Saturday, July 30, 2011

Kecewa, tapi puas hati

Keputusan perlawanan berkesudahan seri 1-1, sekaligus menamatkan perjuangan Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 apabila tewas kepada Singapura dengan agregat 4-6. Seperti dijangka, ketiadaan Safiq Rahim melemahkan bahagian tengah skuad negara. Banyak hantaran yang tak tepat kepada rakan sepasukan. Ketiadaan Aidil Zafuan yang hanya sempat bermain beberapa minit melemahkan bahagian pertahanan, dan ketiadaan Nurshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan juga antara faktor kepincangan skuad negara. Nasib baik la Khairul Fahmi yang bermain di posisi penjaga gol, kalau tak awal-awal lagi kita dah bungkus.

Walaupun kecewa kerana kalah, saya tetap puas hati dan bangga dapat pergi ke stadium memberi sokongan padu kepada skuad negara. Pukul 5.20 petang seorang kawan saya call, dia cakap dia dah ada kat dalam stadium. Gile lah, semakin membara perasaan saya nak sampai ke stadium. Masa tu saya dan seorang kawan saya masih dalam perjalanan dari Bangi. Saya sampai di perkarangan stadium pada pukul 6 petang. 3 orang lagi kawan dah sedia menanti. Pergi surau, lepas tu pergi makan kejap. Pukul 6.30 petang kami dah masuk ke dalam stadium melalui pintu hijau. Kami tak dapat nak cari kawan saya yang masuk awal tu sebab gangguan isyarat telefon. Perkara biasa la tu kalau stadium dah sesak. Takpe la, dia pun bukannya sorang, ada 5-6 orang juga. Lagipun tempat yang dia duduk di tingkat 2 dah agak penuh. Maka kami pun naik dan duduk di tingkat atas sekali.

Semangat penyokong yang hadir dapat dirasai apabila stadium bergema dengan nyanyian lagu Negaraku sejurus sebelum perlawanan bermula. Setiap kali bola di kaki pemain negara dan setiap kali Khairul Fahmi menyelamatkan cubaan pemain Singapura, penyokong akan bersorak memberi sokongan. Masa Safee Sali menjaringkan gol, punyalah gamat satu stadium. Bayangkanlah sorakan 90,000 manusia. Memang gila keadaannya! Saya sampai dah tak dengar suara sendiri sebab bising sangat. Kepada Skuad Harimau Malaya, terima kasih kerana dah mencuba sedaya upaya. Sesungguhnya kalah atau menang itu perkara kedua, yang paling penting ialah semangat berjuang dan melawan hingga ke saat terakhir perlawanan. Syabas juga kepada para penyokong, kita dah melakukan tugas kita!

* Selamat berpuasa.. :)

2 comments:

+qAsiH naDiRa+ said...

best tgk rakyat msia yang bersemangat tuk harimau malaya!salam ramadhan,lan!

Lan Bingka said...

qasih: saya pun suka tengok orang bersemangat utk harimau malaya. tapi yg baling mercun, baling botol, suluh laser kat pemain lawan tu memang tak patut masuk stadium. memalukan je..

salam ramadhan! ;)