Sunday, August 1, 2010

Pertolongan cemas

Baru-baru ini saya menghadiri Seminar Pertolongan Cemas di tempat kerja saya. Seminar ni diadakan selama separuh hari je, sebab tidak melibatkan latihan praktikal. Berikut perkara yang sempat diserap oleh otak saya, pada masa saya tidak bersembang atau menggunakan fungsi WiFi pada handphone.

1. Pertolongan cemas bermaksud rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke klinik atau hospital.

2. Punca kebanyakan mangsa kemalangan tidak dapat diselamatkan adalah disebabkan kelewatan mangsa menerima rawatan pertolongan cemas, bukan disebabkan kelewatan ambulans tiba.

 3. Bagi mangsa yang mengalami kesukaran untuk bernafas, jika dalam masa 5-6 minit si mangsa tidak menerima bantuan pernafasan atau rawatan CPR (Cardiopulmonary resusitation), mungkin dia boleh koma atau lumpuh seumur hidup, atau lebih teruk lagi...meninggal dunia. Semasa melakukan CPR, sebaik-sebaiknya elakkan sentuhan terus dengan mulut mangsa kerana dikuatiri berlaku jangkitan kuman. Lapik dengan sapu tangan atau kain yang nipis.

4. Jika berlaku pendarahan, balut dan tambahkan tekanan pada kawasan yang luka. Tinggikan kawasan yang luka dari paras jantung dan otak.

5. Jika melecur atau terbakar, sejukkan kawasan yang melecur dengan air paip yang mengalir selama 10-20 minit. Tak perlu nak letak marjerin, kicap, ubat gigi dan sebagainya...lol

6. Jika terseliuh, langkah terbaik adalah tuamkan tempat yang sakit dengan ais. Jika hendak diurut, lakukannya selepas 3 hari. Ini kerana jika berlaku kes seperti ini, pendarahan dalaman sebenarnya sedang berlaku. Jika terus diurut, ia hanya akan membuat keadaan menjadi lebih teruk. (Lebam menunjukkan pendarahan dalaman sedang berlaku)

Banyak lagi situasi yang memerlukan pertolongan cemas. Contohnya kalau ada patah-patah, kena la dibalut dan disokong dengan kain anduh. Situasi lain seperti pitam, sawan, tercekik, keracunan dan kejutan elektrik...semuanya mempunyai langkah-langkah pertolongan cemas yang mampu membantu mangsa untuk mengurangkan kesakitan, mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk dan menyelamatkan nyawa mangsa.

Selepas langkah pertolongan cemas dilakukan, segeralah bawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Bayangkan jika anda seorang sahaja yang berada di tempat berlaku kemalangan, dan perlu melakukan pertolongan cemas. Adakah anda bersedia?

kaki saya waktu terseliuh dulu..


Bingka: rasa nak letak First Aid Kit dalam kereta..

14 comments:

el said...

No. 2 - ramai yang menyalahkan ambulan pasal life incident masa KL Marathon baru-baru ni.

yott said...

atuk saya
kalau luka or melecur
dia cepat2 suruh letak minyak gamat
bgs attend seminar mcm ni
ada pengetahuan
emergency ni kita x tau bila2 boleh berlaku..

Lan Bingka said...

eL: ambulan akan datang secepat mungkin jika ada laporan kecemasan. tak patut salahkan ambulan..

yott: nak2 kalau yang perlukan pertolongan cemas tu ahli keluarga kita sendiri. kena tahu gak sikit2..

yott said...

yup2 setuju..
penting tau sikit sebanyak ttg perkara ni..

meowwmania said...

info yg berguna ;)

tak perlulah sy letak colgate bila tgn melecur ketika menggoreng ikan huhuu...

Lan Bingka said...

meowwmania: doktor tu cakap kalau melecur..lepas dah disejukkan dengan air yg mengalir, sapukan krim antiseptik pada kawasan yg melecur..;)

BalqisShafiqa said...

kaki mr bingka nampak teruk bengkaknya!!
minta mak urut tak???

selalu waktu sakit ibu je yg tahu kan.

Lan Bingka said...

Balqis: itu 2 tahun lepas. memang teruk pun.. masa kena tu rasa macam nak pitam.
lepas 3 hari tu saya gi jumpa tukang urut terus. terpaksa la tahan sakit masa diurut..

Mohd Shahrul Hafizi said...

bole tahan lebam ko tu. kena tackle ke? hahaha.

Lan Bingka said...

Shahrul: memang pun.. masa main futsal

annfrendly said...

isk teruknya kaki awak yang terseliuh tu.. dasat.. berbirat-birat..
haaa.. masa main futsal??
teringat sepupu saya punya kawan..
ligamen kepala lutut dia terkoyak sebab main futsal.. isk.. sampau kena operate..seram dengar..

Lan Bingka said...

annfrendly: memang teruk, gi hospital terus diorang bagi kerusi roda..hehe

2 bulan berehat tak main futsal..;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

ko main ganas sangat ni.

Lan Bingka said...

shahrul: bukan ganas mana pun, terlebih semangat je.. orang nak shoot bola masuk gol, aku nak halang la konon..nak rampas bola. sekali kaki aku yg kena rembat..