Tuesday, July 27, 2010

Hari Marathon

Di pagi yang gelap itu, dengan bersemangat saya menunggang motor ke rumah Faizul. Waa..syoknya, macam ni rupanya pagi hari Ahad. Yeah, pagi Ahad yang aktif! Setelah membelok masuk ke Jalan K2, saya lihat Faizul berdiri di hujung jalan, sedang menunggu di depan rumahnya. Saya angkat kedua-dua belah tangan, macam baru menamatkan perlumbaan. Dia hanya berpeluk tubuh. Kagum barangkali. Ala..baru pukul 6.35, sempat lagi..hehe

Saya sangat teruja pagi tu. Kali pertama nak menyertai marathon. Haha..seboleh-seboleh nak sebut marathon, padahal 11 km je, suku marathon namanya tu. Sebelum ni tak pernah la saya nak masuk lari-lari ni. Masa kat sekolah dulu ada la, itupun memang program sekolah. Bukannya jenis terbuka macam ni.

Sejurus pintu kereta ditutup, saya terus memula bicara: "Kata ada baju free" "Ada aku cakap ke?" "Ada la, dalam phone hari tu" "Hahaha..aku pun dah lupa" "Hampeh tul, tipu." "Dapat kot kat sana...hahaha" "Banyak la ko, takkan hari ni baru sibuk-sibuk nak bagi baju."

Pukul 7.30 pagi para peserta lelaki dilepaskan untuk larian. Peserta wanita dah dilepaskan 15 minit lebih awal. Laju peserta lain memulakan larian. Kami berjalan je awal-awal tu, sebab masa tu saya baru nak pasang nombor pada baju. Nombor tu baru dapat dari kawan Faizul yang dah sampai lebih awal. Lepas beberapa meter baru kami mula berlari seiringan. Tak dapat la nak lari sepanjang masa. Sekali sekala kami berjalan (selalu kot). Saya bukannya ada berlatih pun. Faizul ada la juga berjoging di KLCC pada waktu petang. Bila nampak payung 7UP Revive dari kejauhan, kami seronok..."Yes, revive!" Sampai je di  payung tu, kami mencapai secawan air isotonik yang disediakan di atas meja. Para petugas sibuk menuang air ke dalam cawan-cawan kertas yang masih kosong. Ahh...lega. Beberapa kilometer lepas tu, nampak lagi payung dari kejauhan. "Yes, revive!"  "Wak lu, tu orang jual nasi lemak"

Catatan masa: 1 jam 30 minit

***

Selesai menonton The Sorcerer's Apprentice, kami menuju ke medan selera di tingkat 2Dah hampir pukul 3 petang, perut pun dah lapar semacam. Oops..terlupa, sebelum ke medan selera kami singgah di kaunter tiket. Tak ramai orang pula hari Ahad tu. "Inception, pukul 5.30, untuk 3 orang..Ok?"...tanya pekerja di kaunter"  "Ok!"..balas Kamal. Saya dan Dell mengangguk setuju. "Pehh, pagi marathon berlari, petang marathon movie plak". Kamal dan Dell tergelak.


"Ko makan apa Lan?" "Entah, sini je kot"(sambil menunjuk ke arah kedai yang dimaksudkan). "Aku cari kat sana la"..kata Kamal. Saya pun beratur. Panjang sikit pun takpe la, banyak masa lagi.  "Yes, makan apa?" "Spaghetti Napolitana"

Sampai di rumah malam tu saya terus baring di atas katil. Lunyai. Sedar-sedar dah pagi.


Bingka: Are you genius? Try to watch Christopher Nolan's 'Inception'..

14 comments:

yott said...

dpt hadiah apa marathon?
11km..jauh jgk tu

Lan Bingka said...

dapat goody bag, botol air & sijil je. ok la tu, masuk pun percuma..:)

diraja22 said...

remaja sihat rupanya.. teruskan2..

Lan Bingka said...

diraja22: saja isi masa lapang. kalau ada geng ok la..;)

maCy said...

best2.. suka lari2.. tp lagi suka makan free..hee

Lan Bingka said...

maCy: makan free pun ada hari tu. saya capai 2 bungkus nasi lemak bawak balik..
tapi macam tak kena je lepas acara larian bagi makanan nasi lemak kan..

iyllienaz said...

haha..masa jumpa payung yang nasi lemak tu, tal stop dulu ke makan??

Lan Bingka said...

iyllienaz: tak bawak duit..;p

eL said...

Next year masuk KL Marathon pulak. Tapi kena bayar.

Lan Bingka said...

eL: kalau tak mahal sangat boleh gak cuba...ala saja2 je..;)

yonna said...

semua cakap inception best niiiiiiiiiii! huwaaaa kena tengok jugakkk!

Lan Bingka said...

yonna: bergantung kat orang gak best ke tak. bagi sesetengah orang, filem ni berat, tak tercapai dek akal.

tapi belum ada cerita yang genius macam ni. rasa otak macam diteroka dan digali bila tengok cerita ni. susah la nak diterangkan. kena tengok sendiri baru tahu.

Faizul said...

Revive!!! Revive!!! hahahhahaha.. tapi berjaya habiskan... gempak la tu...

Lan Bingka said...

Faizul: target kita memang nak habiskan.. ok la tu..;p