Wednesday, June 30, 2010

Piala Dunia dalam suasana rimba

Minggu lepas saya sibuk dengan seminar yang dijalankan oleh jabatan saya. Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor. Pada tahun lepas kami adakan seminar di Pulau Tioman, kali ni kami nak merasai suasana rimba pula. Perkara pertama yang diperiksa setelah masuk ke bilik penginapan ialah saluran TV. "Yeay..ada ASTRO! Boleh tengok World Cup". Selain pembentangan kertas oleh para peserta, aktiviti yang dijalankan ialah bermain futsal, mandi-manda, senamrobik, jungle trekking, flying fox dan sukaneka. Saya juga sempat berjoging seorang diri pada pagi hari ketiga. Bagusnya kalau hari-hari dapat buat macam ni. Menghirup udara segar pagi, bersenam sambil menghayati suasana terbitnya mentari. Owhh..

 Buaian tempat bersantai

Bermain futsal dengan bos

 Flying fox

Pada malam kedua, kami mengadakan malam BBQ dengan tema Malam Syurga Rimba. Disebabkan tema tu, ramai peserta mengumpul daun-daun semasa jungle trekking. Kemudian mereka hias daun-daun tu pada pakaian mereka. Sambil makan ada antara peserta dan urusetia yang berkaraoke. Saya macam biasalah, kena jadi photographer. Selamat, tak kena nyanyi...hehe. Acara malam tu diselang-selikan dengan cabutan Lucky Strike. Saja kami tukar namanya kerana hadiah-hadiah pada malam tu adalah sumbangan para peserta sendiri. Setiap seorang akan dipanggil membuat cabutan, dan mereka akan mendapat hadiah yang diberi oleh peserta lain. Kira macam bertukar-tukar hadiah la. Cool kan. Syaratnya hadiah yang disumbangkan mesti  RM20 ke atas. Ada yang dapat hamper, kipas angin, beg, bingkai gambar, jam dinding, toaster dan macam-macam lagi.

 Jungle trekking

Berehat selepas jungle trekking

 Derma darah

 Susahnya darah nak berhenti keluar

Yang bagusnya seminar kali ni diadakan pada hari Rabu hingga Jumaat. Jadi lepas balik dari seminar dapat berehat dua hari sebelum bekerja semula. Tak payah nak ambil cuti rehat dah. Jumaat malam tu sebelum saya pergi bermain futsal, Faizul telefon.. "Lan, esok joging kat Titiwangsa nak". "Jom!"


Bingka: Minggu lepas memang minggu mengamalkan gaya hidup sihat!

Thursday, June 17, 2010

Datang awal sebelum penerbangan

Pulang dari kerja semalam saya tengok kedudukan decoder ASTRO atas gerobok tv sudah berubah. Ala..siapa yang alih ni? Mana pergi resit teksi bawah ni? Habis semua orang saya tanya, terutama orang yang mengemas ruang tamu. 2-3 orang ahli rumah cuba mencari kertas kecil tu. Saya pun turut sama mencari tapi tak jumpa. "Wan, nanti cari balik tau..RM80 tu"...saya mengingatkan.

Pada hari Ahad lepas saya bertolak ke Langkawi. Dari rumah saya menaiki teksi ke LCCT. Selalunya saya naik bas saja dari KL Sentral, tapi sebab bawa banyak barang, terpaksalah naik teksi. Ada 3 jemputan kenduri kahwin saya tak dapat pergi...ala ruginya. Nak buat macam mana,  bos suruh pergi hari Ahad. Dalam perjalanan ke LCCT saya bersembang dengan Pak Wahid, pemandu teksi tersebut. Pak Wahid ni jiran saya, jadi banyaklah benda yang disembangkan. Sambil berbual, sesekali mata saya melihat kuda yang berlari-lari pada meter teksi...yeehaa. Sambil kuda tu berlari, sambil tu juga jumlah tambang meningkat. Laju pula tu.  Belum sampai Langkawi dah kopak duit aku..adehh. Saya tiba di LCCT dua jam sebelum waktu berlepas. Seperti biasa, LCCT memang penuh dengan manusia. Datang la pukul berapa pun.

