Wednesday, December 29, 2010

Sebab tu kena datang awal

Rugi tau siapa yang tak pergi tengok pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil hari tu. Meh sini saya cerita kemeriahannya..

Pukul 5.30 saya tiba di stadium. Masa tu 3 orang kawan dah sedia menunggu di sana. Kawasan sekitar stadium dah dibanjiri ribuan manusia. Sementara menunggu masa untuk masuk ke dalam stadium, kami lepak minum di salah sebuah gerai makan di situ sambil melihat gelagat manusia yang rata-ratanya teruja. Hampir semuanya memakai jersi kuning atau biru pasukan Malaysia. Sebahagian lagi memakai jersi merah pasukan Indonesia. Bunyi hon ala vuvuzela sentiasa kedengaran, menghangatkan lagi suasana sebelum perlawanan. 

Dalam masa yang sama, kami menunggu ketibaan dua orang lagi kawan yang datang menaiki LRT. Dua-dua datang dengan kawan masing-masing. Salah seorang kawan tu, tiketnya ada pada saya. Lambat betul mereka sampai. Lepas minum, kami meronda di gerai-gerai jersi dan barangan yang terdapat di sekitar stadium. Sempat la saya beli satu mafla Malaysia.

***

Ahh...orang dah makin ramai masuk ke dalam stadium..
Makin lama makin penuh..
Tiket kawan masih di tangan saya..
Network busy di saat genting...!*@#&
Terpaksa kami masuk dulu...mana boleh tunggu lagi

***

Setiap gol diraikan dengan riang...hooreyyy...gooaalll...gooaalll...gooaallll...(ya, begitu..)
Bunyi sorakan memang bingit sampai suara sendiri pun tak dengar.. (kalau dalam filem, suasana tiba-tiba jadi silent mode sekejap...cuma ada pergerakan) lepas tu ada bunyi balik... (haa..macam tu la)
Bersorak sambil berpelukan dengan semua orang yang berada di sekeliling.. (yeah...raikan chenta!)
Mafla dan jalur gemilang, semua nak dikibarkan...
Air mata gembira berlinangan...(ni saja kasi dramatik sikit..)
Yang bestnya semua orang tu saya tak kenal...hahaha (dah terpisah dengan kawan-kawan)

Nasib baik menang...;p

Untuk pusingan kedua malam ni, diharapkan pasukan Harimau Malaya akan bermain dengan cemerlang dan menjadi Juara Piala AFF Suzuki untuk edisi kali ini. Ngaumm...

14 comments:

* MissYaniAbdullah * said...

MALAM NI KITA PAKAT DOK DEPAN TV..HEHEE

Lan Bingka said...

MissYani: kalau dapat duduk depan skrin besar lagi best..;p

yott said...

lepak kat kedai mamak ada skrin besar utk agenda penting petang nnt..:)

Lan Bingka said...

yott: ramalan cuaca kata ribut petir petang ni.. oh, jangan la..;)

Seri said...

ada aksi ganas2 tak kat sana?

Ann said...

erm xdpt tgk lah psl tv1 kt rumah ak xdpt........huhu

Lan Bingka said...

Seri: rasanya takde aksi gaduh2 antara penonton.. cuma gaduh mulut tu biasa la..

Lan Bingka said...

Ann: gi tengok kat kedai ngan yott..hehe

maCy said...

macy tgk dpn tv rumah la. huk3

Lan Bingka said...

maCy: nanti kalau gol, sorak je dengan yakin tau..;p

Lan Bingka said...

meriahnya tengok bola kat kedai mamak, bersorak dah macam kat stadium..haha

syabas harimau malaya!!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Jelesnya ko pergi. Hahaha. Tapi aku tetap berteriak di rumah malam tu dengan abah aku. Hahaha.

Lan Bingka said...

sape duk flat mesti bergegar dengan sorakan..gooaalll

Mohd Shahrul Hafizi said...

Tau takpe. Jeritan aku dan bapak aku sampai ke rumah paksu aku seberang jalan. Last-last dia dan anak-anak dia pakat tengok sama kat rumah aku. Hahaha.