Tuesday, April 26, 2011

Juvana dekat di hati

Saya teruja bila dapat tahu TV3 akan menyiarkan drama bersiri Juvana. Seingat saya tak pernah rasanya drama mengenai kehidupan di sekolah juvana disiarkan. Sementelah pula saya pernah tinggal di sekolah juvana, jadi cerita Juvana ni terasa dekat dengan diri saya. Idea untuk menghasilkan drama ni amat baik, dibarisi pula oleh pelakon-pelakon yang bagus seperti Zahiril Adzim dan Bront Palarae. Tapi dalam episod pertama malam tadi, ada beberapa perkara yang saya tak puas hati;

1. Seorang gadis (anak kepada tukang masak) mengagihkan makanan di kantin sebuah sekolah juvana lelaki. Bagi saya babak ni tidak meyakinkan. Biasanya di kantin hanya ada tukang masak, warden bertugas dan beberapa pelatih yang ditugaskan membantu tugas di dapur. Tugas mengagih makanan biasanya dilakukan oleh pelatih.

2. Guru mekanikal memakai kemeja lengan panjang bertali leher di bengkel. Perlu ke?

3. Ada sungai dalam kawasan sekolah? Bestnya.. Boleh tunjuk pelan kat saya tak? Saya nak tengok macam mana kawasan tu dipagar..;) Atau adakah sungai itu di luar kawasan? Kalau di luar, boleh pula pelatih keluar dan melepak di situ. Bestnya..

Apa pun, saya menjangkakan cerita ni lebih menarik daripada Gemilang (owh...dan Arjuna!).

20 tahun saya tinggal di sekolah juvana tau. Tapi saya tinggal di kuarters kakitangan, sebab dulu ayah saya bertugas sebagai warden. Semasa kecil dulu, pelatih-pelatih juvana la jadi kawan sepermainan waktu petang ..:)

Monday, April 18, 2011

Bagi ada jiwa

Nampak kaku pulak header blog ni tanpa hidupan kan. Jadi saya letak la gambar tuan punya blog, bagi ada jiwa sikit. Mula-mula tu saya cadang nak letak gambar saya dengan kuih-muih. Tiba-tiba terdengar macam ada suara ~  "Apa ke he kamu ni?!! Nak kena kokak ke leher tu?" Terus tak jadi nak buat.

In my place..

Saturday, April 16, 2011

But you eat all

"After 3 days here, you have eaten different type of Malaysian food." "Today I want to bring you to eat Japanese food" kata pegawai saya kepada pelawat dari Jepun. "Alamak, macam mana ni?" getus hati saya. Orang Jepun itu nampaknya senang dengan apa yang didengarnya. Kereta Ford Everest terus meluncur menuju ke sebuah kompleks membeli-belah. Sampai ke tempat yang dituju, kami bertiga turun dan pemandu berlalu pergi. "There is a Sushi King restaurant here" kata pegawai saya. "Oh my god.." hati saya gelisah. Takkan nak cakap tak nak makan, kena la jaga hati tetamu. Di dalam restoran, orang Jepun tu telah memilih set menu yang sama untuk kami bertiga. Saya cuma senyum, bagi nampak macam riang.

Orang Jepun: "You use the chopstick very well."
Saya: "Owh, thank you. I just try."
Lepas kena puji tergelincir pulak sushi dari chopstick. Ceh..

***

"Actually this is my first time eating sushi"
Orang Jepun dan pegawai: "Haa..really?" (apa yang pelik sangat, aku bukan orang Jepun)
Orang Jepun: "But you eat all."
Saya: "Hee.."

Wednesday, April 13, 2011

Tolong ubah perangai

Ni yang saya tak suka ni..

Tolong jangan buat perangai buruk ni
Semasa berhenti di satu persimpangan lampu trafik, dengan selamba pemandu kereta di depan saya menurunkan cermin tingkap dan membuang 3 gumpalan tisu. Saya terus jerit "Woi!" tapi dia buat tak endah je (cermin tingkap saya tak diturunkan pun). Tolong la jangan buat perangai monyet macam ni. Besar kot sampah-sampah tu. Pernah juga saya jumpa pemandu/penumpang kenderaan yang campak botol air mineral dan tin minuman keluar dari kenderaan. Durjana betul..

