Friday, November 12, 2010

Singgah sebentar di kedai aksesori

Bosan juga duduk di kedai kereta sambil tunggu kereta siap dipasang aksesori. Selalunya saya buat hal saya sendiri. Cakap pun dengan pekerja kedai je, sambil tengok diorang siapkan kereta saya. Dengan pelanggan lain tu saya tak bertegur sangat. Tapi kalau ada yang datang bertegur, saya layan juga bersembang 4-5 baris. Beberapa hari lepas, saya duduk la tunggu kereta dibikin. Pekerja kedai ni dah buka 1 bahagian pada kereta saya, lepas tu dia pergi siapkan kereta lain dulu. Taktik biasa la ni. Tiba-tiba terasa nak jadi peramah, saya pun mulakan rondaan di kedai tu..

Pergi ke sebuah teksi...
"Tukar dvd player ke bang?"
"Haah.."
"Satu set ke?"
"Yup dengan speaker sekali. Speaker dah pecah2 bunyinya. Boring la kalau sangkut kat traffic jammed."
(Sambung berbual beberapa minit...)

Lepas tu pergi tengok kereta sendiri kejap. Cakap2 sikit dengan pekerja kedai yang baru nak memulakan operasi..

Kemudian lawat kereta Toyota...tuannya tiada
"Bos, pasang apa ni? Alarm eh?"
"Yup.." jawab pekerja kedai sambil membongkok di bawah stereng
"Berapa 1 set ni?"
"200 lebih"
(Tengok dia buat kerja kejap..)

Lepas tu masuk ke bahagian dalam kedai, tengok barang-barang dan amoi cun di kaunter. Tanya-tanya sikit dengan pekerja di dalam kedai..

Keluar dari kedai, pergi semula ke kereta Toyota...tuannya dah ada
"Pasang alarm ke bang?" (saja buat tak tahu)
"Haah.."
"Berapa 1 set?" (padahal dah tahu jawapan)
"200 lebih"
"Oo.."

Sambung berbual...Masa berbual tu sempat la saya bagitahu yang kereta sebelah kereta saya tu pun pasang alarm juga. Tadi siap terkunci lagi pintunya, kunci tertinggal kat dalam. Masa saya datang diorang tengah sibuk jolok besi panjang dari celah pintu. Selepas beberapa minit mencuba, akhirnya berjaya juga dibuka. 

Lepas tu saya pergi ke kereta saya, tengok perkembangan terkini.

Beberapa minit kemudian, tuan punya kereta Toyota tadi datang pula ke kereta saya. Kami sambung berbual 2-3 perenggan lagi...~~tempat tinggal~~kerja~~kereta~~sekolah~~jalan~~bla bla bla geletek sikit.. bla bla bla..~~

Tiba-tiba perkerja kedai bersuara..."Bos, sudah kunci ka?" sambil tangannya memegang pembuka pintu kereta  "Mana ada...kunci kat dalam.." balas saya.  "Haiyaa...sudah terkunci la..."

25 comments:

Atiqah Ahmad said...

auto lock?

heeee~

Lan Bingka said...

Atiqah: yup..

Ann said...

ko lak psg pe?

eL said...

Ini bukan kedai aksesori kereta ni. Ni kedai kereta terkunci. Dia kena jual besi panjang lebih sikit.

Unknown said...

baca n3 ni baru teringat yg my kereta nak kena service sikit hari lg..duit lg..huhu

zirconia said...

adeh, baru tengok kereta orang terkena kereta sendiri ye :D

hentakbelipat said...

maknenye kau bakal tuka alarm ke camne

Lan Bingka said...

Ann: pasang lampu je..:)

eL: hari tu diorang keje bukak kunci kereta je la..huhu

Lan Bingka said...

yott: biasa la, dah pakai kereta tu kena bersedia je la bila tiba masanya..;p

zirconia: tergelak tuan punya kereta Toyota tu..hehe

Lan Bingka said...

hentakbelipat: ye kot..;)

zirconia said...

hehe. kena turunkan tingkap kalau macam tu :D

Lan Bingka said...

zirconia: selalu memang saya turunkan sikit, hari tu lupa plak..;p

iyllienaz said...

haha..berapa lama pula tunggu lepas tu??

Lan Bingka said...

iyllienaz: tak lama sangat, dalam 20 minit je..;)

akubiomed said...

Ni masalah kalau pekerja aksesori tidak bertauliah main belasah. Pernah terjadi kawan saya masuk dvd dalam citra sekali pergi service dekat agen naza didapati kereta ni jalan pada gear 2 rupanya ada wayar yang ditarik ke dvd player menyebab voltage tak cukup ke processor nasib baik tak jahanam gear box

Lan Bingka said...

akubiomed: la, nak kena ketuk kepala sape yg buat tu..;p

tiafazunia said...

hampeh betul!
hahahaha!

Sky0ne said...

laaaa terkunci lg skali ke...huhuhu

annfrendly said...

hikss.. lain kali cakap kat pekerja kedai tu.. lain kali buatla lagi..

Lan Bingka said...

tia: memang hampeh..hehe

SkyOne: hari pintu terkunci kot..haha

annfrendly: nasib baik tak lama sangat nak kena tunggu..;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Tergelak aku baca.

Aku pun kadangkala suka gak repeat perbualan yg sama dgn org yg berlainan.

Ni mesti kereta mahal sebab ada auto lock kan. Hehehe.

Lan Bingka said...

Shahrul: sibuk cerita pasal orang, sendiri terkena..haha

biasa la, kereta skyline...hahaha ;p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Tu la pasal. Terkena plak kat diri sendiri. Kuikuikui.

Pergh! Skyline ke? *drop jaw.

Lan Bingka said...

Shahrul: acah je..;p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ke EVO?