Sunday, August 29, 2010

Tadarus...peluang menimba ilmu

Alhamdulillah, malam tadi (malam ke-19 Ramadhan) saya bersama ahli tadarus surau di rumah saya berjaya khatam Al-Quran. Teringat pada malam pertama Ramadhan, ada 20 orang semuanya. Malam tadi hanya tinggal 6 orang saja. Majlis tadarus Al-Quran ni diadakan setiap kali selepas selesai solat tarawih dan kadang-kadang selepas solat Subuh (pada hari minggu). Ada la dalam 7 hari yang saya tak dapat datang sebab demam dan sebagainya (sebagainya: cakap je la pergi main futsal..huhu). Geng perempuan dah khatam lebih awal, iaitu pada minggu lepas.

Pertama kali bertadarus selepas tamat sekolah, banyak manfaat yang saya dapat. Kalau kita baca sorang -sorang tu, kita perasan macam dah betul dah bacaan kita. Tapi bila ramai yang tukang semak, ada juga bacaan dan cara sebutan kita yang salah. Dari hari ke hari saya dapat memperbaiki bacaan saya. Tambahan pula salah seorang dari ahli tadarus tu adalah bekas peserta tilawah Al-Quran sebanyak 3 kali, maka banyaklah ilmu yang dikongsi bersama ahli yang lain.

Saya teringat kisah pada satu malam, waktu tu tiba giliran saya membaca. Saya pun bacalah macam biasa. Selepas habis je saya baca satu ayat tu, semua orang bersujud mengadap kiblat. "Awat plak ni?" saya bertanya dalam hati. Dalam terpinga-pinga saya bersujud sama. Kebetulan kedudukan saya dah mengadap kiblat, jadi tak perlu la nak berpusing. "Nak baca apa ni?" Waktu tu saya teringat bacaan yang dibaca antara takbir raya yang sebanyak 7 dan 5 kali tu. Saya pun baca ayat tu sebanyak 3 kali sambil menunggu orang di sebelah bangun dari sujud. Bila orang tu bangun dari sujud, saya pun ikut sama. Kebetulan ayat tu ayat terakhir yang perlu saya baca, maka bacaan pun disambung oleh pakcik di sebelah. Sambil orang lain menyemak bacaan pakcik tu, saya masih merenung ayat tadi lama-lama...hmmm

Bila balik ke rumah saya tanya pada abah... "Abah, kenapa semua orang sujud tadi?"  "Itulah sujud tilawah. Bila jumpa ayat sajdah, kita disunatkan untuk sujud."  "Nak baca apa masa tu?"  Lalu abah mengambil kitab dan menunjukkan pada saya bacaan sujud tilawah. Lepas daripada itu, saya dah bersedia dah untuk sujud bila bertemu dengan ayat sajdah.

Bingka: kalau baca sorang-sorang, tak khatam lagi ni..

19 comments:

Balqish said...

dalam ramadan kali ni, agak kurang aktiviti.
lebih kepada ddk rumah membaca buku.

mesti seronok tadarus ramai-ramai.
selalu balqis buat sendirian je.

yott said...

di masjid tmpt sy tinggal makin lama makin berkurangan org yg hadir ikut aktiviti... tak mcm awal2 puasa

Lan Bingka said...

balqis: seronok sebab dapat belajar dengan orang yang lebih pandai..:)

buat sendiri pun ok ape..janji kita menggunakan peluang di bulan puasa ni untuk beramal ibadat..;)

Lan Bingka said...

yott: kat tempat saya pun sama..:)

Anonymous said...

alhamdulillah bila disekolah agama atau sekolah berasrama ada didehkan tentang sujud tilawah.. cuma, bila jarang amal dah luap bacaannya~

Ann said...

tmpt keje aku dulu wat tadarus...dh lame xwat...

rindu lah, sbb leh baiki bacaan

Lan Bingka said...

maCy: saya sekolah biasa je. tak pernah diajar masa sekolah dulu. mmg lambat skit nak hafal bacaannya..sebab bukan bacaan yg biasa didengar..

Lan Bingka said...

Ann: kalau ada peluang, mmg bagus kalau join..

juMa said...

nice post..salam ramadhan!

Lan Bingka said...

juMa: thanks...salam ramadhan juga :)

eL said...

Ishhh jelesnya...saya baru terkedek-kedek juz 19. Ikut hari la kononnya. Dibuatnya tak boleh puasa, meraung nak habiskan 2,3 juz sehari.

Lan Bingka said...

eL: hehe..go go chaiyok!
saya lagi suka tak habis awal sebenarnya, biar ada lagi aktiviti tadarus pada 10 malam terakhir..:)

Tiq said...

Tahniah sebab dah khatam.

Lan Bingka said...

Sue.N: terima kasih sue.. :)

meowwmania said...

surau kat rumah sy pon dah abis 2 minggu lepas alhamdulillah..dpt baju dpt tudung dan mcm2 goodies lg hehe

hentakbelipat said...

cun la lu bro..aku paling kuat pun puase kali ni sampai juz 4 je ni ha..mmg x besungguh betul..xmcm mase kecik2 dlu

Lan Bingka said...

meowwmania: kat surau rumah saya ni, hari khamis nanti baru buat majlis khatam quran..

hentakbelipat: kalau ikut tadarus ni, konfem bleh khatam. tahun lepas aku dapat baca sampai separuh al-quran je..:)

annfrendly said...

bagusnya..
bertadarus kat surau ramai-ramai..
semangat sikit..

err
kalau baca sorang2.. alamatnya sebaris dua.. pastu Zzz..heheh

Lan Bingka said...

annfrendly: hehe..betul2..;p