Friday, August 26, 2011

Hadiah Raya 2011

Hari Raya dah nak tiba. Bagaimana agaknya kita melalui Ramadhan tahun ni? Dari segi perbelanjaan, banyak berjimat atau membazir? Saya pergi ke pasar Ramadhan 3 kali je. Buka puasa di luar pun 3 kali, sekali tu orang belanja. Yang selebihnya berbuka di rumah atau berbuka sorang diri di pejabat. (apa hal makin nak raya makin menggunung kerja ni?)

berbuka di pejabat

Dari segi amalan pula bagaimana? Itu sama-samalah kita nilai sendiri. Walau apa pun amalan kita sepanjang bulan puasa ni, marilah kita berdoa supaya setiap amalan itu diterima oleh Allah. 

Kepada yang dah berada di kampung, selamat berbahagia di samping keluarga tersayang. Kepada yang akan pulang ke kampung pula, berhati-hatilah ketika memandu. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk, walaupun jarak ke destinasi yang nak dituju dah dekat. Bab bawa kereta sambil tidur ni memang saya sendiri dah rasa. Nasib baik takde jiwa yang melayang je. Sejauh mana kita ingat kita boleh tahan mata kita, sejauh itu jugalah kita tak tahu bila kita akan tertidur. Tau-tau dah berdentum je. Memang sangat bahaya. Dengar la nasihat pakar ni.

Hari Ahad lepas adik saya yang no.3 dah selamat melahirkan bayi lelaki. Kira hadiah raya la ni. Sekarang tengah berpantang di rumah. Jadi kami sekeluarga beraya di KL je la tahun ni, tak balik ke Johor. Dah 2 orang anak buah Pak Long ye..=) Kalau beraya di kampung, penuh jadual dengan sesi menziarah. Tapi kalau beraya di KL ni biasa-biasa je la. Nak beraya ke rumah orang pun, ramai yang balik kampung. Silap-silap ada yang meronda kat shopping complex ni nanti. Tak pun tengok wayang. Kalau dah bosan sangat, sorang pun jadi..haha. Kamu semua beraya di mana?

berbuka dengan geng hitam putih


*Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, August 24, 2011

Jejak pengikut

Pernah check tak macam mana rupa profile kamu bila orang klik pada wajah kamu yang comel-comel tu?

Betul ke follow ni? ^_^

Ada profile yang takde link macam kat atas ni. Ala, tak best la pijer..

Jadi, sebelum follow mana-mana blog, dan sebelum dengan lajunya klik 'follow this blog', klik la dulu pada 'more options'.

Kalau takde link, klik la pada 'add links' dan masukkan link kamu di situ.

Sekarang, bila orang klik pada wajah kamu di ruangan follower, barulah ada link ke blog kamu. Kan lebih manis tu. ;)

Bila dah masukkan link, maka ia akan disimpan dalam profile kamu. Jadi tak perlu nak masukkan setiap kali nak follow.

Monday, August 22, 2011

Menjadi adiwira

Saya ada lagi cerita pasal memori sebelum raya ni. Boleh tak nak cerita? (ramainya cakap boleh). Ok..ok..saya cerita sekarang. Ni cerita masa saya sekolah rendah, kalau tak silap lagi 2 hari nak raya. Masa tu saya dan keluarga dah ada di kampung. Awal nampaknya kami balik. Biasa la, dulu mana boleh tahu dengan tepat bila tarikh raya. Nak tahu memang kena tunggu pengumuman. Mungkin sebab tu la saya dah ada awal di kampung. Bajet esok nak raya, sekali esok kena puasa lagi sehari. 

Salah satu perkara yang best kalau balik kampung ialah tidur beramai-ramai kat ruang tamu. Sekarang pun kalau balik kampung tidur kat ruang tamu gak, tapi masa kecik2 la best. Teruja semacam.

