Friday, September 3, 2010

Memandu sambil tidur

Minggu depan ramai orang akan balik ke kampung. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang baik. Pandulah dengan berhati-hati. Kalau mengantuk berhenti di R&R dan berehat dahulu, atau pun tukar pemandu. Saya bagi nasihat ni sebab saya pernah mengalami pengalaman seperti di bawah:

I'm just lucky
Sedar-sedar saya masih memandu, tapi macam ada terdengar bunyi yang kuat. Jadi saya pun berhentilah kejap nak tengok apa yang tak kena. Rupa-rupanya dah terlanggar besi penghalang lebuh raya. Habis pintu depan dan belakang sebelah kiri kemek selain ada kesan sagat. Walaupun terkejut, saya tetap bersyukur sebab tak berlaku kejadian yang lebih teruk. Mujur ada besi penghalang jadi penyelamat. Masa tu bukan saya seorang, ada emak dan adik-adik. Sorang adik saya tu ada lesen memandu, tapi masa tu dia tengah tidur. Yang lain pun tidur juga. Jadi saya biarkan je la dulu sebab R&R Ayer keroh lagi 10km je. Saya ingat sempat la nak berhenti di R&R tu, sekali tak sempat.

Lepas dah kena tu memang terus segar ko, walaupun dah tukar pemandu. Sampai ke KL mata ni terbuka, tak payah nak tahan dengan batang mancis. Kesimpulannya kalau dah mengantuk sangat tu, jangan la cuba nak tahan-tahan. Memang akan tertidur punya. Belum kena belum tahu. Jadi beringatlah.

Bingka: memandu di lebuhraya pada waktu tengahari memang mencabar...zZzZ

22 comments:

zirconia said...

MasyaAllah, nasiblah takde apa-apa. Be safe okay?

meowwmania said...

yup! paham sgt sbb penah kena gak, serom woo bila pk2 balik ngaaa....

Sue.N said...

Oo bahayanya...

nasib baik ada divider tu.
Bwk keta hati hati k !

Lan Bingka said...

zirconia: mmg nasib baik...ok i will

meowwmania: klu dh tertidur tu, serahkan pd takdir je la..

Sue.N: saya akan lebih berhati-hati...da serik

Nurul Harun said...

betul la Lan.. jangan paksa diri kalau dh mengantuk sgt, mmg membahayakan.. sbb kadang2 kita tak sedar yg kita tertidur..

Lan Bingka said...

Nurul: mmg tak sedar.. bahaya betul. waa..busy nampak..:p

eL said...

Yang tengah tidur tu tak terjaga ke masa kereta tersagat? Terer betul diorang tidur ye :-)

Lan Bingka said...

eL: entah, saya pun tak ingat. Rasanya lepas dh sagat tu baru diorang tersedar..

Ann said...

mujur lah xde ape2...betul tu..len kali kene beringat2 sblum kena..

lgpun wktu tgari mmg xbest drive...mesti rasa mata nk ttutup

Lan Bingka said...

Ann: nak2 kalau baru lepas makan, memang berat mata ni..

annfrendly said...

Isk.. bahayanya...
nasib baik tak cedera.
nanti kalau nak balik kampung.. mesti tidur secukupnya..

Lan Bingka said...

annfrendly: baik! awak pun sama.. hati-hati k..

yott said...

kena hati2 kalau drive tengahari lebih2 lg lps makan yg berat2
nasib baik tak ada apa2
kawen pun blum lg kan Lan..hehe

Lee said...

mak aii..alhamdulillah x de pape..same2 kite semua berhati2 di mana saje...

Lan Bingka said...

yott: tu le pasal, kawin pun belum ni..hehe

Lee: skrg ni saya lebih suka drive pagi atau malam, takde masalah ngantuk.. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi yg dituju..

penaberkala said...

syukur semua selamat
betul tuh, klu dah mengantuk mmg akan terlelap walau sesaat

sesaat tu lah kdg2 blh membawa padah
slamat bercuti bro
salam aidilfitri in advance

Lan Bingka said...

penaberkala: tak dapat nak dibayangkan kalau apa2 terjadi kepada ahli keluarga akibat kecuaian kita sendiri..

salam aidilfitri gak..

+qAsiH naDiRa+ said...

ok~dapat dah komen~hehehe~berhati2 d jalan raya k~pastikan selamat pulang dan selamat kembali~selamat menyambut hari raya aidilfitri~
n__n

adamfaiz said...

ni selalu terjadi,,nak2 dah meningkat umur, lagi cepat ngantuk..drive safely

Lan Bingka said...

qasih: thanks! selamat hari raya utk awak gak.. semoga dapat beli kasut raya..hehe

adamfaiz: betul tu, kena buat persediaan secukupnya..:)

yonna said...

selalunya,bila kita dah tersedar dr mengantuk yg teramat, sure lepas tu segar gila. sambil hati berdebar2 hahaa.

maka, kalau mengantuk berhentilah :D

Lan Bingka said...

yonna: betul2.. masa tu memang segar gila, lajak sampai utara pun mesti tak tidur punya..haha

sebenarnya tengah cuak tu, balik rumah nak kena menjawab dengan ayah pulak..adeh