Friday, February 25, 2011

Amende yang mampuihnya

Waktu tengahari itu tiada pelanggan di bengkel Ramli dan Rudi. Mereka hanya duduk menghisap rokok sambil berbual kosong. Sedang mereka berbual, kedengaran bunyi motosikal menghampiri bengkel. Ramli sebagai tauke #1 terus menghampiri pelanggan setia bengkel mereka itu "Rosak lagi ke Pak Dafi?" soal Ramli.  "Takde la, dah ok dah. Eh, jom makan kat rumah aku" pelawa Pak Dafi. Belum sempat Ramli menjawab, Pak Dafi menyambung lagi.. "Jom la, bukan jauh pun rumah aku...depan tu je"

*****

"Woi, aku datang tadi korang takde. Pergi mane?" soal Amri
"Kitorang gi rumah Pak Dafi la" jawab Rudi
"Watpe?"
"Makan...tiba-tiba dia datang ajak makan. Kitorang ON je la..haha"
"Oo..patut la hilang"
Tiba-tiba Amri macam teringat sesuatu..
"Weh, korang gi makan eh? Peeiiiii...mampuih..
"Apahal?" tanya Rudi
"Ntah...apahal? Cecite..cecite.." tambah Ramli
"Kelmarin ada treler accident kat highway depan tu kan?"
"Oo...yang treler bawak beras tu.. Ha, kenapa?" Ramli buat muka ingin tahu
"Aku dengar cerita Pak Dafi pergi kutip beras yang berterabur kat highway tu" kata Amri
"Betul ke?" tanya Ramli terkejut
"Betul...Man Telo yang cerita, tiga guni gak dia dapat" jawab Amri yakin.
Dah la tak tolong pemandu treler tu...ish ish, kejamnya manusia"
Rudi dan Ramli saling berpandangan...

10 comments:

+qAsiH naDiRa+ said...

hahaha~ni kisah betol ke atau rekaan ni?kejam2~

Lan Bingka said...

qasih: di olah dari kisah benar..berita semalam

Ann said...

berita semalam? dh lame ak xbc newspaper

Lan Bingka said...

Ann: haah..kesian pemandu dan kalendan lori tu..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Ann said...

o ok, thanks........kecian nye mangsa2 tu, mybe kalo smpt anta ke hospital..dpt dselamatkan lg kot..kemaruk sgt smp nk pi kutip beras..

Lan Bingka said...

Ann: betul tu..mana tahu mungkin sempat selamatkan kalendan lori tu..

Adzriel AB said...

uishh...3 guni jadi darah daging.. takut akak. rela beli drp ambil mcm tu. dah lah tak menolong yg cedera tu.

lan... sory..tertag lan pulak..he..he..

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/saya-nak-join-bloglist-nelly-strange.html

Lan Bingka said...

Adzriel AB: rezeki haram ni..

yonna said...

kejam sungguh manusia ni kan? yang meninggal tu adik kawan yonna :( aih, diorg memang kalut kutip beras je.

Lan Bingka said...

yonna: ye ke? salam takziah kepada keluarga kawan yonna..