Masa penerbangan pada pukul 4.10 petang. Saya berdiri di depan kedai buku di balai berlepas sambil menunggu dua orang lagi rakan sekerja. Ami sampai pada pukul 3.15 petang. Kami pun ke kaunter daftar masuk. Entah macam mana, nama Ami tiada dalam sistem. Disebabkan hari Ahad, tak banyak yang boleh dilakukan. Nak telefon bahagian pentadbiran di tempat kerja, takde orang. Telefon ejen tiket pun tak berangkat. Nak periksa emel yang dihantar dari ejen tiket, tiada Wi-Fi pula. Pada pukul 3.30 petang Ira pula tiba. Kaunter dah ditutup ketika dia nak mendaftar masuk. Setelah pergi ke kaunter lain, dan disuruh pula ke dua kaunter lain, baru dia berjaya mendaftar masuk. Dengan orang yang ramai pada cuti sekolah ni, kelam kabut dibuatnya. Nasib baik berjaya, kalau tak mana nak letak barang yang banyak tu. Kalau tak bawa barang-barang tu, macam mana nak buat kerja..ish. Terdengar rungutannya mengenai Air Asia. (Aik, salah Air Asia ke?) Sepatutnya datang la lebih awal, terutama kalau bawa banyak barang. Ini tidak, setengah jam sebelum penerbangan baru nak muncul. 

Pada pukul 3.45 petang, masalah Ami masih belum selesai.  Kami terpaksa berlepas dulu ke Langkawi. Akhirnya Ami terpaksa membeli tiket lain, masa penerbangannya pada pukul 7.40 malam.

Dari bilik, saya turun ke ruang tamu.. "Wan, dah jumpa dah" "Kat mana?" "Dalam beg" "Ceh.."
Nasib baik saya tak marah-marah. Tenang gitu. Kalau tak, malu woo..

Bingka: menginap selama 2 malam di hotel yang tiada ASTRO ketika berlangsungnya Piala Dunia = bosan!

Sunday, June 13, 2010

Minum sampai muntah

Zack datang melawat. Memang selalu dia singgah di meja saya jika tak sibuk dengan kerja-kerja pejabat. "Tengok ni Zack, tak habis lagi" (sambil menunjukkan botol air mineral besar kepadanya. Isinya ada lagi 1/4).

"La...ni yang beli hari Isnin hari tu ke?"
"Haah...kau punya dah habis ke?"
"Aku sehari dah habis"
"Waa..aku sampai hari ni (Khamis) tak habis-habis"
"Sikitnya kau minum.. Sehari kena minum 2 liter air tau"
(Lebih kurang 8 gelas air sehari)
"Tak larat la aku nak habiskan sebotol besar ni dalam sehari"
"Mana boleh..kena habiskan gak..hehe"
"Esok aku habiskan la.."

Teringat kenangan waktu sekolah dulu. Saya pernah minum satu botol air mineral 1.5 liter tu secara one-shot (dihabiskan dengan sekali teguk). Dipaksa sebenarnya. Dah lupa denda atas kesalahan apa. Biasalah, tinggal di asrama. Macam-macam. Saya habiskan dalam 1 minit 20 saat.

Habis je titisan air terakhir ditelan. Saya muntah macam air terjun, mencurah dari koridor tingkat 1 ke longkang di tingkat bawah. Keluar semula nasi makan malam saya. Oh, lepas prep saya makan biskut/kek coklat. Habis semua keluar juga. Cis.

Tiba giliran Bob. Dia habiskan dalam masa seminit. Gila la Bob..

