Thursday, May 5, 2011

Selera balik kerja

Walaupun waktu tamat kerja pada pukul 5 petang, saya biasa balik lewat, terutama kalau saya memandu kereta pada hari itu. Saja saya duduk di pejabat menyiapkan serba sedikit kerja yang ada. Nak lari daripada kesesakan trafik pun ya juga. Selepas maghrib, dalam pukul 8 baru saya balik. Ada juga 2-3 orang lain yang biasa balik lewat, tapi disebabkan tempat duduk mereka jauh dari saya, sama lah macam duduk berseorangan je dalam ruang yang penuh partition tu.

Bila memandu seorang diri pulang ke rumah, cara yang paling seronok untuk menghilangkan lelah seharian bekerja ialah dengan mendengar radio kuat-kuat, sambil mulut turut menyanyi menguji kemantapan vokal sendiri. Syok sendiri la tu. Terasa macam duduk dalam bilik karaoke bergerak...hanya diriku dan lagu. Ahh...puas!

Bila sampai di rumah, tangan ni secara automatiknya akan menyingkap tudung saji di dapur. Selalunya memang akan terus melekat di meja makan. Tapi ada ketikanya rasa takde selera pula nak makan nasi. Gerobok dan peti sejuk dibuka, mencari apa yang ada. Mana tahu ada pizza ke, chicken chop ke. Ternampak pula aiskrim yang dibeli oleh adik dalam peti sejuk. Tiba-tiba rasa berselera nak makan...nyum nyum. Terus keluarkan aiskrim dari peti sejuk. "Bone appetit!"


Bila dah masuk ke bilik, selalunya saya akan baring-baring dulu, bermalas-malasan atas tilam. Kadang-kadang sampai tertidur membawa ke dinihari. Itu la penangan kalau melalui hari yang sangat sibuk dan memenatkan. Tapi kali ni saya cuma membaca surat khabar sambil meniarap. Bayangan aiskrim masih berlegar dalam kepala.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

T__T

12 comments:

meowwmania said...

ahahhahahaa...

kesiannn :D

eL said...

LOL. Makcik...cuba letak ikan yang dah kunyit tu dalam bekas yang lutsinar. Takde la anak makcik lari cari batu belah batu bertangkup.

Lan Bingka said...

meowwmania: huhu..pilu hati

Lan Bingka said...

eL: telan la aku..sob sob

iyllienaz said...

hehe..telan liur je laa..haha

Lan Bingka said...

iyllienaz: tu la. ingatkan ada lagi..haha

Liza @ Adzriel AB said...

meowww... shiannyaaa! kempunan nak makan ais krim ye.

Lan Bingka said...

Kak Liza: kempunan kak..huu

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haha..baru nak mintak sikit..caitt!

Lan Bingka said...

Syafawani: tipah tertipu..;)

~cik shanashaida~ said...

olololo..cian nye kmo...sekali bkk ikan plak.. :P

Lan Bingka said...

shanashaida: sian kan.. terus hilang mood..;)