Tuesday, June 1, 2010

Adipura Pendekar Sakti

Slot Aksi di TV3 mempersembahkan: Arjuna - Episod 1. Saya teruja. Dah lama tak tengok drama pendekar. Menggunakan teknik CGI pula. Pasti mantap. Saya tunggu dengan penuh minat. Ada orang lain dah seminggu tunggu. Teruja lebih di situ.

Pendita Dzulkarnain adalah guru kepada 3 pendekar sakti yang handal iaitu Adipura, Grakus dan Gempita. (pendekar sakti ok, bukan pendekar biasa). Pendita Dzulkarnain mempunyai Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata yang akan diserahkan kepada anak muridnya yang paling layak. Grakus dan Gempita tidak berpuas hati kerana Adipura menjadi murid kesayangan Pendita Dzulkarnian. Akhirnya mereka berpaling tadah kepada dunia jahat dan diarahkan mencuri Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata. Cubaan mereka tidak berjaya. Akibatnya mereka disumpah oleh Pendita Dzulkarnain (tak jelas disumpah menjadi apa, cuma jatuh kesakitan beberapa saat dan bangun semula) dan dihalau daripada Perikatan Pendekar Sakti. Pedang dan permata tersebut diwariskan kepada Adipura dan keturunannya saja. Ternyata Adipura yang paling layak. Dia pendekar sakti yang hebat. Dia ada kuasa menyembuhkan luka. Tambahan pula, pedang sakti itu telah terbang ke dalam genggamannya. Benar bagai dikata, pedang itu mencari tuannya sendiri.

Beberapa tahun kemudian..
Adipura sudah mempunyai seorang isteri dan dua orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya bernama Arjuna. Adipura juga sudah menjadi seorang raja kerana membahasakan dirinya sebagai 'beta' dan mempunyai sekumpulan hulubalang (entah bagaimana dia boleh menjadi raja, tak pula diceritakan).  Gaya percakapannya memang melambangkan sifat keperwiraan yang tersemat dalam dirinya. Ilmunya pasti bukan calang-calang. Kalau tidak, masakan dia menjadi murid kesayangan Pendita Dzulkarnain.

Pada satu hari Adipura diserang oleh pengikut Grakus iaitu Lang Kajai dan Nading. Tujuan mereka tidak lain hanya untuk merampas pedang dan permata kepunyaan Adipura. Sebelum diserang, Adipura dan isterinya sempat menyerahkan Permata Wilis dan kedua-dua anaknya kepada Cintasari (adik ipar Adipura) untuk diselamatkan. Maka Adipura pun bertarung dengan kedua-dua pengikut Grakus. Sedang sibuk bertarung, isteri Adipura cuba masuk campur menyebabkan dia dibunuh. Adipura terlalu sedih dengan kematian isterinya lalu membunuh diri dengan serta merta menggunakan pedangnya. Saya dan adik saling berpandangan. Saya tepuk dahi. Memang babak ini yang kami tunggu, bukti kehebatan Adipura. Dia memang pendekar sakti. Kami takkan lupa babak ni.

Sekarang Arjuna dah besar. Dia berlatih bertarung pada waktu malam sambil tubuhnya berbungkus dengan kain. Mungkin dia kesejukan. Bapanya (bapa angkat) memerhati sambil mengangguk puas hati.

Bingka: Tak puas hati.

14 comments:

meowwmania said...

cerita pendekar ke? nape cam citer kartun je ekk jalan ceritanya huhuu

Lan Bingka said...

meowwmania: cerita pendekar la, ada ke cerita kartun..hehe

kersani said...

hehe! perghh, ni nak kena tonton ni.

lepas ni dah cuti panjang.

hehe! ada gaya boleh lawan nur kasih sama adamaya tak?

:)

Lan Bingka said...

kersani: dari segi kostum boleh la menang. untuk episod pertama ni..kurang mantap la. tunggu episod kedua plak..

Nurul Harun said...

hai Lan.

nurul pun terujaaa sgt nak tengok citer ni.

tp mula2 mcm x bape best la. tunggu nora danish sicantik jelita keluar! hehe. ;p

Lan Bingka said...

Nurul: betul tu. skrip tak berapa menarik la. jalan cerita pun longgar. ada ke patut pendekar sakti mati bunuh diri. loser..

harap episod seterusnya lebih baik..:)
ok la, tunggu nora danish ye..

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.

saya dari mula menonton dah rasa selesa mata melihat.

pergerakan cerita pun menarikkan?

Lan Bingka said...

balqis: idea asal nampak menarik..
aspek visual pun baik..
cuma apa yang boleh saya cakap, episod 1 ni saya tak berapa puas hati. banyak babak yang menimbulkan persoalan.
tapi takpe, baru episod 1 kan..

sis shuhada said...

owh zaman cerita pendekar kembali? teringat zaman kemasyuran rusdi ramli hehehe.

best eyy? okla nnti nak tgk sambil sapot drama melayu, ok.

Lan Bingka said...

sis shuhada: setakat ni biasa je. harap episod2 lepas ni best..

Irwan Amit said...

episod 1: agak lembab.. hehe :)

Lan Bingka said...

Irwan: tengok episod ke-2 plak macam mana..harap tak kecewa lagi

fndrocka said...

ada ke bunuh diri..tak satria langsung.huhu

Latest Entri : Rumusan Lagenda Budak Setan

Lan Bingka said...

fndrocka: babak tu memang bengap..
tak boleh terima langsung. ko buat cerita pendekar, episod pengenalan ko buat babak bodoh macam tu. kalau memang nak mati bunuh diri, tak perlulah dari awal nak tunjukkan gaya perwira adipura tu. tunjukkan la dia seorang pengecut atau dia memang ada hutang dengan ah long. jadi kalau dia bunuh diri memang kita boleh terima la.

dalam keadaan macam tu, orang biasa yang bukan pendekar pun rasanya akan jadi marah dan serang orang jahat habis-habisan, kalau lepas tu dia mati dibunuh takpe la, puas hati sekurang-kurangnya dah melawan.

ataupun buat la adipura terus memapah isterinya yg dibunuh tu. tengah sedih meratap kematian isterinya, dia dibunuh dari belakang.

atau, kalau memang nak sangat buat babak adipura mati bunuh diri, tunjukkanlah dia dah bunuh kedua2 orang jahat tu dulu.

see.. kan banyak pilihan lain..