Sunday, February 27, 2011

Melukis dengan cahaya

Dah lama rasanya tak menonton Majalah 3. Tak berapa minat la sekarang. Dulu masa Nor Azlina Redzuan yang jadi pengacara memang siap tunggu depan tv. Hmm..barangkali masa tu tiada pilihan cerita lain..hehe. Masa jumpa Nor Azlina Redzuan kat Jom Heboh siap minta autograph tu, punyalah minat. Takde tempat nak tandatangan, saya hulur handphone je minta dia tandatangan kat belakang...haha. Itu dulu punya cerita, masa dia bujang. Sekarang dah kahwin, dah jadi Datin.

Malam tadi boleh tertengok pulak Majalah 3. Kebetulan tiada perlawanan bola sepak yang nak ditonton, jadi saya layan je la. Paparan malam tadi ialah mengenai sekumpulan anak muda tempatan yang berkecimpung dalam bidang Light Graffiti. Selalu orang melukis dengan spray, pen, pensil dan sebagainya kan...tapi Light Graffiti ni ialah teknik melukis dengan cahaya dan dirakam menggunakan teknik fotografi yang tertentu. Wah, hasilnya memang cantik dan menarik. 

sumber
sumber
sumber

Friday, February 25, 2011

Amende yang mampuihnya

Waktu tengahari itu tiada pelanggan di bengkel Ramli dan Rudi. Mereka hanya duduk menghisap rokok sambil berbual kosong. Sedang mereka berbual, kedengaran bunyi motosikal menghampiri bengkel. Ramli sebagai tauke #1 terus menghampiri pelanggan setia bengkel mereka itu "Rosak lagi ke Pak Dafi?" soal Ramli.  "Takde la, dah ok dah. Eh, jom makan kat rumah aku" pelawa Pak Dafi. Belum sempat Ramli menjawab, Pak Dafi menyambung lagi.. "Jom la, bukan jauh pun rumah aku...depan tu je"

*****

"Woi, aku datang tadi korang takde. Pergi mane?" soal Amri
"Kitorang gi rumah Pak Dafi la" jawab Rudi
"Watpe?"
"Makan...tiba-tiba dia datang ajak makan. Kitorang ON je la..haha"
"Oo..patut la hilang"
Tiba-tiba Amri macam teringat sesuatu..
"Weh, korang gi makan eh? Peeiiiii...mampuih..
"Apahal?" tanya Rudi
"Ntah...apahal? Cecite..cecite.." tambah Ramli
"Kelmarin ada treler accident kat highway depan tu kan?"
"Oo...yang treler bawak beras tu.. Ha, kenapa?" Ramli buat muka ingin tahu
"Aku dengar cerita Pak Dafi pergi kutip beras yang berterabur kat highway tu" kata Amri
"Betul ke?" tanya Ramli terkejut
"Betul...Man Telo yang cerita, tiga guni gak dia dapat" jawab Amri yakin.
Dah la tak tolong pemandu treler tu...ish ish, kejamnya manusia"
Rudi dan Ramli saling berpandangan...

Friday, February 18, 2011

MMS perli



Sekuntum mawar merah.. Tanda tulus cintaku.. Hanya untukmu..

Saya dapat MMS percuma lebih kurang macam ni sempena Hari Valentine yang lalu. Boleh tak jangan hantar pada orang yang single? Benci aar perli-perli macam ni.. 

Monday, February 14, 2011

Biarkan tidur selama mungkin

Adik saya mula bekerja hari ni setelah lama cuti bersalin. Tinggal la Zera dengan datuk, nenek dan Pak Longnya ni. Saya memang mohon cuti sebab nak pergi baiki kereta. Pagi tadi menangis saja kerjanya. Susah betul emak saya nak bagi minum susu. Maklumlah tak biasa minum dari botol. Ala Zera...dalamnya sama je la. Setelah beberapa kali dicuba, barulah dia nak minum. Lepas tu dia tidur.

Dalam pukul 10 pagi, kedua orang tua saya keluar sekejap. Tinggal la saya seorang menjaga Zera. Selalu kalau mama dia ada, saya suka kacau dia masa tidur...cium-cium sikit. Comel la tengok dia bergerak-gerak sambil mata tertutup. Tapi kalau dia dah tidur lama, lepas tu saya tengok dia macam dah gerak-gerak sikit, memang saya  tiup muka dia sampai terjaga. Kelakar la tengok dia terkebil-kebil...macam keliru pun ada, macam tak puas hati pun ada..hehe. 

Itu masa mama dia ada. Sekarang mama dia takde...bila dia dah tidur tu, lebih baik biarkan tidur selama mungkin..;p



Adik saya entah berapa kali call dari pejabat tanya khabar anaknya. Itu baru tinggalkan kat keluarga sendiri, kalau tinggalkan kat orang lain, lagi la risau ye dak? 

Saturday, February 12, 2011

30 sen akan tiba

Eh, baru teringat ada blog. Leka menonton j-drama..hehe

Ok la tu, duduk diam-diam...tak kacau anak dara orang. Hmm..bagusnya..;)

Baru-baru ni saya ada beri ucapan kepada seorang rakan sebaya di FB.

30 sen sudah..
Dalam 9 bersaudara (teman-teman rapat saya sejak sekolah), dia yang paling sulung dan saya yang paling bongsu. Ada 9 bulan lagi untuk saya menikmati zaman 20 sen. Eh, bukankah itu hanya angka? (Saya setuju sangat!)

***

Ada orang mulakan salam perkenalan macam ni..


Saya nak kata....."no comment.."

Thursday, February 3, 2011

Singa yang menari

Wah, nampaknya semua orang ada rancangan untuk cuti Tahun Baru Cina ni. Masa cuti ni lah nak habiskan masa dengan keluarga atau sahabat kan. Masa lain semua sibuk dengan kerja. Ramai kawan-kawan saya yang menggunakan kesempatan ni untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi saya yang memang tinggal dengan keluarga di KL, macam ni je la keadaannya. Sama macam hari lain.

Sebenarnya saya bukan dalam mood nak bercuti pun. Sebab tu takde mohon cuti tambahan. Cukup la tu 4 hari cuti. Nak buat apa sangat cuti lama-lama. Tapi hari Sabtu saya akan pulang juga ke kampung untuk meraikan chenta sepupu saya. Hari Sabtu kenduri di sebelah perempuan. Hari Ahad baru kenduri di rumah sepupu saya. Lepas tu terus pulang ke KL dan sambung bekerja pada hari Isnin.

Semalam 2 orang kawan yang dah mempunyai anak mengajak saya berjalan-jalan di Zoo Negara bersama keluarga mereka. Ada persembahan tarian singa katanya. Bukan persembahan oleh manusia, tapi persembahan oleh singa. Bayangkan je la..:)  Saya kata saya tak dapat ikut sebab ada kerja sikit.

Pagi tadi seawal 7.30 saya dah keluar memandu kereta. Bosan la cuti-cuti duduk kat rumah je. Sudahnya menonton drama Jepun je la tak habis-habis..;p  Bila memandu di jalan raya yang hampir kosong tanpa kenderaan, ditemani lagu menyentuh jiwa...fikiran pun terasa kosong melayan perasaan menuju ke destinasi. Terkenang memori lama dengan seseorang, terkenang masa gembira dengan kawan-kawan...hmm terkenang macam-macam la. Memang kita patut menghargai semua yang datang dalam hidup kita ni, betul tak? Kerana semuanya bersebab. Apapun, selamat bercuti saya ucapkan.

So here I am, alone in my office...