Tu kereta kawan siapa tu? Tolong nasihatkan dia sikit. Apa salahnya simpan sekejap sampah tu dalam kereta. Bila dah sampai ke tempat yang dituju, buang la dalam tong sampah. Susah ke?

Tuesday, April 12, 2011

Kalau teksi takpe

Kalau memandu di jalanraya, kita boleh tengok macam-macam ragam pemandu di Malaysia ni. Tak kira la yang bawa kenderaan kecil atau besar. Ada satu masa tu saya menaiki teksi dari LCCT. Di dalam perjalanan, teksi itu tiba di jalan yang sesak. Teksi pun bergerak sedikit demi sedikit disebabkan kenderaan yang beratur panjang. Dalam masa yang sama, banyak kenderaan lain memotong kenderaan di depan menggunakan sedikit ruang di sebelah kiri jalan. Pemandu teksi melihat keadaan tu dengan rasa tak puas hati. "Aku tak boleh tengok la orang melanggar peraturan jalanraya ni." 

"Pantang aku...pantang..." lalu dia pun turut memotong dari kiri. "Gila kau nak biar je.."

"Kalau teksi ni takpe nak langgar peraturan sikit-sikit." "Orang memang marah, tapi sekejap je." "Diorang faham kita ni cari makan."

Saya angguk 2-3 kali.

Sunday, April 10, 2011

9N ke Bukit Fraser

Bila dah bekerja ni, nak berkumpul ramai-ramai dengan sahabat-handai memang susah. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tambah pula yang dah berkahwin, sibuk dengan keluarga. Sekali-sekala kena la rancang aktiviti bersama, baru seronok. Bulan lepas memang saya sangat sibuk dengan kerja dan aktiviti. Salah satu aktivitinya ialah perjalanan ke Bukit Fraser bersama kawan-kawan rapat saya. Penuh jadual awok tau. Aktiviti kali ni tak berjaya mengumpulkan semua ahli sebab ada dua orang yang tak dapat turut serta. Susah kalau nak tunggu semua ada kelapangan. Jadi yang mana ada, kita jalan dulu.

Pada pagi Sabtu, kami berkumpul di Hentian Rawang arah Utara dan berkonvoi ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baru. Bagi yang ingin ke Bukit Fraser, pastikan petrol kenderaan diisi secukupnya sebab jarak dari pekan Kuala Kubu Baru ke puncak Bukit Fraser bukannya dekat tau, ambil masa kira-kira sejam perjalanan. Di atas bukit tu tiada stesen minyak. Laluan 10km terakhir sebelum sampai ke puncak bukit tu agak sempit. Kenderaan hanya boleh bergerak secara sehala pada satu-satu masa. Jadi terdapat kawalan lalulintas bagi tujuan keselamatan.

Masa ganjil ialah waktu naik...masa genap ialah waktu turun. Lu fikir la sendiri..;)
Blok 404..;p
Kami menginap di sebuah banglo. Tak pasti pula berapa usia banglo tu. Masa mula-mula sampai tu rasa macam..."Alamak, selamat ke malam ni?" Banglo ni mempunyai 8 bilik yang besar-besar. 4 di tingkat atas, 4 lagi di tingkat bawah. Dalam ramai-ramai ni, cuma saya dan seorang lagi kawan saya je yang masih bujang. Lan juga namanya. Kalau ada trip ke mana-mana kami memang jadi satu pasangan la..hehe. Disebabkan nak semua geng kami duduk di tingkat atas banglo tu, kami berdua buat keputusan minta dua tilam dari penjaga banglo dan menjadikan ruang tamu tingkat atas sebagai tempat tidur kami. Bilik-bilik di tingkat bawah kami tinggalkan untuk orang lain yang akan datang menginap. Masa tu mereka tak sampai lagi.

Pada waktu petang kami keluar meronda di sekitar kawasan Bukit Fraser. Sempat la saya memanah buat kali pertama. Ada sekali tu saya panah sasaran saya, boleh pulak anak panah tu pergi ke sasaran orang sebelah. Tak sangka saya ni berbakat..;p Waktu malam kami buat barbeque. Seronok betul dapat makan beramai-ramai macam ni. Lepas makan, kami cuma bermain kad. Tempat tidur geng bujang la jadi kawasan permainan. Geng para isteri ada yang menonton movie di laptop dan ada yang melayan anak masing-masing.

