Sunday, January 2, 2011

Antara Futsal & Basikal

Dua hari sebelum 2011, saya diminta memilih antara futsal dan basikal. Dengan mudah saya memilih futsal..:) Maka setelah menghantar adik ke Hentian Duta untuk pulang ke UNIMAP, saya dan rakan-rakan bermain futsal seperti biasa pada malam itu. Ketika sedang bermain, kedengaran bunyi dentuman selama beberapa minit di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur menandakan tahun baru sudah menjelma. Langit malam itu pasti dihiasi sinaran bunga api yang indah. Hmm..zaman keluar menyambut tahun baru dengan teruja bersama kawan-kawan dah berlalu. Dah malas la nak bersesak-sesak ni.

Jika saya memilih basikal, sudah tentu saya berada di Putrajaya memeriahkan program  “Putrajaya Inter-Parks Ride@Promenade". Faizul la yang beria-ia mengajak, maklumlah orang dah ada basikal..;p Katanya ada ramai perempuan bujang..;p Takpe la, malas rasanya nak pergi sampai ke sana. Mungkin lain kali je. Tapi kalau Linda Hashim yang ajak, laju saya pergi..;p

Tak kisah la kan, asal tak buat benda yang merapu sudah.

21 comments:

yott said...

ini yg dikatakan ada udang sebalik mee..hehe..;)

Lan Bingka said...

yott: kalau ada udang lebih sedap..;p

meowwmania said...

siapa Linda Hashim tuh? jeng jeng jengg~~

Lan Bingka said...

meowwmania: oo..tak tahu eh. cari je la..;)

EIPUL said...

aku pun tak sempat nak celebrate tgk bunga api kat klcc, huhu

tak kesah pun, tak pentng sangat sambut new year kan? lagi penat ada r sebab terpaksa bersesak berhimpit orang ramai

keke

Lan Bingka said...

EIPUL: dari jauh dah bleh nampak bunga api kat klcc tu..;p

zirconia said...

oh suka linda hashim eh? cari orang ada ciri2 macam tu ye lan?? :D

selamat tahun baru :D

Lan Bingka said...

zirconia: ala saja2 je tu..hehe

saya suka tengok lakonan dia..;p

maCy said...

mee disebalik udang? ;p

Lan Bingka said...

maCy: haha..mana2 pun bleh..;p

eL said...

Lahhh...dalam banyak-banyak artis, Linda Hashim yang dia berangan. Errr...Linda Hashim artis ke atau ada Linda Hashim lain? Saya assume Linda Hashim artis la ye. Last week terjumpa dia dengan kawan-kawan dia kat Nagoya Carrefour Wangsa Maju. Beli kain kot. Lan mesti tengok Halimah J*ngang every week ni.

Faizul said...

Satu hari nanti... ko mesti join aku naik beskal... hahahhaha...

Lan Bingka said...

eL: linda tu la..;)

halimah jongang ari apa pun saya tak tahu..hehe

ala, saya bukan fanatik sangat, kalau ada tertengok kat tv tu, saya layan je la..;p

Lan Bingka said...

Faizul: huhuhu...tengok la..;p

Seri said...

Linda Hashim yang berlakon cerita Tudung Express kan. cantukkan dia

Lan Bingka said...

Seri: yup..betoi tu..;p

naz said...

memang udang terdapat dalam mee haha

Lan Bingka said...

naz: baru la sedap..hehe

Mohd Shahrul Hafizi said...

Malam tahun baru tu aku dah tidur awal. Hahaha.

Lan Bingka said...

Shahrul: lagi tenang..:)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Tahu takpe. Nasib baiklah takda bunga api area rumah aku, so takde la gangguan bunyi masa tidur tu.