Sunday, June 13, 2010

Minum sampai muntah

Zack datang melawat. Memang selalu dia singgah di meja saya jika tak sibuk dengan kerja-kerja pejabat. "Tengok ni Zack, tak habis lagi" (sambil menunjukkan botol air mineral besar kepadanya. Isinya ada lagi 1/4).

"La...ni yang beli hari Isnin hari tu ke?"
"Haah...kau punya dah habis ke?"
"Aku sehari dah habis"
"Waa..aku sampai hari ni (Khamis) tak habis-habis"
"Sikitnya kau minum.. Sehari kena minum 2 liter air tau"
(Lebih kurang 8 gelas air sehari)
"Tak larat la aku nak habiskan sebotol besar ni dalam sehari"
"Mana boleh..kena habiskan gak..hehe"
"Esok aku habiskan la.."

Teringat kenangan waktu sekolah dulu. Saya pernah minum satu botol air mineral 1.5 liter tu secara one-shot (dihabiskan dengan sekali teguk). Dipaksa sebenarnya. Dah lupa denda atas kesalahan apa. Biasalah, tinggal di asrama. Macam-macam. Saya habiskan dalam 1 minit 20 saat.

Habis je titisan air terakhir ditelan. Saya muntah macam air terjun, mencurah dari koridor tingkat 1 ke longkang di tingkat bawah. Keluar semula nasi makan malam saya. Oh, lepas prep saya makan biskut/kek coklat. Habis semua keluar juga. Cis.

Tiba giliran Bob. Dia habiskan dalam masa seminit. Gila la Bob..

Bingka: Kagum dengan pasukan Korea Selatan (kalahkan Greece 2-0)

9 comments:

yott said...

sy amalkan minum air suam 3 gelas besar sebaik bgn pagi dan jgn mkn apa2 selepas tu selama 45 minit
ni doctor yg saran kan
mula2 dulu mmg munth
tp skrng dah trbiasa

Kujie said...

kat sekolah Intan, ada waktu2nya cikgu suruh murid berhenti menulis atau apa2 saja...dan semua murid akan di suruh minum....ramai2 dalam kelas...hehehe

Lan Bingka said...

yott: haa..banyaknya

Kak Jie: eh baguslah macam tu.. :)

meowwmania said...

muntah air terjun?? ngee~~

cheryna zamrinor said...

sha..sentiasa paksa diri utk minum. bila kembung, gi kencing. tp lepas nieh pindah opis, ntah leh minum banyak ke tak...:(

Balqish said...

salam ziarah.
kalau minum air dua botol sebelum tidur, esok nak buang air besar pun senang.

Lan Bingka said...

meowwmania: haha..tu la muntah saya paling banyak

sha: saya pun nak minum banyak gak la lepas ni.

balqis: dua botol? alamak tak mampu saya nak buat..

sis shuhada: kena minum gak la, baik untuk kesihatan. kalau asyik minum air manis, nanti muda2 dah ada penyakit, susah gak kan..

yonna said...

hari2 minum air sejuk je T_______T mmg terlebih ckup lah dari 2 liter rasanya hahaha.

banyakkan minum air masak ye bro :D

Lan Bingka said...

yonna: baik! selalunya kat pejabat 1 botol mineral kecik pun tak habis dalam sehari.. lepas ni kena pastikan habis..;)