Monday, September 6, 2010

Berpada-pada menyambut Syawal

Di akhir-akhir Ramadhan ni, kita dapat lihat betapa sibuk orang kita membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Kalau kat Facebook tu, macam-macam status melibatkan raya dapat dibaca. Ada yang sibuk dengan shopping raya, buat kuih raya, mengisi masa mendengar lagu-lagu raya dan ada yang dah tak sabar nak balik kampung untuk berhari raya. Tak kurang juga link iklan raya dan e-kad raya yang ditagged. Iklan raya yang paling kontroversi pastinya iklan raya TV3. Pendek kata, semuanya pasal raya.

Bukan tak boleh kita nak bergembira dengan kedatangan Syawal. Hari Raya Aidilfitri ni memang disambut sebagai simbolik meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan. Tapi jangan sampai teruja sangat, nampak macam dah tak sabar benar nak meninggalkan bulan Ramadhan. Saya tak dengar satu lagu raya pun sepanjang Ramadhan ni, kecuali lagu raya yang memang kadang-kadang keluar kat tv. Ada je melambak lagu raya dalam komputer, tapi satu pun saya tak dengar. Kebetulan radio kereta pun rosak, jadi memang tak berkumandang la lagu raya. Entahlah, rasa malas nak terikut-ikut dengan blues raya orang lain. Buat rileks sudah. Tiba masa beraya, saya beraya. Kunjung-mengunjung dan saling bermaafan. Ada orang dah puas dengar lagu raya sebelum Hari Raya, bila tiba masa beraya...melekat depan tv, tengok orang nyanyi lagu raya pula.

Cuba kita renung apa yang kita buat pada bulan Ramadhan ni. Adakah kita memanfaatkan bulan mulia ini sebaiknya? Adakah kita lebih banyak membazir pada bulan ini berbanding bulan-bulan lain? Saya awal-awal dah pesan pada emak jangan beli kuih raya banyak sangat, nanti sampai  Thaipusam tahun depan pun tak habis. Kata ustaz dalam tazkirah kelmarin, kalau kita benar-benar faham kelebihan Ramadhan, pasti kita akan mengharapkan setiap bulan itu bulan Ramadhan. Jadi berpada-padalah.

Oh ya, ini emel saya kepada TV3: "Salam, tolong fikir dengan bijak sebelum buat iklan raya."

Bingka: Salam Aidilfitri kepada semua...Maaf Zahir dan Batin!

18 comments:

yott said...

sama lah kita..
baju raya sehelai pun x beli lg
malas betul nak pergi berasak-asak
kalau x smpt beli..pakai apa yg ada
janji pagi raya pakai baju baru yang bersih..

zirconia said...

iklan kontroversi TV3 dah ditarik balik kan? tak sempat tengok pun. tapi kalau memang dah menyimpang daripada sambutan hari raya sebenar, memang patutlah ditarik semula.

eL said...

Selalunya yang teruja sangat tu yang "baru nak membesar".

Lan Bingka said...

yott: yg penting dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta..:)

zirconia: haah, dah ditarik balik. bayangkanlah masa saya hantar emel ke TV3 tu, sampai undelivered sebab dah penuh inbox. mesti ramai hantar emel bantahan. saya hantar pula ke media prima, nasib baik boleh..:)

Lan Bingka said...

eL: yup, betul..:)

meowwmania said...

sama lah...mood raya sy belum mari mari huhuu..

kirim salam kat tb3 ckp kat dorang lu pk la sndri hehe

ada awards utk anda, sila lah amik yerk

http://meowwmania.blogspot.com/2010/09/dua-buah-awards-yang-sudah-tebal.html

Lan Bingka said...

meowwmania: saya pun mood biasa2 je..
terima kasih bagi award..:)

cik elyse said...

tu la
raya ini macam byk kejadian kan
dengan namawee
dengan ribut di jasin
dengan iklan tv3
dengan kafirun masuk surau

kita manusia akhir jaman
fikir fikirkan ye

lan, sy minta ijin link blog awak :)
bes bahasa melayu nya :)

Almy said...

TV3 dh pohon maaf atas iklan tersebut..sempena bulan Ramadhan yg mulia, saling2 lah memaafi...

Lan Bingka said...

cik elyse: betul gak kan..hmmm
boleh je..thanks :)

Lan Bingka said...

Almy: buang yg keruh..ambil yg jernih..;)

Ann said...

sama lah, aku pon xdgr lagu raya, mcm dh xsbr nk tgglkan ramadhan lak...

kecuali kalo dh psg radio, dgr la...tu pun jrg2 dgr radio..sbb byk iklan dr lagu...

baju raya pon lom beli...

Lan Bingka said...

Ann: kalau dah memang dengar kat radio tu takpe la, ni sampai kat ofis seharian nak dengar lagu raya.. tak perlu kot..

hamzah ian said...

ragam manusia.. hahahaa

Sue.N said...

iklan tv 3 yg ala ala krismas tu kan?

ala tk sempat nk tgk lagi..

cepatnya diaorang komplen.

Biasa la,datuk datin yg komplen (:

Lan Bingka said...

hamzah: biase la tu..hehe. selamat beraya..

Sue.N: haah..yg tv3 tu. kalau search mesti ada..

dato' lan pun komplen gak..haha

annfrendly said...

nasib baik baju saya mak yang jahit..
tak sanggup nak berasak2 kat Jalan TAR..

iklan kontroversi tu memang mengguris hati umat islam..

Lan Bingka said...

annfrendly: bagusnya mak jahit..jimat sikit