Monday, January 31, 2011

Peluk isteri lebih enak

Semalam ramai yang terperap saja di rumah kerana hujan sepanjang hari. Bila dah hujan ni, nak beraktiviti pun malas ye tak? Aktiviti makan je yang banyak. Dapat pula makan sup panas..pehh. Semasa nak melelapkan mata pukul 12 malam tadi pun masih kedengaran bunyi hujan di luar. Banyak kawasan yang mula dinaiki air termasuk kampung saya di Batu Pahat yang mengalami hujan berterusan selama 3 hari. 

Pagi semalam saya keluar berjoging di satu tempat baru. Walaupun cuaca sejuk sebegitu lebih sedap dihabiskan di atas tilam, saya tetap keluar kerana dah berjanji dengan Faizul nak berjoging. Waktu pagi semalam takde la hujan sangat, cuma terasa titisan air halus dari atas. Memang halusss...kata Harith Iskandar. Tunggu punya tunggu Faizul tak muncul-muncul. Bila saya cuba call, handphone tak dihidupkan pula. Hmm, pagi yang dingin macam tu...lebih baik layan tidur sambil peluk isteri. Wah...enaknya! Nanti dah kahwin saya cuba eh..;p

Jadi semalam saya berjoging la di sekitar taman KLCC buat pertama kali. Saya tak kisah pun tak berteman, sebab saya dah biasa berjoging secara solo pada setiap pagi Ahad. Seronok la joging kat situ. Trek jogingnya memang terbaik. Terdapat laluan mendaki bukit sedikit dan ada penanda jarak pada trek. Senang la kita nak tahu berapa jauh kita berlari dan boleh la kita buat catatan masa untuk rujukan. Sebelum ni kalau berjoging di sekeliling tasik, mana nak tahu jarak. Main lari je la 2-3 pusingan. Panjang trek di taman KLCC ni ialah 1.3km. Semalam saya berjoging sejauh 5km dalam masa kira-kira 40 minit. Hmm..kena berlatih lagi untuk acara larian yang akan kami sertai nanti.

Thursday, January 27, 2011

3 lupa

Setelah bayar duit di kaunter stesen minyak, saya kembali ke motor, hidupkan enjin dah beredar. 50 meter dari situ saya tengok jarum meter minyak tak naik. Laju saya buat u-turn...;p

Sampai di tempat kerja, saya parking motor dan berjalan ke pejabat. Baru beberapa langkah berjalan, saya patah balik ke motor dan matikan enjin...;p

Dari sebuah mesin ATM yang terletak di luar bangunan, saya kembali ke motor yang enjinnya tak dimatikan. Saya duduk di atas motor dan melihat ke arah mesin ATM. Sekali saya tengok ada duit ratus-ratus lupa nak ambil...gila bah

Dalam banyak-banyak lupa, inilah 3 lupa yang saya tak lupa.

Tuesday, January 25, 2011

Kosong

Ni kenapa ni?


Hmm...klik klik

heavy rain in my place..(?)

Tu je.. Motif?

* Tak baik mainkan perasaan orang tau..

Friday, January 21, 2011

No soy un casanova

Saya pernah berada dalam 3 situasi perbualan:

1. Semasa kursus di tempat kerja
"Kau dah kahwin?"
"Belum.." 
"Awek ada la kan.."
"Takde.." 
"Pembohong, muka kasanova macam ni takde awek.."

2. Semasa di tempat futsal
"Lan, bawak la awek datang sekali-sekala...nak sorok-sorok plak.." 
"Mana ada.." 
"Ceh, tak caya aku. Muka kasanova...takde awek konon.."

3. Semasa kenduri kahwin
"Kamu ni bila nak kahwin?"..tanya seorang berpangkat nenek saudara
"Tak tahu lagi, nanti la.."
Tiba-tiba anak perempuannya yang berada di sebelah menyampuk dan terus beredar..
"Huh, kasanova.."
Aik..


