Monday, September 13, 2010

Topik raya warga Batu Pahat

Tengah malam tadi saya selamat sampai di rumah setelah 3 hari beraya di kampung. Hmm...tiga hari memang tak cukup untuk menziarahi semua saudara-mara di Batu Pahat dan Johor Bahru. Yang tak sempat diziarahi tu, mungkin tahun depan la pulak. Trafik malam tadi lancar walaupun banyak kenderaan. Tu yang saya suka balik malam tu. Syukur takde apa yang berlaku sepanjang perjalanan, tak mencabar macam tahun lepas. Ya, tahun lepas memang raya paling mencabar. Nasib takde kemalangan jiwa je...ish ish

Macam mana sambutan Hari Raya anda? Mesti meriah kan. Saya bertolak ke rumah Mak Long di JB pada malam raya. Sampai di sana pada pukul 1.45 pagi. Sejak nenek tinggal dengan Mak Long ni, memang situ la destinasi pertama kami untuk beraya. Lepas Solat Raya kami sekeluarga sempat beraya ke satu rumah je di Kampung Melayu Majidee. Maklumlah hari Jumaat, memang tak banyak masa sangat untuk berjalan. Lepas Solat Jumaat kami bersantai je di rumah sambil menonton tv. Akhirnya saya layan tidur dengan jayanya. Cuaca pun mendung serta hujan renyai, ditambah perut yang penuh dengan makanan. Memang sesuai sangat untuk beradu. Tengah tidur tu Mak Long kejut bagi bantal pulak. Ish..ish..sedapnya. Dalam pukul 4 baru bangun, tu pun sebab ada saudara datang. Petang tu kami bertolak ke Batu Pahat pula dan bermalam di rumah makcik di sana.

Hari Raya ke-2 setiap tahun memang rugi sikit sebab tak dapat nak beraya. Dari pagi kena berewang di rumah saudara sebab malamnya ada kenduri tahlil. Kena bersihkan pinggan mangkuk, bentang karpet, basuh ayam dan macam-macam lagi. Bab potong-memotong di dapur memang saya tak campur. Bila bahagian saya dan adik-adik lelaki saya dah selesai, kami pun menghilangkan diri dan berjalan-jalan di BP Mall. Lepas tu balik ke rumah makcik dan tidur. Dah petang baru kami muncul semula. Malam tu macam biasa, kena tolong angkat hidang lepas selesai tahlil dan kena basuh pinggan mangkuk lepas selesai makan-makan. Tu dah menjadi tugas setiap tahun (ahh mana pelapis ni..). Walaupun tak beraya, tapi dapat jumpa ramai juga saudara-mara yang datang pada sebelah petang dan malamnya.

Hari Raya ke-3 baru aktiviti kunjung-mengunjung dapat diteruskan. Topik hangat di setiap rumah yang dikunjungi ialah kes kematian Datuk Sosilawati Lawiya, maklumlah dia pun berasal dari BP. Kasihan betul dengan keluarganya. Hari-hari yang sepatutnya disambut dengan gembira ni, perkara begini pula yang menimpa. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.

Setelah berehat sekejap di rumah makcik, dalam pukul 4 petang kami sekeluarga bertolak pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang, aktiviti berkunjung ke rumah sanak-saudara tetap diselitkan. Tu yang sampai rumah pun dah tengah malam tu. Bagi yang akan memandu pulang ke rumah masing-masing...saya doakan semoga anda semua selamat tiba.


Bingka: saya dapat duit raya gak..haha

13 comments:

yott said...

skrg mmg tgh hangat dgn cerita malang yg menimpa sosilawati dan tiga yg lain..
yg dtng beraya di rumah sy pun perbualan berkisar kejadian ni

Lan Bingka said...

yott: simpati juga pada keluarga tiga yg lain..

zirconia said...

memang kes tu jadi topik hangat.tapi kat kampung saya ada lagi hangat drpd tu..kecoh sekampung jugalah..jom sambung raya.hehe

Lan Bingka said...

zirconia: mesti kecoh cerita awk nk kawin..haha

zirconia said...

eh kalau saya nak kawin takdelah nak kecoh sekampung.huhu

Lan Bingka said...

zirconia: mana la tahu..hehe

meowwmania said...

cantik baju raya :)

slmt hari raya, maaf zahir batin..

Lan Bingka said...

meowwmania: terima kasih.. baju tahun lepas tu...haha

Selamat Hari Raya!

Ann said...

org nk bg aku duit raya tp aku tolak...malu lah dh besar2 dpt duit raya lg...kalo rm50 takpe gak..hehe

Lan Bingka said...

Ann: mula2 bleh la tolak. tp kalau org nak bagi gak, kena la amik, kalau tak kecik hati dia..:p

hentakbelipat said...

mcm cita raya nih..aku raya 1st dah pekena ubat cirit dah.keh2..pape pun selamat hari raya bro!

Lan Bingka said...

hentakbelipat: tahun lepas aku kena macam tu gak.. 1 keluarga gilir2 masuk tandas. nasib baik tahun ni takde ape..haha

selamat hari raya gak!

My MiRa said...

jemput baca kisah mira dalam novel mira buat....nama telah ditukar dalam nvel:)