Sunday, October 17, 2010

Cerita orang di kampung

Bila balik kampung, ada saja saudara mara yang baru pertama kali saya jumpa walaupun dah besar panjang macam ni. Semalam mencari rumah seorang sepupu ayah, nak hantar kad jemputan kahwin. Lepas dah bertanya 2-3 orang dalam kampung tu, baru jumpa rumah yang dicari. Dah 20 tahun mereka tak berjumpa sejak sepupu ayah tu berpindah. Sekarang masing-masing dah bersara. Anak-anak pun dah besar semuanya. Maka orang tua pun bersembang la macam-macam hal, orang muda tumpang dengar je. Sesekali bersuara juga menjawab soalan. "Tak...adik saya yang nak kahwin"...antara soalan yang dijawab...;)

Bila dah lama tak jumpa, sembang pun lama. Tukang dengar pun dah naik kematu. Air dah tambah 2 kali..huhu. Ye la, orang tua punya cerita takkan nak mencelah. Nak mencelah pun nak cerita apa. Bukan cerita pasal isu semasa. Bukan cerita pasal EPL. Cerita pasal si polan sekarang tinggal kat sana.. si polan tu dah meninggal.. anaknya gitu.. anaknya gini.. macam-macam cerita la.

Bila sembang lama lagi sikit, masuk pula cerita harta, cerita tanah. Cerita tanah ni selalunya memang hangat. Pasal tanah, adik-beradik bergaduh. Pasal tanah, bapa saudara dan anak saudara berbalah. Pasal tanah, ipar-duai yang takde kena mengena nak masuk campur. Masuk pula bab nak pecah-pecah nama, kena dapatkan persetujuan semua. Ada yang nak lebih pula. Sampai ke sudah tak selesai. Huh..rumit...rumit. Tukang dengar tambah lagi secawan air..

22 comments:

meowwmania said...

jadi tukang angguk2 geleng2 je hehe...

Lan Bingka said...

meowwmania: dan tukang sengih..hehe

Atiqah Ahmad said...

ada harta susah, takde harta pun susah.

yang penting. jangan ambil hak orang lain. nak-nak lagi harta anak yatim. tak terjawab di akhirat kelak.

:)

Lan Bingka said...

atiqah: manusia tamak ni ada kat mana2..tu yg susah

eL said...

Ohhh...yang tambah air bergelen-gelen semalam tu awaklah ye...

Lan Bingka said...

eL: ye kot..;p

yonna said...

tukang dengar jugak yang dok sakit jiwa kan T___T

Lan Bingka said...

yonna: memang pun.. duduk pun dah macam2 posisi..;)

maCy said...

tukang dengar patut pegi dapur masak. keke

Lan Bingka said...

maCy: aik, boleh ke macam tu..
betul buat macam rumah sendiri tu..;p

elyse said...

is the betol!!!

takkan lah nak cerita pasal artis kan?

hihi

Lan Bingka said...

elyse: tau takpe..;p

yott said...

tkng dengar lepas tu jd runsing (read : saya la tu..)

Lan Bingka said...

yott: terus tekan2 handphone..;)

penaberkala said...

haha, igt nk pi jemput hang yg kawen
abis tu, hang plak bila? nnt jgn lupa jemput

pasal harta, mmg byk yg gaduh dari yg patuh
msg2 pentingkan diri
makin meningkat usia, makin kompleks yg perlu kita pikir

Lan Bingka said...

penaberkala: huhu..entah la bila. x nampak lagi..

betul2.. bila dengar org2 tua cerita pasal masalah tanah ni, geleng kepala dibuatnya..

Suey Al zahra. said...

Betul,isu tanah ni mmg hangat....
Berdebat kalo boleh pas ke pagi...

Incik Lan jadi tukang apa?tukang sengih ek :DD

paksuu said...

biasa la Lan..lebih2 lagi kalau adik beradik ramai mcm Paksuu ni

Lan Bingka said...

Suey: jadi tukang angguk, tukang geleng n tukang sengih..;p

Lan Bingka said...

paksuu: ada harta pun susah..hmmm

zirconia said...

ingatkan lan nak kawin tadi. adik dulu?

Lan Bingka said...

zirconia: nak tunggu saya entah bila..baik dia kawin dulu..;)