Sunday, May 16, 2010

Tak padan dengan kau

Kelmarin saya pergi ke Langkawi atas urusan kerja. Berdua dari Kuala Lumpur. Disebabkan masa penerbangan pada pukul 7.30 pagi, pukul 5 pagi saya dah minta adik saya hantar ke KL Sentral. Dari KL Sentral saya menaiki bas ke LCCT. Perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke LCCT bermula seawal pukul 3 pagi dengan kekerapan setengah jam sekali. Dua tiga kali juga pusing bangunan KL Sentral tu, tapi tak nampak bas yang dicari. Rupa-rupanya di tingkat bawah. Kena turun menggunakan lif atau escalator. Kenapalah tak diletakkan apa-apa papan tanda di situ...ish ish. Dah turun ke bawah baru la nampak papan tanda SkyBus. Nasib baik sempat naik bas pukul 5.30 pagi. Kalau terlepas bas tu, memang adik saya kena hantar ke LCCT la.

Di Langkawi, setelah urusan kerja selesai, kami bersama rakan-rakan di sana keluar untuk makan tengahari di Pekan Kuah. Ada 8 orang semuanya termasuk saya. Perempuan ada 7 orang. Semasa makan tu, saya didatangi oleh seorang makcik. Sebelum tu saya dah nampak dia bagi sekeping kad pada setiap orang di situ. Saya pun diberi kad yang sama. Kalau bagi je takpe, siap bercerita pula kat situ, cerita pasal ads4bucks. Saya tak gemar sebenarnya diganggu masa makan ni. Tapi terpaksa la dengar juga. Sambil berdiri dia bercerita..

Kau dah dapat ni? Belum
Nah, kau ambil ni. Kau balik KL nanti kau masuk website ni (sambil tunjuk alamat website pada kad). Lepas ni kau berhenti main Facebook, kau main ni pulak. Baik kita tolong sesama orang kita, betul? Ya..
Nak buat apa kau buang masa main Facebook? Baik kau masuk sini, lepas tu kau promote kat kawan-kawan kau, ok? (Saya angguk).. Bla bla bla bla..
Kita memang cari orang-orang muda macam kau ni, biar makin berkembang. Anak makcik pun masuk benda ni. Dia kat KL juga, kat Putrajaya. Tapi tak padan dengan kau. Dia dah 26 tahun, kau ni baru 21. Betul? Berapa umur kau? (Saya jawab). Haa..ye ke? (Not even close makcik..;p) Nama kau siapa? Lan. Rakan yang lain dah tersenyum-senyum. Ok Lan, jangan lupa na? Contact no. semua ada kat situ. Yang lain pun sama ok, jangan lupa.. (Rakan yang lain mengangguk). Makcik tu pun berlalu dengan gengnya.

Sembang-sembang lepas tu..

Waa..aktif betul makcik-makcik tu.. 
Umur dalam linkungan 50-an tu..
Memang sesuai la jadi promoter kan.. Takde nak malu-malu..
Apa ads4bucks ni?
Mungkin...Bla bla bla bla...

Ok, masa untuk shopping! Nak beli cokelat..

14 comments:

Oong-ong said...

haha,,dasat nye

cheryna zamrinor said...

uish...gila ke ape?
kalau sha tak kenal, maunya tersipu dan tak mungkin nak suka2 macam tuh!:(

iyllienaz said...

haha..berhenti main facebook..boleh ke??

Lan Bingka said...

nuRuLain_zAiNi: ape yg dasat? hehe

sha: betul la tu, memang tak dapat la nak selamba macam tu..

illienaz: nak kurangkan boleh la, nak berhenti terus susah sikit..:)

eL said...

Yang lain semua tak penting, yang paling penting makcik tu dah muda kan tuan punya blog lebih dari 5 tahun ahaksss!!! Tak belanja makcik tu minum air sirap?

Lan Bingka said...

eL: hehe..betul2. yg best tu tak payah nak cerita kat kawan2, semua dah dengar sendiri..wawawa..;p

Balqish said...

promosi habis-habisan.
siap sebut nama anak sekali tu.

Balqish said...

mesti berhenti main facebook kah?
tak boleh. tak boleh.

Lan Bingka said...

Balqis: masa kitorang sampai tu dia tengah makan kat situ dgn geng dia. terus jadi sasaran promosi la..hehe

haha..memang susah kan..

IamYonna said...

bila makcik tu cakap bro umur 21, terus yonna klik profile bro! HAHAHAHAH mmg not even closeeeeeeeeee! ngahahaha. mmg padan lah dengan anak dia LOL

ads4bucks? hurm, yg mcm orang dok park link dekat shoutbox kita tu ke? bila kita klik,diorang earning dari situ?

mengarut ah. beria je makcik tu. cakap kat dia, main blog lagi best lah T________T

Lan Bingka said...

yonna: hehehe..
betul gak kan, patut cakap kat dia main blog lagi best.. lagi best dari anak makcik..hahaha

Nurul Harun said...

haahha. kelakar sungguh makcik tu. kelakar dan berkeyakinan. heeee.

Lan, nak coklat.

Lan Bingka said...

Nurul: hehe..
nak ke, datanglah umah..;p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ads4buck? Social networking ke?