Saturday, September 18, 2010

Tak lupa kata kunci

Semalam masa makan tengahari dengan kawan, ada sorang salesgirl datang jual buku. Jarang saya berminat nak beli. Tapi semalam lepas belek buku yang dijual tu, saya beli satu. Lepas dah bayar, salesgirl tu tanya  "Abang orang Johor eh?"  "Haah...mana tahu?"  "Macam pernah nampak, kat Batu Pahat"  "Ye ke, memang Batu Pahat pun"  "Tu la macam biasa nampak, ok la bang... Assalamualaikum"...sambil berlalu. Alamak, ada pulak yang kenal. Saya bukan selalu pun balik kampung. Pelanduk dua serupa la tu..;) Eh, pernah tak korang jumpa 'pelanduk' korang? Kalau terjumpa kita nak buat apa ye? Nak buat muka tak puas hati ke, nak tanya khabar ke, atau nak pow duit dia? Pening gak nak fikir kan?

Cakap pasal balik kampung, teringat aktiviti pada Hari Raya ke-2 semasa di kampung. Adik-adik saya bukan setakat berjalan di BP Mall, siap shopping lagi. Saya je rilek, tengok-tengok pakaian bukan main. Cakap cantik..lawo..murah segala. Akhir sekali lepak kat luar kedai tunggu adik-adik yang sibuk memilih dan mencuba baju dan seluar. Kat kedai lain pun macam tu...tengok kasut, seluar dan macam-macam lagi barang. Lepas tu teringat 'kata kunci' untuk tahun ni. Hmm...terus bertenang. Yup, 'kata kunci' untuk tahun ni masih diingati...JIMAT. Oo...mungkin masa saya tengah lepak depan kedai sambil tengok gadis-gadis BP jalan pakai baju raya, dia (salesgirl) ternampak saya. Atau masa tengah berdiri atas mesin penimbang. Haa...atau masa tengah makan KFC dengan adik-adik. Tu je la masa saya menonjolkan diri di khalayak ramai, yang lain semua pergi rumah saudara-mara je..;)

Malam tu saya tengok orang bakar mercun. Bunyi bang..bang..boomm...sambil nampak cahaya bunga api di langit. Saya dongak ke langit dan nampak banyak bentuk RM, lantas teringat 'kata kunci'... Saya tambah Glo dalam besen dan sambung basuh pinggan kenduri...:)

16 comments:

zirconia said...

memang tak patut lupa kata kunci tu. Satu das bunga api dah rm10. Cantiknya dapat tengok 2saat je.

Kujie said...

terlupa kata kunci boleh request baru melalui email..hehehe ( kredit kad le tu )

Lan Bingka said...

zirconia: betul2..;)

kak jie: kalau tak beringat, habislah kad kredit tu asik dileret je..hehe

yott said...

haa..Lan ni org jenis berhemat ni, bgs2
ada org kata raya setahun sekali so bole lah blanja sakan..sy pulak kata raya setahun sekali nak susah sepanjang tahun ker..haha

yott said...

lupa nak ckp lak..
sy suka perenggan yg last sekali tu.."sy dongak ke langit dan nmpk bnyk bentuk Rm lantas teringat kata kunci"..nice2

meowwmania said...

buleh kasi pinjam kata kunci tu? hehe...

Lan Bingka said...

yott: masa raya bukan main bergaya.. lepas raya garu kepala..hehe

hmm..thanks :)

Lan Bingka said...

meowwmania: boleh sangat..;)

eL said...

Macam mana kita nak tahu yang tu pelanduk kita? Kita bukan nampak muka kita masa tu. Orang yang tengok muka kita dan pelanduk kita je yang boleh kata "eh, muka kau macam muka dia la" hahahaha...serius, kalau saya la, memang saya tak boleh cam pelanduk saya melainkan orang bagitahu saya. Setakat ni ada beberapa org bagitahu, pelanduk saya ialah ex selangor queen tapi saya tengok tak macam pelanduk pun. Macam tenuk ada la. Saya la tenuk. Bukan dia LOL.

hentakbelipat said...

hahah..pelanduk kalau nmpk dalm rupa rendang mmg cekau masuk mulut la bai.

Lan Bingka said...

eL: haah kan, saya pun tak tahu kita boleh cam ke tidak pelanduk kita.. kena ada orang yang ada dengan kita atau pelanduk kita la yg bagitahu..;)

oo..ex queen blogger rupanya..LOL

Lan Bingka said...

hentakbelipat: tak penah makan plak rendang pelanduk.. mesti lazat tu..

Ann said...

bangga lah de org perasan kewujudan diri tu..hehe

Lan Bingka said...

Ann: ada gak skit..haha

Tiq said...

Kata kunci Jimat ?

Ooo..menarik.
simpan duit nk kawen ea (:

Lan Bingka said...

zara: orang lain buat azam tahun baru macam2, saya punya azam guna kata kunci je..senang