Menunggang kuda
Memanah
Barbeque
Main kad

Setelah lama bermain kad, dalam pukul 3 pagi kami pun tidur. Yang dah berkahwin masuk ke bilik masing-masing. Tinggal la geng bujang tidur di ruang tamu. Lama juga ambil masa nak melelapkan mata sebab banyak minum kopi sebelum tu. Bila dah terlelap, tiba-tiba kawan saya kejut "Lan..Lan.. tukar tempat Lan, ko tidur sini, biar aku tidur sana"  Saya rasa pelik la pulak tiba-tiba dia nak tukar tempat. "Kenapa?" tanya saya. "Ko tidur mengadap sana (mengiring ke kanan), ko tukar sini la." Disebabkan dah jauh malam, saya malas nak bertanya banyak. Saya ikutkan saja.

Huhu..sedar-sedar dah pagi. Sarapan pada pagi itu disediakan oleh Sham dan isterinya. Kira-kira pukul 12 tengahari kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan turun dari Bukit Fraser saya tak banyak bercakap sebab rasa nak muntah. Menyesal minum susu coklat sebelum turun tu. Jalannya yang bengkang-bengkok menyebabkan susu tu rasa macam nak terkeluor je. Kami singgah makan tengahari di Serendah dan meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing. Begitulah trip ringkas kami ke Bukit Fraser.

Bergambar kenangan bersama 'pasangan' masing2


Thursday, April 7, 2011

Taktik kotor semasa berlari

Pada 13 Mac 2011 saya menyertai Larian Bareno bersama kawan saya. Pukul 5 pagi dah kena keluar rumah. Kami bersarapan bersama di kedai dan terus ke Bukit Jalil. Masa sampai di Bukit Jalil, saya tengok orang dah berlari. "Weh kata lari pukul 6.30, kenapa dah lari pulak ni?" begitulah pertanyaan saya. Rupanya itu untuk kategori 25km. Baguih la tu, sempat solat Subuh. Usai solat Subuh berjemaah di surau, larian pun dimulakan.

Masa ambil pakaian untuk larian pada hari sebelumnya, saya ingatkan dapat t-shirt, sekali dapat singlet. Tak best la pulak nak pakai singlet sebab macam seksi je, jadi saya pun pakai t-shirt di dalam. Bila dah berlari tu, rasa menyesal pulak pakai t-shirt. Panas...rasa macam nak bukak baju je.



Semasa berlari, ada satu masa tu saya berlari betul-betul di belakang seorang lelaki. Seluarnya basah lencun macam baru lepas terjun kolam, meleleh air di kaki. "Kat mana ko lari ni brader? Hujan ke?" tanya saya dalam hati. Saya perhati seluarnya seakan-akan disedut sedikit..hehe. Takpe, saya terus fokus pada larian. Tiba-tiba orang itu telah kentut sampai semua orang pandang. Pehh..kuatnya. Gelombang udara yang terbebas dengan tekanan tinggi dan melalui seluar yang basah memang menghasilkan bunyi yang mantap. Disebabkan terkejut, dengan serta-merta saya berlari ke tepi dan terus memotong. Dia cuma buat muka selamba je. Huh, macam-macam cara rupanya nak melemahkan semangat orang. Mujur saya tak tewas dengan taktik kotor tu.

Saya berjaya menamatkan larian sejauh 10km dalam masa 1 jam 18 minit. Takde la laju mana, tapi ada kemajuan sikit berbanding larian sebelum ni iaitu 1 jam 30 minit. Sudah tentu la saya tak berlari je sepanjang masa. Ada gak masanya saya berjalan. Saya tak berjaya mendapat pingat pun sebab masa sampai di garisan penamat tu, pingat untuk peserta lelaki dah habis. Pingat untuk peserta wanita je ada banyak lagi. Hmm..kena bersedia, hujung bulan ada larian lagi.



