Wednesday, September 8, 2010

Hari Raya dulu-dulu

Semalam semasa berbuka puasa sempat abah bercerita tentang Hari Raya dulu-dulu. Malam sebelum Hari Raya semua berkumpul di tepi radio nak dengar pengumuman raya. Mana yang takde radio tu pergi ke rumah jiran nak tumpang dengar suara Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kalau tak jadi raya takpe la, semua bertenang je sambil bersiap nak solat tarawih. Tapi kalau jadi je esok raya, semua kelam-kabut baru nak masak ketupat, masak rendang dan segala macam hidangan raya. Ada juga yang baru nak masukkan beras dalam anyaman ketupat (jangan baru nak cari daun kelapa sudah). Masa tu baru terdengar bunyi kecoh-kecoh kat belakang rumah "keeook...keeook"...orang sibuk tangkap ayam. Lepas tu baru nak sembelih dan cabut-cabut bulu ayam diterangi hanya lampu pelita. Dulu mana ada orang jual ayam dah siap sembelih macam sekarang, semua kena sembelih sendiri. (Owh...teringat kenangan cabut bulu ayam masa kecil).

Yang mana tak sempat dengar pengumuman raya tu sibuk la datang tanya esok raya ke tak. Bila tahu je esok raya, diorang pun pergi la sebarkan kat orang yang mungkin tak tahu lagi. Pendek kata, pada malam raya sampai ke awal pagi, semua orang sibuk dengan persiapan raya. Yang mana ditugaskan jaga makanan yang dimasak memang kena berjaga la sampai pagi. Kalau takde yang jaga, siapa nak tambah kayu api kalau dah habis...;)

Mesti ramai yang dah ada kat kampung kan? Saya masih bekerja sampai esok. Sunyi je keadaannya.  Jalan lengang, tempat parking kosong. Nak parking tempat bos pun boleh. Terdengar sayup-sayup lagu raya dari pejabat depan. Amboi...mood raya betul orang di sana tu, seharian pasang lagu raya. Esok saya nak kerja separuh hari...sampai pukul 1 je, tak kira. Malas nak tunggu berita daripada bahagian pentadbiran. Macam tahun lepas dan tahun sebelumnya, pukul 3 petang baru dapat tahu boleh balik awal, padahal orang di bangunan pentadbiran awal-awal lagi dah balik...kan durjana tu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog Bingka. Mohon maaf zahir & batin jika ada tersilap kata, tersalah laku atau terlanjur bicara.

saja nak bangga dapat 1 kad raya...;)
Bingka: "Dont sleep and drive.."  ;p

16 comments:

elyse said...

lan
selamat hari raya :)
cepat2 blk kg :D

Lan Bingka said...

cik elyse: selamat hari raya! ok, tunggu eh..;p

Sky0ne said...

selamat raya...akupun masih kerja esok...

Lan Bingka said...

SkyOne: selamat hari raya bro! esok lagi la tenang..;)

meowwmania said...

ok ok sok balik kul 1 yerk ;)

selamat hari raya!

smoga lebaran ini memberi seribu kebahagiaan utk kita semua, insya'Allah...

Lan Bingka said...

meowwmania: yeay..da dapat kebenaran..;p

selamat hari raya..
semoga bergumbira..:)

Atiqah Ahmad said...

selamat hari raya.
minta maaf jika ada salah silap.
:)

p/s - saya dapat kad raya 2 keping. :)

Unknown said...

sepatutnya masih kerja..tp hari ni sy dah cuti terus..hehe

Salam Aidilfitri
maaf kalau ada tersilap kata..

Lan Bingka said...

Atiqah: selamat hari raya! saya pun sama minta maaf. oh, saya kalah..;)

yott: sama la, saya pun nak minta ampun ni.. selamat hari raya!
ala..sape nak teman saya keje esok..

yott said...

Lan..
esok lg la org takde kat ofis
cuti je la
tlg emak buat ketupat, siang ayam..

Lan Bingka said...

yott: ada keje lagi skit la.. takpe dah ada plan baru, nak menghilangkan diri lebih awal..haha

zirconia said...

comel ar bunyi ayam..hehe

penaberkala said...

harini ponteng kerja, balik awal sbb kena naik bus kul 9pg,haha

selamat hari raya bro

annfrendly said...

selamat hari raya..
esok dah mula kerja kan?
tahun ni cuti raya paling singkat..

+qasih nadira+ said...

selamat hari raya juga!maaf andai ada silap kata~
n__n

Lan Bingka said...

zirconia: haha..bunyi ayam cuba nak lepaskan diri

penaberkala: selamat beraya!

annfrendly: saya mula kerja hari rabu..

qasih: selamat hari raya juga.. mohon maaf zahir dan batin..:)