Thursday, May 26, 2011

Kemunculan bersama Toon Army

Kira-kira 2 bulan lepas, Eric Abidal disahkan mempunyai tumor pada hatinya dan terpaksa menjalani pembedahan. Dia yang merupakan pemain kelab Barcelona dan pasukan kebangsaan Perancis dinasihatkan berehat dari bola sepak buat sementara waktu. Sejak saat itu, dia tidak tahu adakah dia akan dapat beraksi di padang lagi. Ramai pemain dan peminat bola sepak di seluruh dunia telah menghantar ucapan dan sokongan kepadanya melalui pelbagai laman web sosial dan laman web sukan.

sumber
Di Malaysia, Hooha.my telah menganjurkan Hooha Sports Fanslife Viewing Party bagi menutup tirai EPL bagi musim 2010/2011. Acara ini telah berlangsung di Restoran Piccadilly, Millenium Square, PJ pada 22 Mei 2011 dan dihadiri oleh beberapa kelab penyokong bola sepak EPL di Malaysia. Kelab penyokong yang hadir pada malam itu ialah Manchester United, Liverpool, Arsenal, Totenham Hotspur, Everton dan Newcastle United a.k.a Toon Army Malaysia.

Di samping berkumpul untuk menonton perlawanan terakhir EPL bagi musim 2010/2011, acara lain yang diadakan ialah sesi beramah mesra, kuiz, cabutan bertuah dan sudah tentunya makan. Enak-enak makanannya. Satu lagi acara istimewa pada malam itu ialah menurunkan tandatangan pada sehelai jersi Barcelona untuk diserahkan kepada Eric Abidal, supaya dia tahu peminat bola sepak di sini pun mendoakan supaya dia sihat sejahtera. Kan bagus mendoakan kesejahteraan orang, lebih-lebih lagi saudara seagama.

Penyokong MU meraikan kejuaraan liga kali ke-19...kecoh
Penyokong Spurs...orang lama
Toon Army Malaysia.. :)
satu-satunya penyokong Everton yang datang.. (orang di belakang tu nampak riang)
from Toon Army..
to Eric Abidal...
Sebenarnya pada tanggal 3 Mei yang lalu, Eric Abidal telah membuat kemunculan semula bersama kelabnya Barcelona. Dia masuk sebagai pemain gantian pada masa kecederaan, menggantikan Carles Puyol dalam perlawanan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid. Dengan ucapan yang dihantar khas dari Malaysia ni, semoga dia akan lebih bersemangat untuk meneruskan kerjayanya dalam bola sepak. Oh ya, semoga pasukanku terus maju pada musim depan!

12 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

amboi seronoknya

Lan Bingka said...

Kak Liza: orang da jemput kak, datang je la..hehe

meowwmania said...

cantik jc ada lebih tak heheee..

Faizul said...

Asal x letak gambar NOLAN?? hehehe.. YNWA..

Lan Bingka said...

meowwmania: jadi penyokong dulu..hehe

Lan Bingka said...

Faizul: mesti ko teringat reaksi aku masa tengok gambar kat kamera tu kan...haha, teruja siot.. nanti la aku letak gambar tu..;p

naz said...

pergh seronok hidup kalau macam ni haha

Lan Bingka said...

naz: sekali sekala apa salahnya..;)

maCy said...

na jec~~~

Lan Bingka said...

maCy: sori saya takde jersi arsenal..;p

yott said...

all the best gak..;)

Lan Bingka said...

yott: thanks! :)