Tuesday, September 21, 2010

Iklan raya Perodua tak habis



Apa yang tak kena dengan iklan ni? Ya, cerita yang tak habis. Takkan macam tu je habisnya, turun kat bus stop lepas tu bas jalan. Buat orang terpinga-pinga je kan.. Tambah la lagi beberapa saat, buat ending yang menarik sikit.

Cuba buat macam ni..
Bila pakcik tu dah turun dari bas, dia berdiri kat bus stop tu, tak tahu nak ke mana..
Tiba-tiba berhenti satu kereta. Keluar sepasang suami isteri dari kereta tu...

"Ayah...ayah buat apa kat sini?"
"Nak jumpa mak kamu, nak bagi makanan ni.."
Pasangan suami isteri saling berpandangan...
Si suami memimpin tangan ayahnya sambil menggelengkan kepala sedikit..
"Dah la ayah, mari kita balik.."

(Rupa-rupanya pakcik tu yang ada penyakit alzheimer..)

Lepas tu keluar ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...dari Bingka... kan menarik tu.

24 comments:

zirconia said...

boleh jadi pengarah iklan la lepas nie ye. menarik gak tu :)

Lan Bingka said...

zirconia: hehe..simple je

BalqisShafiqa said...

selamat hari raya.
iklan ni mmg ketara mesejnya.
x faham.
macam mana agaknya isteri pak cik tu?
pelik2, turun bas dah habis.

yott said...

haa..mmg nmpk mcm x abis jer iklan tu..ker nnt ada smbgn nya?

meowwmania said...

wahh sgt menarik, tertarik kau mmg da bomb!! ;)

Lan Bingka said...

Balqis: haha..tiba2 dah habis

yott: entah la ada sambungan ke tak..

meowwmania: hahaha.. owh, saya da bomb ye..

eL said...

Huk alohhhh....nak jugak menyelit perasan tu LOL

Lan Bingka said...

el: hahaha..pantang ada peluang ;p

cik elyse said...

lan
lepas ni jadi penasihat iklan di perodua ye :)

tp mmg iklan ni tergantung :D

Lan Bingka said...

cik elyse: baiklah..hehe
tahun ni harap iklan TM je la yg ok sikit..

Faizul said...

Aku PALING SUKA iklan Maxis... Mmg terbaek...

Lan Bingka said...

Faizul: aku baru perasan la skrip iklan tu, sebelum ni perasan visual je..tak rasa apa. tengok pun sekali lalu je..dah dengar betul2 baru perasan.. bagus gak la..:)

Zara said...

Ceh,ada bakat Lan ni...

kan bagus ending gitu...
tak lah bosan ak tgk.

Lan Bingka said...

zara: tu salah satu cara la nak bagi lebih menarik.. mungkin orang lain ada idea lain..:)

Ann said...

menarik gak storyline ko ni eh..hehe de unsur2 suspen kt situ

Lan Bingka said...

Ann: idea spontan je tu..:)

yonna said...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! yonna sendiri tak faham! keliru kan? memang pending sungguh. selalu cuba cari isi tersirat T___T tapi x penah jumpa

Lan Bingka said...

yonna: haha.. sabar je la kan..

annfrendly said...

agaknye pengara tu dah ilang idea.. tu yang tergantung tu..
bagus gak idea Lan, suh perodua sambung iklan tu gan idea Lan..pasti manthop...

Lan Bingka said...

annfrendly: ok, saya suruh skrg..hehe

paksuu said...

nampak mcm best je iklan ni tapi..ader next episode kot ;-)

theblabber. said...

good idea, dude!!

Lan Bingka said...

paksuu: entah la..;p

Lan Bingka said...

the blabber: thanks..;)