Monday, June 7, 2010

Menjelang Piala Dunia 2010

Kelmarin saya bermain futsal semula setelah dua minggu berehat kerana kecederaan lutut. Main pun pakai knee guard, takut sakit balik. Cerita pasal cedera ni, semakin bertambah pula bilangan pemain bola sepak yang cedera menjelang sepak mula Piala Dunia pada 11 Jun nanti. Malangnya nasib mereka kan. Ye la, bukan selalu Piala Dunia ni, 4 tahun sekali. Yang mana masih muda mungkin masih berpeluang beraksi pada edisi seterusnya, tapi bagi yang berusia akhir 20-an, inilah masa terbaik untuk menyertai kejohanan berprestij ni. Lagi 4 tahun belum tentu mereka terpilih. Kalau terpilih pun, mungkin prestasi mereka tak seperti sekarang. Silap-silap negara mereka tak berjaya pun ke Piala Dunia. Lagilah malang. Antara pemain yang tak dapat bermain dalam Piala Dunia kali ni ialah John Obi Mikel, Michael Ballack dan Rio Ferdinand. Yang terbaru Didier Drogba dan Arjen Robben, tapi mungkin mereka masih ada peluang. Kita tengok saja nanti.

Bagi peminat bola sepak, anda dah bersedia ke untuk Piala Dunia? Saya tengok ramai yang dah beli jersi pasukan pilihan dan buku Piala Dunia. Pasti ramai juga yang dah hafal pasukan-pasukan dalam setiap kumpulan kan. Untuk edisi kali ni, nampaknya Kumpulan G yang terdiri daripada  pasukan Brazil, Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara merupakan kumpulan maut. Untuk menambahkan lagi kehangatan Piala Dunia, jom sertai McDonald's FIFA World Cup Fantasy. Boleh jadi pengurus dan pilih pemain-pemain kita sendiri. Saya dah siapkan pasukan saya..:)

 Saya sokong Malaysia! 

Bercakap pasal Piala Dunia ni, apa pasukan pilihan anda? Anda kenal ke pemain pasukan yang anda sokong? Atau anda ikut orang je..haha. Untuk Piala Dunia kali ni, masa perlawanan paling awal ialah pada 7.30 malam dan paling lewat pada 2.30 pagi. Jadi buatlah pilihan nak menonton perlawanan yang mana satu. (klik untuk jadual perlawanan). Hah, anda akan pergi ke Afrika Selatan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia? Wow..

Bingka: Viva EspaƱa!!

6 comments:

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.
Balqis memang tak faham fasal bola ni.
yang tahu pemain-pemain kacak saja.

Lan Bingka said...

balqis: ye ke..hmm takpe la. piala dunia ni kejohanan penting tau untuk peminat2 bola. kena fokus gitu..;p

Liyka said...

diriku menyokong argentina.. !
nasib baiklah time piala dunia ni tgh cuti semester. dapt gak nengok ngan ayah n adik, kalo tak dpt tgk nanges la, hahaha.

Lan Bingka said...

Liyka: cool la pompuan minat bola ni. good luck utk argentina..;)

Cik Zoe said...

saya sokong Italy.
Italy pasti menang!
=)

Lan Bingka said...

cik zoe: bagi team lain la plak..hehe