Masa semua orang tengah nyenyak tidur, tiba-tiba saya terjaga dan menangis. Takde la meraung sampai rumah sebelah dengar, cuma tersedu sedan macam tu la. Ayah saya yang tidur tak jauh dari situ terjaga. Dia tengok saya yang tengah bersila atas tilam.. "Kenapa Long?" Saya tak jawab dan terus menangis. Kepala saya rasa sakit betul masa tu. "Tu la, tidur tak basuh kaki" kata ayah. Mak saya yang tidur di sebelah ayah pun terjaga sama. "Kenapa tu?" tanya mak. "Entah, mengigau kot". "Dah..dah...tidur" kata ayah sambil dia baring semula. Belum pun kepalanya menyentuh bantal, tiba-tiba ayah angkat kepala semula "Tu apa kat telinga tu?" Dalam kesamaran cahaya lampu dari dapur, ayah nampak macam ada cecair meleleh di cuping telinga kanan saya. Dengan sifat ingin tahu, ayah datang dekat pada saya. "Eh, darah ke ni?" soal ayah. "Ha?" pakcik saya yang memang dah tersedar dari tadi bersuara. Terus dia buka lampu. "Ya Allah, betul la darah" kata ayah. Saya pun tak sedar telinga saya berdarah. Habis jadi kecoh pagi yang gelap tu. Kalau tak silap masa tu dalam pukul 2-3 pagi.

Ayah dan pakcik dengan segera bawa saya ke hospital. Saya berbaring di kerusi belakang sambil kepala dipangku oleh pakcik, manakala ayah memandu. Dalam perjalanan tu saya menahan kesakitan, makin lama makin bisa. Kepala rasa berdenyut-denyut. Pakcik saya baca yasin selawat dan macam-macam doa kat telinga saya. (ni dah lain macam ni).

Sampai di hospital saya muntah. Doktor yang memeriksa saya mengesan titik luka pada cuping telinga saya, dah macam orang tindik telinga, tapi titiknya ada dua. "Ini macam kena gigit binatang ni" kata doktor. Saya disuntik di bahu dan diberi ubat. Lepas dah kena suntik, baru la rasa sakit tu berkurang sikit.

Dah selesai rawatan di hospital, kami pun balik. Bila sampai di rumah, mak dan makcik saya menunjukkan apa yang mereka jumpa sepanjang pemergian kami ke hospital.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

patut la sakit sangat..

* Begitulah kisah bagaimana saya mendapat kuasa luar biasa dan menjadi seorang adiwira.


Friday, August 19, 2011

Aaa..semput

Mengenai solat tarawih di bulan Ramadhan ni, ada tempat yang buat 8 rakaat, ada yang buat 20 rakaat. Surau tempat saya buat 8 rakaat saja. Kadang-kadang kalau ada uztaz jemputan datang, akan ada tazkirah selepas 4 rakaat solat. Selesai tazkirah, sambung lagi 4 rakaat diikuti solat witir. Gitu gini dalam pukul 10 habis. Kalau ada tazkirah, dalam pukul 10 lebih la habis. Masa balik kampung hari tu saya solat tarawih di satu surau. Surau tu buat 20 rakaat. Pukul 9.45 dah habis. Penat kejar imam. Itu saya yang muda-mudi takpe la. Habis yang golongan veteran macam mana?

Wednesday, August 17, 2011

Memori esoknya raya

Ini cerita lepas SPM berbelas tahun yang lalu. Tahun tu kami sekeluarga tak balik kampung, beraya kat KL je. Sehari sebelum raya tu saya pergi ke KL seorang diri, nak cari baju raya sehelai dua. Kebetulan hari tu hari Jumaat, jadi saya ke masjid negara dulu. Selesai solat Jumaat saya pun berjalan kaki menuju ke Kompleks Sogo. Tiba-tiba ada seorang brader berjalan di sebelah saya lalu menegur.. "Nak ke mana dik?" Saya menoleh ke sebelah, langsung mendongak ke atas sedikit sebab dia tinggi. "Nak gi Sogo". "Shopping raya ke?" "Ada la sikit" jawab saya sambil senyum.

