Monday, May 9, 2011

Sesal balik kerja

Pada satu petang setelah selesai bekerja, saya berjalan menjinjing topi keledar dengan langkah laju menuju ke motosikal. Ketika itu hujan mulai turun. Saya berlari anak ke tempat parkir di luar bangunan Endah Parade. Bila sampai di situ, saya terlupa di mana saya meletakkan motosikal. Tak jumpa pula bila dicari di celah deretan motosikal lain. Dengan hujan yang semakin lebat, mata terpaksa giat mencari, otak terpaksa ligat mengingat, saya jadi kelam-kabut. Lalu saya berlari patah balik ke tepi bangunan untuk berteduh. Dari situ saya meninjau seluruh kawasan parkir yang penuh dengan motosikal.

Akhirnya di dalam cuaca hujan itu, saya berdiri kaku melihat titisan hujan yang gugur dari langit, meratapi kehilangan sebuah motosikal. Sesal. Sudah 2 hari kunci tambahan (mangga) rosak, tak juga dibeli yang baru. Manusia jahat membuat onar macam makan bertih jagung. Sudah terkena baru kau sedar.

Kemaskini: Ini cerita lama. Semalam terpandang model yang sama macam motor saya yang hilang dulu. Tu yang teringat tu..:)

11 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

adoi..sabaq kayy..pastikan pencuri mendapat balasan..huh!

yott said...

x suka kalau jd mcm ni jgk..huhuh

+qAsiH naDiRa+ said...

byk2 kan bsabar k lan~dugaan tu penyuci dosa.Allah suka hambanya yang bersabar~Insyaallah pasti ada hikmah dalam apa yang terjadi.

n__n

zirconia said...

motor hilang?? sabar ye lan..petanda nak dpt motor baru kot 2??

Lan Bingka said...

alamak, lupa nak bagitau. ini kisah lama sebenarnya. saya cuma teringat je..;)

I'm sorry...hehe

hentakbelipat said...

aku tumpang simpati..aku boleh tlg googlekan gamba moto kau..nanti aku bg kat kau kot2 kau masih rindu lagi

Lan Bingka said...

hentakbelipat: haha..takyah la

+qAsiH naDiRa+ said...

kisah lama rupenye~hehehe~dont wori~dah dpt ganti y baru kan?hehe

Lan Bingka said...

qasih: hehe..ada dah. masih berkhidmat sampai sekarang..;)

Ann said...

sadis kalo t'igt balik kan...anggap bkn rezeki

Lan Bingka said...

Ann: memang sadis.. redha je la..