Wednesday, November 3, 2010

Kisah Remy pelajar IPTA

Malam itu Remy berbaring di biliknya sambil mendengar radio. Kipas di siling yang berputar laju direnungnya kosong. Rakan serumah yang lain keluar makan beramai-ramai. Bila diajak keluar tadi, disuruhnya mereka pergi dulu, kononnya dia akan menyusul kemudian. Remy termenung jauh...banyak betul duitnya terpaksa dikeluarkan bulan ini. Tiba-tiba pula motor rosak dan perlu dibaiki secara besar-besaran. Habis duit yang diberi oleh ayah. Duitnya yang dipinjam oleh Zul belum dibayar lagi. Tidak banyak jumlahnya, tapi sangat berguna di saat kegawatan seperti itu. Ahh, segan pula nak minta. Lagipun dia tahu Zul tiada duit. Nanti saja.

Kelmarin dia dah menggunakan duit terakhir yang dipinjamnya daripada Kamal untuk membeli sebungkus mi segera. Keluar dari kedai dia hanya jalan memandang ke bawah, tak melihat gadis-gadis yang ramai di situ seperti kebiasaan. Bukan jadi jejaka pemalu atau tiba-tiba meminati kaum sejenis, tapi mencari-cari jika ada duit yang bergelandangan, boleh dia tolong simpankan. Dengan duit pemberian Kamal lah dia pulang ke rumah pada hujung minggu yang lalu. Ketika mahu pulang semula ke rumah sewa, ayahnya sempat bertanya.. "Ada duit?"  Dengan tenang Remy menjawab "Ada". Dia tahu belum masanya untuk meminta lagi.

"Sorry Ali, aku pun takde duit la." dia teringat dialognya siang tadi. "Tengok ni, satu sen pun takde, tinggal maruah diri je ni." terang Remy sambil menyelak dompetnya yang kosong. "Hahaha" gelak Ali geli hati. "Apa lagi, jual body la" usik Ali. "Kepala hotak ko!". Dalam kelaparan mereka gelak bersama.

"Entah ke mana pula si Ali ni..." Remy tertanya-tanya dalam hati. "Dah takde duit tu, ada hati nak keluar...ceh"

Tiba-tiba terdengar bunyi orang menaiki tangga. "Remy, ko dah makan belum?" Ali menjengah di muka pintu.  "Belum" jawab Remy. "Nah amik ni" Ali menghulur sebungkus burger.  "Berapa ni?" tanya Remy.  "Amik je la. Macam la ada duit nak bayar...kihkihkih"  "Hehe...gurau kasar ni, mana ko dapat duit?"  "Pow orang la" kata Ali sambil tersengih.  "Haha, macam la aku nak percaya"  "Takde la, aku pinjam kat budak kelas aku."  "Oo..gitu"

"Eh Remy...jom kita kerja part time nak?" Ali memberi usul.

19 comments:

Siti said...

Lalu remy pun jawap, "Bagus juga idea kau tu. Tapi.. kita nak kerja apa tanpa ada apa-apa ni?"

"Ah, kau ni. Kita kerjalah _____ ." Ahaha, sambung sendiri k? ;-p

p/s: maaf, terbuat cerita sendiri pulak. hehe

Lan Bingka said...

Siti: eh, sambung sendiri ye.. bagus2, ada idea sendiri..;p

meowwmania said...

nice...tggu next episode ;)

ann said...

best...de smbungan ke?
jgn lame sgt smbung..

penaberkala said...

hidup anak bujang biasalah bro
haha, kisah remy dan ali
kerja part time apa tuh?
kdg2 pikir gak nk kerja part time, tp xtau nk keje apa

Lan Bingka said...

meowwmania: thanks!

ann: insyaAllah ade..

Lan Bingka said...

penaberkala: itulah dinamakan survival..;)

maCy said...

ouh susahnya smpi cmtu kan.. kerja2 kena kerja :)

Lan Bingka said...

maCy: yup, tak boleh nak harap bantuan org je..

Hamba Allah said...

kerja 7e la nampak gayanya..hehe

Lan Bingka said...

Hamba Allah: boleh je..:)

yott said...

ada bakat..;)nice
smbgn nya bila Lan..
jgn tunggu lama2 k

Lan Bingka said...

yott: thanks.. nanti saya sambung ye..;)

+qAsiH naDiRa+ said...

selalu la 2 kalo tengah sengkek2 2~selalu memang mintak kat my daddy la~tak pe la kalo mula2 kene bebel 2~dah bese~tadah je la telinga~salah sendiri gak~dapat duit tak pernah beringat~hahaha~terkene kat batang idong sendiri~

Lan Bingka said...

qasih: betul la tu, masa ada duit belanje tak ingat. nak2 kalau baru dapat loan..;)

fndrocka said...

Haha.part tinggal maruah diri tu kelakar.tp ramai gak time takde duit maruah diri skali tergadai ye dak

Lan Bingka said...

fndrocka: ada juga yg camtu, nak cari duit cara senang..:)

EIPUL said...

best ar!
aku ada gak kawan macam remy ni, aku pun pegi keje part time gak skang, sebab nak ada duit utk shopping, haha

Lan Bingka said...

EIPUL: tak kisah nak keje, asal tak ganggu pelajaran..;)