Monday, November 1, 2010

Up..up..underwear!

Entah apa soalan yang ditanya oleh Cikgu Ishak, saya tak ingat. Beberapa orang murid dalam kelas 3 Coklat yang tak berjaya menjawabnya didenda berdiri di atas kerusi, termasuk saya. Cikgu Ishak bukanlah dalam keadaan marah, cuma angin bergurau dia dah sampai, layan je la. Tak silap saya dia bagi teka-teki kot. Kebetulan masa tu Cikgu Ravi dalam perjalanan ke kelasnya. Cikgu Ravi ni pun kaki bergurau juga. Dia singgah nak tahu apa cerita. Cikgu Ishak pun beritahu pada Cikgu Ravi apa soalan yang diajukannya (rasa macam dah ingat apa soalannya). 

"Ha, sebab apa Lan?" sergah Cikgu Ravi. Mentang-mentang tempat duduk saya depan sekali, senang la jadi sasaran. Saya geleng sambil tersengih. "Cuba buat gaya Superman terbang." Saya pun buat. "Cakap Up..up..underwear!"  Saya pun ikut. Rakan yang lain gelak. "Tahu tak apa makna underwear tu?" Saya geleng, disambut deraian ketawa rakan sekelas. "Ha..tak tahu..meh sini cikgu bagitahu" Cikgu Ravi terus pikul saya atas bahunya dan culik saya dari kelas. "Ishak, pinjam kejap" Rakan lain sambung ketawa.

Sampai di dalam kelasnya yang selang dua kelas dari kelas saya, Cikgu Ravi turunkan saya. Semua murid dalam kelas tu pandang saya. "Kenal tak siapa ni?" tanya Cikgu Ravi pada murid-murid 3 Merah. Kenal! Lan! jerit 2-3 orang kawan saya dalam kelas tu. "Salah...ini Superman.." kata Cikgu Ravi. "Awak nak buat apa kat sini?" tanya Cikgu Ravi. "Takde ape" jawab saya tersipu malu. "Kalau macam tu balik la kelas"  "Terima kasih cikgu."  saya pun keluar dari kelas sambil murid-murid 3 Merah tergelak kecil. Dalam hati..."Ko yang culik aku, tanya plak aku nak buat apa...ish."

Sampai di kelas saya, Cikgu Ishak bertanya "Dah tahu jawapannya?"  "Dah...hehe" "Masa bila dia bagitahu?"  "Masa dia angkat saya" Rakan lain sambung gelak yang masih bersisa. Eleh, yang gelak-gelak tu pun bukan semua tahu. Kat rumah mana ada panggil benda segitiga tu dengan nama tu kan...

sumber
Oh ya, soalan Cikgu Ishak pada awal tadi ialah "Kenapa Superman pakai seluar dalam kat luar?" Jawapannya....

17 comments:

meowwmania said...

hehe..

Asrol said...

Dia tak sempat nak tukar kot.. xpon sebab senang nak kencing... hahahaha...

Lan Bingka said...

meowwmania: huhu..publisiti murahan..

asrol: ye ke..entahlah ;p

Ann said...

selamber tol lah cikgu2 tu....sgt sweet tau..

apa jwpnnye? xtau

Lan Bingka said...

Ann: memang selamba.. dia buat murid2 macam anak sedare dia je..

jawapannya saya pun tak ingat la..huhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

seluar panjang dia koyak tengah tu yang pakai seluar dalam kat luar

Lan Bingka said...

brutalsolo: sibuk sangat sampai takde masa nak jahit eh..

yonna said...

lebih afdal lah spender tu kat luar rasanya hahaha

tia said...

adoi! cikgu ravi neh!
hahaha!

sbb dye tak reti pakai kt dalam,
kihkih~

Siti said...

err... tak tau.. hehe

Lan Bingka said...

yonna: mungkin itu yg buat dia terapung..haha

Lan Bingka said...

tia: tak reti? kesiannya..;p

Siti: lantak dia la kan..

maCy said...

hahaha. kelakar..
tapi cne ea dorang ey wt idea na wt superman cmtu. huhu

Lan Bingka said...

maCy: tu yg jadi persoalan tu..haha

fndrocka said...

Sempoilah cikgu ravi

jawapannya..sebab dia kan alien

A.D.A.M. said...

Hahahaa. lawak2.. best juge kalo ckgu cmtu..
Tapi bila kena waktu tu, mesti rasa, ish ckgu ni.. malukan aku je..

-Rindu zaman sekolah2-

Lan Bingka said...

A.D.A.M: malu gak pada budak perempuan kelas 3 merah..haha