesi menziarah. Tapi kalau beraya di KL ni biasa-biasa je la. Nak beraya ke rumah orang pun, ramai yang balik kampung. Silap-silap ada yang meronda kat shopping complex ni nanti. Tak pun tengok wayang. Kalau dah bosan sangat, sorang pun jadi..haha. Kamu semua beraya di mana?

berbuka dengan geng hitam putih


*Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin!

8 comments:

meowwmania said...

selamat berhari raya Lan, maap zahir batin yerk :)

yott said...

pak long,
nak duwit raye..;)

selamat hari raya utk Lan sekeluarga..
berhati-hati di jln raya..prg beraya..mkn kuih raya

Lan Bingka said...

meowwmania: selamat hari raya mummy jebon.. maaf zahir batin gak.. :)

Lan Bingka said...

yott: camne leh ada lagi sorang anak buah ni.. ;p

selamat hari raya yott! :)

cikmegipama said...

selamat hari raya paklongg!!!!


jom bakor lemang jom~~

Lan Bingka said...

cikmegipama: selamat hari raya! ;)

ada bakor lemang ke? bestnya.. :)

maCy said...

selamat hari raya bingka!

raya jgn raya sorang pulak :)

Lan Bingka said...

selamat hari raya maCy! mana ada raya sorang.. raya single je..hehe