Bingka: Kagum dengan pasukan Korea Selatan (kalahkan Greece 2-0)

Saturday, June 12, 2010

Wakil Malaysia di Piala Dunia

Saya baru sampai rumah. Tadi saya keluar memeriahkan suasana Piala Dunia, tengok perlawanan pertama antara Afrika Selatan dan Mexico. Kawan saya yang ajak tengok kat luar. Katanya nak tengok Javier Hernandez, pemain yang MU baru beli tu. Ala, bukan dalam kesebelasan utama pun..hehe. Keputusannya 1-1. Nasib baik Mexico dapat menyamakan kedudukan. Mereka memang berhak dapat mata dalam perlawanan ni. Tak adil kalau Afrika Selatan menang, sebab gol pertama Mexico dibatalkan kerana offside. Apa punya bengap la penjaga garisan tu. Terang-terang tak offside la brader. Takkan nak bagi kelebihan kat tuan rumah kot. 

Teringat Piala Dunia 2002 di Korea Selatan/Jepun. Terdapat beberapa keputusan kontrovesi yang dibuat oleh pengadil dan penjaga garisan dalam perlawanan yang melibatkan Korea Selatan. Pertama ketika bertemu Itali pada pusingan kedua (Korea Selatan menang 2-1). Kedua ketika mengalahkan Sepanyol pada pusingan suku akhir (Korea Selatan menang menerusi penentuan sepakan penalti). Bukan brader dari Malaysia ye yang bengap tu. Brader Malaysia jadi pengadil ke-4 untuk perlawanan ni.

Wakil Malaysia - Subkhiddin Mohd Salleh

Bingka: Ada yang demam ke?

Tuesday, June 8, 2010

Arjuna Episod 2

Pertarungan akhir pertandingan berentap menemukan Arjuna dan kawan baiknya Indra. Mereka bertarung dengan begitu sengit, siap bersenjata. Akhirnya Arjuna berjaya menikam Indra. Lepas tu kelam kabut pula dia mendapatkan Indra dan menekap luka di badan Indra dengan tangannya. Dengan tak semena-mena luka itu sembuh. Ramai orang terkejut, termasuk Arjuna sendiri. Nasib baik Arjuna tiba-tiba ada kuasa, kalau tak dah arwah si Indra tu. Kalau selalu mereka menganjurkan pertandingan ni, habis pupus pemuda-pemuda di kampung.

Lang Kajai dan Nading ditugaskan mencari Arjuna. Mereka yang berjubah hitam dan bertopeng terjumpa bapa Indra di hutan dan minta dibawa ke rumah Arjuna. Dalam masa yang sama Satria Aduka dan Suria (anak muridnya) dari Perikatan Pendekar Sakti sedang meredah hutan belantara. Mereka juga dalam perjalanan mencari Arjuna.

Apabila Lang Kajai, Nading dan bapa Indra sampai di rumah Arjuna, hanya ibunya berada di rumah. Mereka telah mengasari ibu Arjuna dan menggeledah rumahnya. Ibunya cuba menghalang lalu terjadilah pergelutan. Dalam pergelutan itu, ibunya ditikam.

Seorang pemuda berlari mendapatkan Arjuna dan bapanya di tepi pantai. Dia membawa perkhabaran rumah mereka diceroboh. Dalam masa yang sama, Satria Aduka dapat merasai ada sesuatu yang buruk sedang berlaku kepada keluarga Arjuna. Dia dan Suria bergegas ke rumah Arjuna dengan kelajuan cahaya.  Kalau awal-awal guna kuasa tu pasti dah lama sampai.

Apabila Arjuna dan bapanya sampai di rumah, bapanya terus bertarung dengan dua penjahat tu manakala Arjuna segera mendapatkan ibunya di dalam rumah. Dia ingin merawat luka ibunya dengan kuasa sakti, tapi ibunya menolak. Arjuna seakan setuju lalu membiarkan ibunya 'pergi'. Semasa bertarung, bapanya ditikam. Pada masa itu juga Satria Aduka dan Suria sampai lantas meneruskan pertarungan sengit itu. Arjuna mendapatkan bapanya pula. Dalam saat genting itu, bapanya menyerahkan Permata Wilis kepada Arjuna. Barulah Arjuna faham mengapa rumahnya didatangi penjahat itu. Dia juga terlupa nak menyembuhkan luka bapanya. Mungkin juga dia rasa bapanya akan menolak seperti ibunya. Lang Kajai dan Nading tidak mampu menyaingi kehebatan Satria Aduka dan Suria lalu melarikan diri. Selepas itu, bapa Arjuna menghembuskan nafas terakhir. Arjuna sangat sedih. (Siapa suruh kamu tak selamatkan mereka? Dah ada kuasa tu guna je la..)

