Tuesday, April 26, 2011

Juvana dekat di hati

Saya teruja bila dapat tahu TV3 akan menyiarkan drama bersiri Juvana. Seingat saya tak pernah rasanya drama mengenai kehidupan di sekolah juvana disiarkan. Sementelah pula saya pernah tinggal di sekolah juvana, jadi cerita Juvana ni terasa dekat dengan diri saya. Idea untuk menghasilkan drama ni amat baik, dibarisi pula oleh pelakon-pelakon yang bagus seperti Zahiril Adzim dan Bront Palarae. Tapi dalam episod pertama malam tadi, ada beberapa perkara yang saya tak puas hati;

1. Seorang gadis (anak kepada tukang masak) mengagihkan makanan di kantin sebuah sekolah juvana lelaki. Bagi saya babak ni tidak meyakinkan. Biasanya di kantin hanya ada tukang masak, warden bertugas dan beberapa pelatih yang ditugaskan membantu tugas di dapur. Tugas mengagih makanan biasanya dilakukan oleh pelatih.

2. Guru mekanikal memakai kemeja lengan panjang bertali leher di bengkel. Perlu ke?

3. Ada sungai dalam kawasan sekolah? Bestnya.. Boleh tunjuk pelan kat saya tak? Saya nak tengok macam mana kawasan tu dipagar..;) Atau adakah sungai itu di luar kawasan? Kalau di luar, boleh pula pelatih keluar dan melepak di situ. Bestnya..

Apa pun, saya menjangkakan cerita ni lebih menarik daripada Gemilang (owh...dan Arjuna!).

20 tahun saya tinggal di sekolah juvana tau. Tapi saya tinggal di kuarters kakitangan, sebab dulu ayah saya bertugas sebagai warden. Semasa kecil dulu, pelatih-pelatih juvana la jadi kawan sepermainan waktu petang ..:)

16 comments:

meowwmania said...

oh best ye citer juvana tuh, belum penah tgk lg..nnti nak tgk lah ;)

Lan Bingka said...

meowwmania: rasa macam ok.. tengok la episod 2 nanti macam mana..:)

yonna said...

yonna pun eksaited nak tengok banyak lagi episod Juvana ni. dah la 13 episod je T_________T masa drama arjuna dulu, yonna rasa mcm setahun je siaran dia hahaha. gile boring (sebab tak tengok langsung :p )

khabir bhatia always creative and lain dr yang lain! :)

Lan Bingka said...

yonna: sokong! terasa lama nak tunggu drama arjuna habis..bosan

Ann said...

aku tengok sbb de zahiril adzim n citer khabir batia..

seriau ar tgk 1st episode..ganas sgt..

Lan Bingka said...

Ann: harap cerita ni tak mengecewakan.. ganas sangat ke? saya tengok biasa je..;)

Itu Aku said...

hye
cite juvana tu cam best gak...
tp tu la.. naik pelik gak
sbb ada part yg cam x logik
sungai salah satunya...snng nk buli atau nk mmebelasah la..
apapon layan
support drama2 malaysia

Balqish Shafiqa Bajury said...

salam ziarah, incik bingka.
owho, duduk kat henry gurney ke dulu!
mesti best, kenal org yg macam daim tu kan.

yg paling x logik tu, pengurus kat kantin tu budak perempuan. tapi rasanya cerita Juvana mmg best. :)

Lan Bingka said...

Itu Aku: ada lagi yang tak logik.. tak cukup sorang pelatih semasa perhimpunan..boleh pulak warden percaya bulat2 alasan si botak yg sorang lagi tu tak sihat. sepatutnya warden sendiri kena pastikan perkara tu betul atau tidak..

Lan Bingka said...

Balqish: saya tak duduk kat henry gurney, tapi kira adik-beradik henry gurney la..:)
eh, budak perempuan tu pengurus ke?

+qAsiH naDiRa+ said...

diorg x buli lan ke masa main2 ngn lan dulu tyme kecik2?diorg selalunya ada masalah pe?

Lan Bingka said...

qasih: ada gak yg kerek.. tapi diorang tak berani la nak buli anak warden.. saja gurau2 ada la..:)

kes biasa yg masuk situ..pecah rumah, dadah, judi, ugut, curi motor.. curi duit masjid pun ada..haish

eL said...

Errr..bukan ke budak2 macam diorang tu kena berlembut/cakap elok-elok supaya menusuk ke dalam qolbu (kak ogy...pinjam ayat jap) untuk diorang berubah? Tapi warden pun mengamuk sepak katil, timbalan warden macam samseng je kunyah chewing gum masa assembly. Ganasnya sama macam pelatih je. Ke memang kena jadi macam tu? Supaya diorang takut ke? Macam tak takut je diorang tu. Takut pun sekejap je. Buat syarat.

Lan Bingka said...

eL: memang sepatutnya kena cakap elok2 dengan diorang, baru timbul rasa hormat. tapi ada segelintir pelatih yang warden dah cakap elok2 pun masih tak dengar kata dan masih nak langgar peraturan. sebab tu la kadang2 warden hilang sabar..

apapun tugas sebagai warden ni memang kena banyak bersabar dan kena anggap pelatih2 tu macam anak kita sendiri.

Liza @ Adzriel AB said...

kak liza ada tengok iklan. teringin nak tengok tapi tak berkesempatan.

Lan Bingka said...

Kak Liza: ada lagi 11 episod..;)