Tuesday, June 8, 2010

Arjuna Episod 2

Pertarungan akhir pertandingan berentap menemukan Arjuna dan kawan baiknya Indra. Mereka bertarung dengan begitu sengit, siap bersenjata. Akhirnya Arjuna berjaya menikam Indra. Lepas tu kelam kabut pula dia mendapatkan Indra dan menekap luka di badan Indra dengan tangannya. Dengan tak semena-mena luka itu sembuh. Ramai orang terkejut, termasuk Arjuna sendiri. Nasib baik Arjuna tiba-tiba ada kuasa, kalau tak dah arwah si Indra tu. Kalau selalu mereka menganjurkan pertandingan ni, habis pupus pemuda-pemuda di kampung.

Lang Kajai dan Nading ditugaskan mencari Arjuna. Mereka yang berjubah hitam dan bertopeng terjumpa bapa Indra di hutan dan minta dibawa ke rumah Arjuna. Dalam masa yang sama Satria Aduka dan Suria (anak muridnya) dari Perikatan Pendekar Sakti sedang meredah hutan belantara. Mereka juga dalam perjalanan mencari Arjuna.

Apabila Lang Kajai, Nading dan bapa Indra sampai di rumah Arjuna, hanya ibunya berada di rumah. Mereka telah mengasari ibu Arjuna dan menggeledah rumahnya. Ibunya cuba menghalang lalu terjadilah pergelutan. Dalam pergelutan itu, ibunya ditikam.

Seorang pemuda berlari mendapatkan Arjuna dan bapanya di tepi pantai. Dia membawa perkhabaran rumah mereka diceroboh. Dalam masa yang sama, Satria Aduka dapat merasai ada sesuatu yang buruk sedang berlaku kepada keluarga Arjuna. Dia dan Suria bergegas ke rumah Arjuna dengan kelajuan cahaya.  Kalau awal-awal guna kuasa tu pasti dah lama sampai.

Apabila Arjuna dan bapanya sampai di rumah, bapanya terus bertarung dengan dua penjahat tu manakala Arjuna segera mendapatkan ibunya di dalam rumah. Dia ingin merawat luka ibunya dengan kuasa sakti, tapi ibunya menolak. Arjuna seakan setuju lalu membiarkan ibunya 'pergi'. Semasa bertarung, bapanya ditikam. Pada masa itu juga Satria Aduka dan Suria sampai lantas meneruskan pertarungan sengit itu. Arjuna mendapatkan bapanya pula. Dalam saat genting itu, bapanya menyerahkan Permata Wilis kepada Arjuna. Barulah Arjuna faham mengapa rumahnya didatangi penjahat itu. Dia juga terlupa nak menyembuhkan luka bapanya. Mungkin juga dia rasa bapanya akan menolak seperti ibunya. Lang Kajai dan Nading tidak mampu menyaingi kehebatan Satria Aduka dan Suria lalu melarikan diri. Selepas itu, bapa Arjuna menghembuskan nafas terakhir. Arjuna sangat sedih. (Siapa suruh kamu tak selamatkan mereka? Dah ada kuasa tu guna je la..)

Selepas mayat kedua ibu bapanya dikebumikan, Satria Aduka berkata "Kita terpaksa berangkat sekarang". Arjuna pun mengikuti kedua-duanya. Babak ni paling berjaya buat saya terpinga-pinga. "Nak pergi mana?" (itu soalan yang keluar dari mulut saya) Arjuna tanpa bertanya apa-apa, terus mengikut mereka. Kalau saya tengah rilek makan kuih bingka kat rumah, tiba-tiba ada orang datang bagi ayat macam tu, takkan buta-buta je saya nak ikut. Mestilah saya akan tanya, "Siapa kau?" dan banyak lagi soalan. Sepatutnya Satria Aduka dan Suria perkenalkanlah diri mereka dan ceritakanlah asal-usul Arjuna. Ceritalah tentang 'kehebatan' Adipura. Ceritalah tentang Perikatan Pendekar Sakti. Ceritalah mengenai Grakus. Ceritalah juga mengenai pedang dan permata sakti tu. Lepas tu barulah cerita nak pergi mana. Nak ngeteh ke, nak pekena lepat pisang ke..tak kisah la. Barulah Arjuna faham apa yang sedang berlaku. Bukan Arjuna je yang akan faham, PENONTON pun akan faham.

Saya nak tunggu episod ke-3. Saja nak bagi diri tertekan. Setakat dua episod ni, habis je cerita Arjuna, saya dan adik pasti mempersoalkan banyak babak dalam cerita ni. Dah macam berdiskusi. "Apa la babak tu.. apa la babak ni.. apa la dialog tu.. apa la skrip ni.." Macam-macam. Memang kami melekat dengan cerita ni. Cerita ni berjaya buat kami terpinga-pinga, tertanya-tanya dan tak puas hati. Sebab yang unik untuk mengikuti sebuah drama kan..haha.

Bingka: Ada geng tak?

8 comments:

DiyanaDaniel said...

Sebenarnya saya dah tertinggal untuk mengikuti episod ke 2,tetapi bila membaca entry ini, saya faham dengan jalan ceritanya..saya pun terfikir juga, bagaimana produksi seperti KRU yang begitu berpengalaman tapi masih menghasilkan cerita ala-ala 'katun'begitu.

Lan Bingka said...

diyana: teringat cerita pendekar dulu2 kan..best. tak puas hati la, cerita ni boleh jadi lebih bagus sebenarnya..

meowwmania said...

x mnt lak citer2 camni huhuu

klik klik nuff

Lan Bingka said...

meowwmania: kalau kena gayanya, best tau..
thanks singgah..

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.
arjuna ni nampaknya selamba je.
berani ikut orang tanpa tanya.

*iklan rhb bank-jauhi orang yang tak dikenali.

Lan Bingka said...

balqis: macam kena pukau..heh

sis shuhada said...

masih xberjaya nk paksa diri layan cite org melayu lawan2 sambil terbang2.

Lan Bingka said...

sis shuhada: setakat ni takde terbang2, lompat2 ada la..