Selepas mayat kedua ibu bapanya dikebumikan, Satria Aduka berkata "Kita terpaksa berangkat sekarang". Arjuna pun mengikuti kedua-duanya. Babak ni paling berjaya buat saya terpinga-pinga. "Nak pergi mana?" (itu soalan yang keluar dari mulut saya) Arjuna tanpa bertanya apa-apa, terus mengikut mereka. Kalau saya tengah rilek makan kuih bingka kat rumah, tiba-tiba ada orang datang bagi ayat macam tu, takkan buta-buta je saya nak ikut. Mestilah saya akan tanya, "Siapa kau?" dan banyak lagi soalan. Sepatutnya Satria Aduka dan Suria perkenalkanlah diri mereka dan ceritakanlah asal-usul Arjuna. Ceritalah tentang 'kehebatan' Adipura. Ceritalah tentang Perikatan Pendekar Sakti. Ceritalah mengenai Grakus. Ceritalah juga mengenai pedang dan permata sakti tu. Lepas tu barulah cerita nak pergi mana. Nak ngeteh ke, nak pekena lepat pisang ke..tak kisah la. Barulah Arjuna faham apa yang sedang berlaku. Bukan Arjuna je yang akan faham, PENONTON pun akan faham.

Saya nak tunggu episod ke-3. Saja nak bagi diri tertekan. Setakat dua episod ni, habis je cerita Arjuna, saya dan adik pasti mempersoalkan banyak babak dalam cerita ni. Dah macam berdiskusi. "Apa la babak tu.. apa la babak ni.. apa la dialog tu.. apa la skrip ni.." Macam-macam. Memang kami melekat dengan cerita ni. Cerita ni berjaya buat kami terpinga-pinga, tertanya-tanya dan tak puas hati. Sebab yang unik untuk mengikuti sebuah drama kan..haha.

Bingka: Ada geng tak?

Monday, June 7, 2010

Menjelang Piala Dunia 2010

Kelmarin saya bermain futsal semula setelah dua minggu berehat kerana kecederaan lutut. Main pun pakai knee guard, takut sakit balik. Cerita pasal cedera ni, semakin bertambah pula bilangan pemain bola sepak yang cedera menjelang sepak mula Piala Dunia pada 11 Jun nanti. Malangnya nasib mereka kan. Ye la, bukan selalu Piala Dunia ni, 4 tahun sekali. Yang mana masih muda mungkin masih berpeluang beraksi pada edisi seterusnya, tapi bagi yang berusia akhir 20-an, inilah masa terbaik untuk menyertai kejohanan berprestij ni. Lagi 4 tahun belum tentu mereka terpilih. Kalau terpilih pun, mungkin prestasi mereka tak seperti sekarang. Silap-silap negara mereka tak berjaya pun ke Piala Dunia. Lagilah malang. Antara pemain yang tak dapat bermain dalam Piala Dunia kali ni ialah John Obi Mikel, Michael Ballack dan Rio Ferdinand. Yang terbaru Didier Drogba dan Arjen Robben, tapi mungkin mereka masih ada peluang. Kita tengok saja nanti.

Bagi peminat bola sepak, anda dah bersedia ke untuk Piala Dunia? Saya tengok ramai yang dah beli jersi pasukan pilihan dan buku Piala Dunia. Pasti ramai juga yang dah hafal pasukan-pasukan dalam setiap kumpulan kan. Untuk edisi kali ni, nampaknya Kumpulan G yang terdiri daripada  pasukan Brazil, Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara merupakan kumpulan maut. Untuk menambahkan lagi kehangatan Piala Dunia, jom sertai McDonald's FIFA World Cup Fantasy. Boleh jadi pengurus dan pilih pemain-pemain kita sendiri. Saya dah siapkan pasukan saya..:)

 Saya sokong Malaysia! 