Pelik..pelik.. Mana diorang dapat idea ni...

Thursday, January 13, 2011

Fasha Sandha terasa hati

"Cerita Fasha Sandha ni isu semasa negara eh?"  "Ye bang, No.1. Kalau Pamela Anderson setuju berlakon dalam filem Dr. Rozmey baru boleh lawan cerita ni.."

"Owh gitu...nanti kalau Fasha ada terasa hati lagi ke, riang ke, gayat ke... bagitahu la..."

Fasha terasa, Khir tak terasa pun..
Lembap!

Tuesday, January 11, 2011

Ziana hampir menang

1. Ada yang kata persembahan pembukaan sangat best. Bagi saya biasa je. Mengimbau lagu-lagu yang pernah bertanding dalam AJL..macam dah selalu buat.

2. Persembahan A.P.I boleh tahan juga. Masing-masing pakai pakaian perang, dengan muka Azlan dan Noh terdapat kesan-kesan darah. Akhir sekali semua mati ditembak. Wow..

3. Nanyian Shahir nampak kurang bertenaga lah. Dan diganggu pula dengan dialog-dialog (sajak) yang keluar daripada mulut Nasha Aziz. Boleh tak diam sekejap masa orang tengah nyanyi? Sampai ke sudah Shahir buat tak dengar, lalu dilempangnya Shahir. Ada ke patut..;) Mungkin Nasha pun geram sebab Shahir menyanyi tanpa penghayatan. Hey Nasha, dia memang tak sihat la..;p

4. Agak kecewa dengan persembahan Adira. Rasanya dia boleh buat lebih baik daripada tu. Takde sesiapa bagitahu ke bahawa penari-penari yang mengelilinginya tu tak membantu persembahan langsung, malah lebih mengganggu konsentrasi. Tak kisah la kalau nak ramai-ramai pun, tapi boleh tak main jauh-jauh sikit? Biar jadi macam latar belakang je. Baru la Adira dapat menumpukan sepenuh perhatian dan melontarkan suara dengan penuh bertenaga. Ish...

5. Ada yang menyangka Hafiz terjatuh/ditembak. La..ni mesti tak pernah tengok video klip ni kan? Masa dia jatuh tu terus saya cakap.. "Lepas ni mesti dia keluar kat tempat lain.." (kan celah gusi je tu..) Apapun, vokal Hafiz memang bagus!

6. Persembahan Faizal Tahir untuk lagu Hanyut memang hebat. Tak pernah dibuat orang. Memang layak menang Persembahan Terbaik.

7. Stacy kelihatan comel dengan pakaian ala Geisha. Tapi tariannya tak selincah selalu, mungkin sebab nak beri lebih perhatian pada vokal.

8. Masa Kak Pah menyanyi tu, serius saya dah mengantuk. Mata pun dah layu je. Sekali bila Ziana Zain keluar, terus segar ko. Memang mantap persembahan dia. Lagi sikit je nak menang. Lepas tu disambung pula dengan persembahan Dato' Siti Nurhaliza, pehh...dengan langkah tarinya... baru terasa malam tu malam AJL.

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Pasti ramai yang tak menjangka lagu "Tolong Ingatkan Aku' dendangan Ana Raffali akan dinobatkan sebagai juara AJL 25 kan? Ada yang tak berpuas hati dan mula lah berangan nak jadi juri profesional. Kalau setakat kecewa tu takpe la, ni sampai nak bengang ni apa hal? Tak nampak ke juri profesional tu semuanya nama-nama besar dalam industri muzik tanah air. (Tapi saya tetap tak faham ada apa dengan lagu Drama King sampai boleh dapat no.2...hmmm)

