Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Pasti ramai yang tak menjangka lagu "Tolong Ingatkan Aku' dendangan Ana Raffali akan dinobatkan sebagai juara AJL 25 kan? Ada yang tak berpuas hati dan mula lah berangan nak jadi juri profesional. Kalau setakat kecewa tu takpe la, ni sampai nak bengang ni apa hal? Tak nampak ke juri profesional tu semuanya nama-nama besar dalam industri muzik tanah air. (Tapi saya tetap tak faham ada apa dengan lagu Drama King sampai boleh dapat no.2...hmmm)

Bagi kebanyakan pendengar (termasuk saya), lagu yang dicipta sendiri oleh Ana Raffali ini mungkin dianggap hanya lagu biasa, tapi bagi barisan juri profesional yang mengadili kesemua lagu yang bertanding malam tadi, pastinya lagu ini mempunyai kelebihan tersendiri sehingga mampu menewaskan 13 lagu yang lain. Pada pendapat saya, kekuatan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ialah pada ketulenannya, lirik yang indah dan mesej yang terdapat dalam lagu tersebut. Sudah la tu.. Daripada frust tak tentu pasal sebab lagu pilihan tak menang, lebih baik kita hayati lirik lagu bertuah ni..;) 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Tahniah Ana Raffali..:)

16 comments:

Hamba Allah said...

diorang ni sokong penyanyi bukan lagu sebab tu la bila fav singer kalah mula la kalut sampai buat fan page untuk luahkan x kepuasan hati tu.. macam2 hal

FT kalah, aku x bising pun..rilek je..hehe :)

Lan Bingka said...

Hamba Allah: betul2.. saya pun sokong FT, tapi kalah...apa ada hal..

cintatehO said...

bravo pak aziz jg...huhu

Lan Bingka said...

cintatehO: tiba2 ada drama kekeluargaan kat atas pentas..huhu

Ann said...

aku sokong lagu sofea jane, lagu ni sgt merdu......
sedih2 huhu

Lan Bingka said...

lagu sedap la..suara yg merdu..;p

lirik lagu ni takleh lawan lagu juara..

yott said...

stuju dgn Ann..
dan stuju jgk dgn Lan..

Lan Bingka said...

tahniah yott sebab ana raffali menang..;p

meowwmania said...

tak kisah sapa yg menang hehee..

Lan Bingka said...

meowwmania: ucap tahniah sudah kan..;)

mr reed said...

lg satu pkara,perlu jg diingat bhw lagu2 tsebut tlah diadili 70% sblm mlm pesembhn. Tmbhn lg, tv3 kblkgn ni lbh cndrung mencari bakat bru dgn kbolehan sndiri

Balqish Shafiqa said...

dengan saku penyeluk masa......
maksud yang mendalam. :)

zirconia said...

rezeki masing2 kan. tapi kan lan, sy suka je lagu drama king :D

Lan Bingka said...

mr reed: ada orang cakap pemenang dah ditentukan lebih awal, padahal itu adalah penilaian awal yg 70% tu..

tu la masalahnya kalau bercakap tak tahu hujung pangkal..

Lan Bingka said...

Balqish: sebelum ni tak ambil tahu pun lirik lagu ni.. rupanya ada maksud dan mesej yg mendalam..:)

Lan Bingka said...

zirconia: saya cuma fikir lagu hanyut lebih bagus. rupanya saya silap..hehe

takpe, AJL 26 nanti FT akan pertaruhkan lagu adrenalin plak..:)