Tuesday, January 11, 2011

Ziana hampir menang

1. Ada yang kata persembahan pembukaan sangat best. Bagi saya biasa je. Mengimbau lagu-lagu yang pernah bertanding dalam AJL..macam dah selalu buat.

2. Persembahan A.P.I boleh tahan juga. Masing-masing pakai pakaian perang, dengan muka Azlan dan Noh terdapat kesan-kesan darah. Akhir sekali semua mati ditembak. Wow..

3. Nanyian Shahir nampak kurang bertenaga lah. Dan diganggu pula dengan dialog-dialog (sajak) yang keluar daripada mulut Nasha Aziz. Boleh tak diam sekejap masa orang tengah nyanyi? Sampai ke sudah Shahir buat tak dengar, lalu dilempangnya Shahir. Ada ke patut..;) Mungkin Nasha pun geram sebab Shahir menyanyi tanpa penghayatan. Hey Nasha, dia memang tak sihat la..;p

4. Agak kecewa dengan persembahan Adira. Rasanya dia boleh buat lebih baik daripada tu. Takde sesiapa bagitahu ke bahawa penari-penari yang mengelilinginya tu tak membantu persembahan langsung, malah lebih mengganggu konsentrasi. Tak kisah la kalau nak ramai-ramai pun, tapi boleh tak main jauh-jauh sikit? Biar jadi macam latar belakang je. Baru la Adira dapat menumpukan sepenuh perhatian dan melontarkan suara dengan penuh bertenaga. Ish...

5. Ada yang menyangka Hafiz terjatuh/ditembak. La..ni mesti tak pernah tengok video klip ni kan? Masa dia jatuh tu terus saya cakap.. "Lepas ni mesti dia keluar kat tempat lain.." (kan celah gusi je tu..) Apapun, vokal Hafiz memang bagus!

6. Persembahan Faizal Tahir untuk lagu Hanyut memang hebat. Tak pernah dibuat orang. Memang layak menang Persembahan Terbaik.

7. Stacy kelihatan comel dengan pakaian ala Geisha. Tapi tariannya tak selincah selalu, mungkin sebab nak beri lebih perhatian pada vokal.

8. Masa Kak Pah menyanyi tu, serius saya dah mengantuk. Mata pun dah layu je. Sekali bila Ziana Zain keluar, terus segar ko. Memang mantap persembahan dia. Lagi sikit je nak menang. Lepas tu disambung pula dengan persembahan Dato' Siti Nurhaliza, pehh...dengan langkah tarinya... baru terasa malam tu malam AJL.

20 comments:

Ann said...

ak hampa skit ngn psmbahan stacy, psl selama ni ak suka tgk dia menari..ye la, agaknye nk vokal mntap..

ending best..ngn bala tentera ct, opening biase je...bosan

Lan Bingka said...

Ann: macam tak puas tengok persembahan stacy kan..

Kujie said...

tengok sampai kat stacy je...dok tahan mata sorang

sedar2 tgok iklan, terus tutup tv, ingat ke dah habis

on twitter nak cari budak2 bergossip kat situ...loh! belum habis rupanya.... belum ada keputusan yg diupdate lagi

dah pindah dari sofa ke katil, malas nak keluar on tv lagi..sampai kesudah tatau result

pagi baru tau...hehe..lepas tu tgok Ana dipeluk Wardina dlm MHI

so..otai2 kak pah, kak ziana dgn kak ct tak nengok!

Lan Bingka said...

Kak Jie: bila tengok persembahan kak ziana dan kak siti terus teringat betapa meriah dan penuh warna-warni AJL dulu2..:)

yott said...

persembahan ct grand!

Lan Bingka said...

yott: memang memukau..:)

Seri said...

rugilah pula tak tengok AJL

Lan Bingka said...

Seri: takpe..youtube ada ;)

mr reed said...

tu la.ziana mmg da menang mlm tu. Tp vokal dia wlaupun bgus da x mcm dulu.almaklum da makin berusia. (=

O shahir x sehat ke? Tp byk y x kena dgn pesembhn bbrape org artis mlm tu.antaranya shahir sndiri.kalo takda tukar melodi n tanpa nasha pun da cukup bgus da. Yuna pun same.ada bunyi y tak sdap pd pesembhn dia.mgkin gitar tong

Lan Bingka said...

mr reed: patutnya kalau nasha nak cakap, kena la tunggu part shahir tak nyanyi..baru ada tolak ansur..;p

Anonymous said...

ta tgk. mlm tu wt esemen. adeh

Lan Bingka said...

maCy: ye ke, takpe la..nak buat macam mane kan..:)

+qasih nadira+ said...

eh,awk ni g ajl ke mlm 2?sy x bkesempatan pun nak tgk~keje byk malm 2~terpksa tggu youtube kalo di upload~huhu~

Lan Bingka said...

qasih: bukan kita tengok sama2 ke? ;p

+qasih nadira+ said...

eh,aah la lan~lupe plak kan~mmg best kan mlm 2~hehehehe~

Lan Bingka said...

qasih: pelupa betul awak ni..hahaha..=)

+qasih nadira+ said...

lan:nak wat cmne~awk jerit kuat sgt masa ana rafali 2 menang~jatuh kejap jantung sy~nasib baik leh pasang balik~

Lan Bingka said...

qasih: hehehe..

zirconia said...

adira, stacy, black ngan shahir memang macam kurengg sikit malam tu. perlu ke ada sharifah aini? huahuahua. persembahan A.P.I memang mantap

Lan Bingka said...

dah la saya sokong adira..keciwa..huh