Bagi kebanyakan pendengar (termasuk saya), lagu yang dicipta sendiri oleh Ana Raffali ini mungkin dianggap hanya lagu biasa, tapi bagi barisan juri profesional yang mengadili kesemua lagu yang bertanding malam tadi, pastinya lagu ini mempunyai kelebihan tersendiri sehingga mampu menewaskan 13 lagu yang lain. Pada pendapat saya, kekuatan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ialah pada ketulenannya, lirik yang indah dan mesej yang terdapat dalam lagu tersebut. Sudah la tu.. Daripada frust tak tentu pasal sebab lagu pilihan tak menang, lebih baik kita hayati lirik lagu bertuah ni..;) 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Tahniah Ana Raffali..:)

Sunday, January 9, 2011

Pilihan AJL 25

Semalam saya meluangkan masa mendengar lagu-lagu yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL 25) malam nanti. Setelah membuat penilaian secara profesional tanpa mengira kawan atau kekasih, inilah dua lagu pilihan saya;





Senarai lagu yang akan bertanding:
1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali

Semoga yang terbaik akan menang..;)

Wednesday, January 5, 2011

2011 tahun 'luar pintu?'

1.1.11 - 0815

"Berapa jam ko tidur?" tanya F
"Balik futsal pukul 2... tidur dalam kul 2.30...hmm ada la 4 jam"
"Ish..ish..nak hiking ni kena cukup tidur, takut tak larat plak nanti" kata F
"Ok kot, hari tu gi Broga mana ada tidur" 
"Broga tu santai je, ni mencabar sikit"....

sebelum bertukar menjadi Cicakman
pendakian berlatar belakangkan Empangan Klang Gate
antara laluan yang sukar. masa ni ada seorang pendaki tergelincir
dan jatuh ke bawah. nasib baik cuma luka ringan.
duduk di salah satu puncak sambil melihat pendaki lain menuruni batuan kuarza
salah seorang pendaki sempat menunjukkan simbol dua sebelum menuruni cerun
UIA Gombak dapat dilihat dengan jelas dari sini
pemandangan dari cerun yang curam
penghuni puncak Tabur
rumput permaidani yang lembut terdapat di puncak terakhir
pemandangan dari puncak Bukit Tabur
bergambar kenangan bersama pendaki lain.
Itulah aktiviti saya pada hari pertama tahun 2011, mendaki Bukit Tabur. Kami memulakan pendakian pada pukul 8.20 pagi dan berakhir pada pukul 12.20 tengahari. Kemudian kami pergi makan nasi ayam di Taman Melawati. Bila sampai di rumah, saya terus bersandar di tepi katil sampai tertidur keletihan. Huh...penat tapi puas.

Saya rasa tahun ni saya nak banyakkan aktiviti outdoor la, mendekatkan diri dengan alam gitu..;)

Sunday, January 2, 2011

Antara Futsal & Basikal

Dua hari sebelum 2011, saya diminta memilih antara futsal dan basikal. Dengan mudah saya memilih futsal..:) Maka setelah menghantar adik ke Hentian Duta untuk pulang ke UNIMAP, saya dan rakan-rakan bermain futsal seperti biasa pada malam itu. Ketika sedang bermain, kedengaran bunyi dentuman selama beberapa minit di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur menandakan tahun baru sudah menjelma. Langit malam itu pasti dihiasi sinaran bunga api yang indah. Hmm..zaman keluar menyambut tahun baru dengan teruja bersama kawan-kawan dah berlalu. Dah malas la nak bersesak-sesak ni.

Jika saya memilih basikal, sudah tentu saya berada di Putrajaya memeriahkan program  “Putrajaya Inter-Parks Ride@Promenade". Faizul la yang beria-ia mengajak, maklumlah orang dah ada basikal..;p Katanya ada ramai perempuan bujang..;p Takpe la, malas rasanya nak pergi sampai ke sana. Mungkin lain kali je. Tapi kalau Linda Hashim yang ajak, laju saya pergi..;p

Tak kisah la kan, asal tak buat benda yang merapu sudah.