Monday, April 4, 2011

Sahabatmu yang sedih

Setelah pulang dari Kuala Terengganu petang Jumaat lalu, saya dan adik sempat melawat kawan baik saya semasa kecil di Hospital Kuala Lumpur. Keluarga kami lama berjiran semasa tinggal di kuarters kerajaan dulu. Saya dan adik-beradik memang rapat dengannya, cuma mungkin saya yang paling rapat kerana umur kami hanya berbeza setahun. Walaupun kini kami dah jarang bertemu, namun kenangan membesar bersama sewaktu kecil tetap punya tempat istimewa dalam hati saya. Sayu rasanya hati melihat dia terlantar kaku dengan tiub di mulut dan hidung. Hanya dadanya yang kelihatan bergerak ke atas dan ke bawah hasil bantuan pernafasan dari mesin. Dah 2 minggu dia koma akibat penyakit dalaman yang agak rumit hendak diceritakan. Tiada apa yang mampu saya buat, hanya memerhati keadaannya sambil berbual sedikit dengan ayah dan isterinya. Sekali sekala saya memegang tangannya dengan harapan dia akan terjaga.

Pagi semalam saya ke Klang menghadiri upacara pengebumiannya. Ya, dia sudah meninggal dunia pada petang Sabtu, sehari selepas saya melawatnya. Semasa saya sampai, arwah baru selesai dimandikan. Saya turut serta melakukan Solat Jenazah untuknya dan mengiringinya ke tanah perkuburan. Saya tenang saja semasa menatapnya di hospital, selepas jenazahnya dimandikan, selepas dikafankan dan selepas disembahyangkan. Tapi semasa di tanah perkuburan, perasaan sedih datang menerpa sehingga tidak dapat ditampung lagi. Pakcik yang duduk di sebelah saya pun terikut-ikut dengan emosi saya, padahal sebelum tu dia tenang saja. Akhirnya saya berjaya membasahkan sehelai sapu tangan yang saya bawa bersama. 

Saturday, April 2, 2011

Limah Bungkus

Belum sempat saya nak bercerita tentang perjalanan saya ke Bukit Fraser minggu lepas, kelmarin saya ke Kuala Terengganu pula atas urusan kerja. Satu malam saja di sana. Kebetulan masa saya pergi tu seharian tak hujan, jadi lancar je la perjalanan. Kalau tak, 2-3 hari sebelum tu memang hujan sokmo, sampai banjir dibuatnya.

Selesai urusan kerja tengahari semalam, saya mengikut rakan perempuan membeli kain dan tudung. Dah lama tak merasai cabaran menanti perempuan membeli-belah. Takpe la saya ikutkan je, sebab kalau duduk kat bilik penginapan bukan ada apa nak buat pun. Lain lah kalau saya menginap betul-betul di bandar KT, boleh la juga berjalan-jalan di sekitarnya.

Petang tu saya dibawa ke ICT. Ingatkan pusat siber apa la ICT tu, rupanya gerai makanan laut yang banyak terdapat di Terengganu. ICT tu singkatan daripada "Ikan Celup Tepung". Waa..memang puas la saya makan petang tu. Makan makanan laut yang segar di tepi pantai, sambil merasai tiupan angin laut...memang bagus. Kami makan ikan, sotong dan udang. Semuanya dicelup tepung dan digoreng, lepas tu dimakan panas-panas bercicahkan sos...sedapnya! Maaf la saya tak ambik gambar pun, sibuk menjamu selera..;p Punyalah banyak kami bertiga makan, sampai dah tak boleh masuk lagi dah, harganya RM30 lebih je. Murah betul.

Lepas tu kami singgah di kedai Keropok Lekor BTB yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng. Dengar cerita kedai ni kedai keropok lekor paling popular di KT. Ramai orang sanggup menunggu lama untuk membeli keropok lekor di sini. Yang menariknya pelanggan tak perlu beratur panjang, cuma tunggu angka giliran keluar kat skrin LED. Macam yang kat hospital atau bank tu la. Maju..maju..;)

Pegawai yang kami jumpa untuk berurusan tu kata rekabentuk bumbung kebanyakan rumah di Terengganu dinamakan Limah Bungkus. Tergelak saya di situ. Dah la Kak Limah tengah popular sekarang ni. Rupanya bila cari di internet, namanya Limas Bungkus la..haha.