Bercakap pasal Piala Dunia ni, apa pasukan pilihan anda? Anda kenal ke pemain pasukan yang anda sokong? Atau anda ikut orang je..haha. Untuk Piala Dunia kali ni, masa perlawanan paling awal ialah pada 7.30 malam dan paling lewat pada 2.30 pagi. Jadi buatlah pilihan nak menonton perlawanan yang mana satu. (klik untuk jadual perlawanan). Hah, anda akan pergi ke Afrika Selatan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia? Wow..

Bingka: Viva EspaƱa!!

Tuesday, June 1, 2010

Adipura Pendekar Sakti

Slot Aksi di TV3 mempersembahkan: Arjuna - Episod 1. Saya teruja. Dah lama tak tengok drama pendekar. Menggunakan teknik CGI pula. Pasti mantap. Saya tunggu dengan penuh minat. Ada orang lain dah seminggu tunggu. Teruja lebih di situ.

Pendita Dzulkarnain adalah guru kepada 3 pendekar sakti yang handal iaitu Adipura, Grakus dan Gempita. (pendekar sakti ok, bukan pendekar biasa). Pendita Dzulkarnain mempunyai Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata yang akan diserahkan kepada anak muridnya yang paling layak. Grakus dan Gempita tidak berpuas hati kerana Adipura menjadi murid kesayangan Pendita Dzulkarnian. Akhirnya mereka berpaling tadah kepada dunia jahat dan diarahkan mencuri Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata. Cubaan mereka tidak berjaya. Akibatnya mereka disumpah oleh Pendita Dzulkarnain (tak jelas disumpah menjadi apa, cuma jatuh kesakitan beberapa saat dan bangun semula) dan dihalau daripada Perikatan Pendekar Sakti. Pedang dan permata tersebut diwariskan kepada Adipura dan keturunannya saja. Ternyata Adipura yang paling layak. Dia pendekar sakti yang hebat. Dia ada kuasa menyembuhkan luka. Tambahan pula, pedang sakti itu telah terbang ke dalam genggamannya. Benar bagai dikata, pedang itu mencari tuannya sendiri.

Beberapa tahun kemudian..
Adipura sudah mempunyai seorang isteri dan dua orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya bernama Arjuna. Adipura juga sudah menjadi seorang raja kerana membahasakan dirinya sebagai 'beta' dan mempunyai sekumpulan hulubalang (entah bagaimana dia boleh menjadi raja, tak pula diceritakan).  Gaya percakapannya memang melambangkan sifat keperwiraan yang tersemat dalam dirinya. Ilmunya pasti bukan calang-calang. Kalau tidak, masakan dia menjadi murid kesayangan Pendita Dzulkarnain.

Pada satu hari Adipura diserang oleh pengikut Grakus iaitu Lang Kajai dan Nading. Tujuan mereka tidak lain hanya untuk merampas pedang dan permata kepunyaan Adipura. Sebelum diserang, Adipura dan isterinya sempat menyerahkan Permata Wilis dan kedua-dua anaknya kepada Cintasari (adik ipar Adipura) untuk diselamatkan. Maka Adipura pun bertarung dengan kedua-dua pengikut Grakus. Sedang sibuk bertarung, isteri Adipura cuba masuk campur menyebabkan dia dibunuh. Adipura terlalu sedih dengan kematian isterinya lalu membunuh diri dengan serta merta menggunakan pedangnya. Saya dan adik saling berpandangan. Saya tepuk dahi. Memang babak ini yang kami tunggu, bukti kehebatan Adipura. Dia memang pendekar sakti. Kami takkan lupa babak ni.

Sekarang Arjuna dah besar. Dia berlatih bertarung pada waktu malam sambil tubuhnya berbungkus dengan kain. Mungkin dia kesejukan. Bapanya (bapa angkat) memerhati sambil mengangguk puas hati.

Bingka: Tak puas hati.