Saturday, July 30, 2011

Kecewa, tapi puas hati

Keputusan perlawanan berkesudahan seri 1-1, sekaligus menamatkan perjuangan Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 apabila tewas kepada Singapura dengan agregat 4-6. Seperti dijangka, ketiadaan Safiq Rahim melemahkan bahagian tengah skuad negara. Banyak hantaran yang tak tepat kepada rakan sepasukan. Ketiadaan Aidil Zafuan yang hanya sempat bermain beberapa minit melemahkan bahagian pertahanan, dan ketiadaan Nurshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan juga antara faktor kepincangan skuad negara. Nasib baik la Khairul Fahmi yang bermain di posisi penjaga gol, kalau tak awal-awal lagi kita dah bungkus.

Walaupun kecewa kerana kalah, saya tetap puas hati dan bangga dapat pergi ke stadium memberi sokongan padu kepada skuad negara. Pukul 5.20 petang seorang kawan saya call, dia cakap dia dah ada kat dalam stadium. Gile lah, semakin membara perasaan saya nak sampai ke stadium. Masa tu saya dan seorang kawan saya masih dalam perjalanan dari Bangi. Saya sampai di perkarangan stadium pada pukul 6 petang. 3 orang lagi kawan dah sedia menanti. Pergi surau, lepas tu pergi makan kejap. Pukul 6.30 petang kami dah masuk ke dalam stadium melalui pintu hijau. Kami tak dapat nak cari kawan saya yang masuk awal tu sebab gangguan isyarat telefon. Perkara biasa la tu kalau stadium dah sesak. Takpe la, dia pun bukannya sorang, ada 5-6 orang juga. Lagipun tempat yang dia duduk di tingkat 2 dah agak penuh. Maka kami pun naik dan duduk di tingkat atas sekali.

Semangat penyokong yang hadir dapat dirasai apabila stadium bergema dengan nyanyian lagu Negaraku sejurus sebelum perlawanan bermula. Setiap kali bola di kaki pemain negara dan setiap kali Khairul Fahmi menyelamatkan cubaan pemain Singapura, penyokong akan bersorak memberi sokongan. Masa Safee Sali menjaringkan gol, punyalah gamat satu stadium. Bayangkanlah sorakan 90,000 manusia. Memang gila keadaannya! Saya sampai dah tak dengar suara sendiri sebab bising sangat. Kepada Skuad Harimau Malaya, terima kasih kerana dah mencuba sedaya upaya. Sesungguhnya kalah atau menang itu perkara kedua, yang paling penting ialah semangat berjuang dan melawan hingga ke saat terakhir perlawanan. Syabas juga kepada para penyokong, kita dah melakukan tugas kita!

* Selamat berpuasa.. :)

Sunday, July 24, 2011

Menanti tanggal 28

Perlawanan pertama, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Singapura dan Malaysia semalam berkesudahan 5-3 memihak kepada Singapura. Aksi skuad Harimau Malaya pada separuh masa pertama amat mengecewakan walaupun merobek gol Singapura seawal minit pertama hasil jaringan Safee Sali. Ismail Faruqi ternyata belum mampu menggalas tugas dalam kesebelasan utama. Barisan pertahanan sering hilang konsentrasi. Tapi yang paling saya bosan tengok ialah penjaga gol, Sharbinee Alawi yang banyak tercegat di pintu gol. Hasilnya Malaysia ketinggalan 1-4 usai separuh masa pertama.

Mujur bang Rajagobal menukar percaturan dengan memasukkan Amirul Hadi dan Abdul Hadi pada separuh masa kedua. Baru la Malaysia dapat mengawal sedikit permainan, dan berjaya merapatkan jurang melalui jaringan Abdul Hadi dan Safee Sali. Namun sebelum tamat perlawanan, Singapura sempat menyumbat 1 lagi gol. Adoii..rapuhnya benteng pertahanan kita.

Takpe..takpe.. Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai nanti. Masih ada 90 minit lagi masa perlawanan. Saya sudah pasti akan ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan. Walaupun mereka akan beraksi tanpa kapten pasukan, Safiq Rahim yang menerima layangan kad merah, saya harap skuad Harimau Malaya akan berjuang habis-habisan! Ganbatte kudasai!!

Aummm...

Wednesday, July 20, 2011

Kurang satu beban

Minggu lepas saya bekerja di Pulau Pinang selama 4 hari, dari hari Isnin hingga Khamis. Berbulan-bulan sebelum tu dah mula persiapan untuk ke sana. Entah dah berapa banyak mesyuarat yang saya dah masuk. Acara ni acara paling besar untuk tahun 2011 ni. Bila tarikh acara makin dekat, makin sibuk la jadinya, maklumlah urusetia. Hari Ahad, sehari sebelum bertolak tu pun masih sibuk dengan persiapan. Balik dari kelas Bahasa Jepun pukul 2 petang terus berkampung di pejabat sampai pukul 2 pagi dengan 3 orang lagi rakan yang cekal. Sampai di rumah dah pukul 3 pagi, terus kemas beg. Selesai mengemas beg, jam menunjukkan pukul 4 pagi. Kalau tidur, lepas tu nak bangun seawal jam 6 pagi memang saya ragu-ragu sikit hasilnya. Jadi saya bercadang nak berjaga je sampai Subuh, baru hebat.

***

Haa...dah pukul 7.45 pagi? (tertidur gak..demm). Bas bertolak pukul 8.30. Kelam kabut saya bersiap menggunakan kuasa Gaban. Pukul 8.05 pagi saya dah memecut ke pejabat. Sampai di pejabat pukul 8.45 pagi, saya tengok bas dah bertolak. Saya bertenang. Saya masuk ke pejabat, ambil beberapa barang yang perlu dan menuju ke foyer sambil mengheret beg beroda. Sampai di foyer, saya masukkan beg dalam SUV yang sedang menunggu. Nasib baik saya pergi naik Ford Everest..hehe.

***



Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak meronda nak pekena nasi kandar, pasembor atau char kuey teow. Nak tengok marka Penang pun tak sempat tau. Cuma sempat berjalan di tepi laut sepanjang Persiaran Gurney je. Apapun saya lega acara ni dah berakhir. Kurang satu beban kerja untuk tahun ni.


Saturday, July 9, 2011

Teka tepat

Baru-baru ni saya ada masuk satu contest. Saja la nak masuk, lagipun saya tak pernah masuk mana-mana contest yang dibuat oleh blogger, sebab kebanyakan contest nak kena letak gambar la, nak kena jadi follower la, nak kena buat entri la....saya tak reti sangat. Yang ni senang, jawab je terus. Setelah mencongak guna sempoa, saya pun letak jawapan saya. Tak sangka apa yang saya jawab tu tepat. (Ini jawapannya)

Kelmarin saya dah dapat hadiah contest tu. Yang menariknya sebelum buka sampul surat tu, saya sempat teka apa yang ada di dalamnya. Tepat lagi tekaan saya...hehe

tadaa..
Terima kasih Kak Jie! :)