Saya ingat dia tegur kosong je. Saya teruskan berjalan menyusuri Bangunan Sultan Abdul Samad berdepan Dataran Merdeka. Dia pun terus berjalan di sebelah saya. Tak ramai jemaah masjid yang menuju ke arah Dataran Merdeka, kebanyakannya menuju ke Bangunan Dayabumi. "Dik, abang nak mintak tolong sikit ni?" "Ha, apa dia?" "Abang baru keluar penjara ni, nak baling kampung kat Pahang." Demm, dah 2-3 kali aku dengar ayat keluar penjara ni...bisik hati saya. "Oo..habis tu kenapa?" "Duit takde, abang ingat nak pinjam duit ko dulu" "Mana ada duit bang" "Tu nak gi shopping takkan takde duit?" Saya diam tak membalas. "Ko bagi 10 ringgit dah la". "Takde bang" "Takkan takde, meh sini wallet ko" Saya diam dan teruskan berjalan. Banyak kereta yang menggunakan jalan depan Dataran tu, tapi dari pandangan diorang, kami ni macam kenalan yang sedang berbual. Saya pulak takde jadi histeria ke apa, jadi macam biasa je la pemandangannya. Sambil berjalan, brader tu terus mendesak saya.


Dengan menggunakan taktik membisu, saya pun teruskan berjalan di depan bangunan tu sehingga melalui bahagian bawah porch kereta. Bila dah lalu bawah tu, maka terlindung la sikit daripada pandangan pengguna jalan raya. "Ko jangan sampai aku guna cara kasar" kata brader tu sambil membuka pouch bag. Saya menoleh ke arah pouch bag tu, lalu dia menunjukkan pisau. Tak guna, main barang pulak! Dalam hati saya dah fikir macam-macam. Esok nak raya ni, jangan la keluar berita pasal aku dalam paper esok. Serta merta saya batalkan niat nak ke Sogo. Dia terus mengugut saya tanpa putus asa. Bila keluar dari bawah porch tu, dia simpan balik pisau dan mengekori saya sambil berkata macam-macam. Masa ni dia dah terkebelakang sikit, sebab saya berjalan dengan lebih laju.

Bila sampai di hujung bangunan, saya terus membelok ke kanan dan menuju ke arah Stesen LRT Masjid Jamek. Saya lega sebab kawasan tu ada ramai orang. Saya nampak ada orang berkumpul di tepi jalan, menunggu masa untuk melintas. Dengan pantas saya ke situ. Kebetulan lampu hijau pulak, terus saya melintas beramai-ramai. Selepas melintas saya toleh ke belakang. Dia dah ghaib. Fuhhh...selamat.

Sunday, August 14, 2011

Ala kadar je

Kamu semua dah banyak shopping raya ke? Maklumlah raya pun dah dekat. Semuanya dalam mood raya la kan? Mesti masing-masing sibuk nak beli baju raya, kasut raya, kuih raya, perabot raya dan tak ketinggalan juga kereta raya. Wah..bergayanya. Tapi kalau bertambah hutang semata-mata nak bergaya pun susah juga, lainlah kalau barang yang sedia ada tu dah rosak atau dah buruk sangat. Saya takde shopping raya kot tahun ni. Ala kadar je sudah, pakai yang mana ada. Nak melawa pun nak tunjuk kat siapa sangat? Lain la kalau ada pasangannya, boleh la nak sedondon ke, nak serasi bersama ke...ye tak? Pastu boleh la jumpa bakal mak mertua. ;)

Hari tu ada la saya beli kerepek. Bukan untuk raya pun, untuk bulan puasa. Stok bulan puasa kena ada, baru sedap duduk depan tv sambil tunggu masuk waktu Isyak. Balik tarawih boleh makan lagi. Sekarang ni pun musim baru EPL dah bermula, sambil menonton perlawanan bola sepak boleh la mengunyah. Bila nak berhenti mengunyah ni? ish ish..

Pagi tadi masa dalam perjalanan balik dari kampung ke KL, mak saya dah singgah di Parit Raja beli kerepek untuk raya. Penuh but kereta. Kerepek ni kalau beli banyak takpe, pasti habis juga. Kalau kuih raya beli banyak sangat, belum tentu habis. Huu..saya paling minat kerepek ubi. Sedap.

Monday, August 8, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Bola, bola juga..

Yang wajib jangan dilupa.. :)
* Gambar ihsan daripada Faizul.