Friday, May 7, 2010

Kawan dia kata dia memang laju

Kereta dipandu laju...zooomm. Mata fokus memandang ke depan. Jalan sibuk dengan kenderaan. Tak kira, nak laju juga. Nak tunjuk aku hebat. Mesti ramai yang kagum. Sedang laju tu, ada lori di depan. Aahh..menghalang laluan, menyekat pandangan. Terus masuk ke laluan bertentangan untuk memotong. Tiba-tiba mata masing-masing terbeliak. Ada sebuah kereta dari arah depan. Lampu dipasang tanda marah. Hon dibunyikan kuat. Zuppp...berselisih. Nasib baik sempat masuk ke lorong kiri semula, kembali ke belakang lori tadi. Fuhh..lega. Lalu kereta, lori, jalan raya...semuanya disalahkan.

Woi, kamu nak bunuh kami ke?

Ada manusia tu, pandu kereta macam orang gila. Saya duduk di sebelah. Dua orang lagi sahabat duduk di belakang. Bukan saya tak biasa naik kereta yang dipandu laju. Selalu. Tapi takde la macam ni. Laju tak bertempat, laju tapi tak cekap. Nyawa bagai telur di hujung tanduk. Kaki dah macam apa dah, kejap-kejap rapat menekan ke bawah, macam nak tekan brek kecemasan. Nasib takde brek je. Kalau tak memang dah berhenti kereta tu.

Teringat saat baru bertolak tadi, sahabat di belakang sempat hantar sms: "Lan, saya dah hantar sms kat Mimi, suruh dia doakan keselamatan kita". Saya menoleh memandangnya di belakang. Dia sedang menadah tangan. Saya tersengih..lalu membalas sms: "Haha, baguslah tu...semoga kita selamat tiba!"

Dan akhirnya kami selamat tiba. Owh...terlalu lama rasanya perjalanan ini. 

Kalau kamu nak bunuh diri, jangan heret kami sekali..!

Bayangkan kalau betul-betul terjadi sesuatu, tajuk Harian Metro esoknya..."SMS terakhir".

20 comments:

BalqisShafiqa said...

kebetulan.

siapa yang memandu drift ni???
jom pegi Jepun masuk Initial-D.

ekeke.

FarhanaDr said...

Soklan takde kena mngena.. Sape mimi? Hehehe.. ;p

Saye dulu bawak laju dan tak cekap.. Skang laju dan cekap.. Tapi ttap rase mcm telur kat ujung2 tanduk.. Huhu.. Jadinya skang dah kurang laju bawak pon cekap.. Ekeke.

nabilah_2908 said...

dulu..sy pun suka bawa laju...tp sejak2 accdnt...pernh langgar seorang india mabuk....dah rasa ngeri bila bawa laju2...huhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI YANG CERIA

ika honey bunny said...

ish3.. bahaye betol

Lan Bingka said...

balqis: tunggu sticker P tu dicabut la..ekeke

Farhana: tu kawan satu ofis.. bukan nama sebenar pun..hehehe. tapi nama dia memang mula huruf M..;p

nabilah: ha, langgar orang? bahaya tu..

ika: kalau drive sorang, lantak la nak buat macam mana pun.. ini tak, nyawa orang lain pun dalam bahaya..

eNaSaN said...

hati2 lah memaNdu ingaTlah org TersyG...(^_^)

Lan Bingka said...

eNaSaN: betul tu.. thanks singgah

miss dilla said...

fuhh. memang ngucap pnjng.

Lan Bingka said...

dilla: mau nye tak. dah sampai tu rasa macam...owh aku masih bernafas.. alhamdulillah..

Kujie said...

pernah juga naik kereta yang dipandu seseorang yang pada nilaian kita 'tidak cukup' syarat

sepanjang perjalanan tak senang duduk...kaki kebas dok tekan brek

yonna said...

pergh, siap dah rangka tajuk depan Metro HAHAHAHA.

tp serius seriau bila mcm tu kan? T___T rasa mcm... haih mmg nak goal dah la. bahaya la bawak laju2 ni. lg2 dlm bab2 potong ni

Lan Bingka said...

Kak Jie: orang macam ni perasan dia bagus.. padahal kita yg jadi penumpang ni rasa macam, adoi..gagal.

yonna: hahaha..ada kemungkinan diorang guna tajuk tu, betul tak?..;p
memang seriau habis..:)

shazika said...

baca doa naik kenderaan dan mengucap sebelum bertolak

TeRRoRRiZZ said...

betol2.
kalo nak mampus jangan ajak yang lain mampos sekali.....
berhati2 di jalan raye

iyllienaz said...

laa..nape xtegur je??ckp je straight depan2 dia..kadang2 dia xsedar..sbb tu la kena ingat mengingati..

Lan Bingka said...

iyllienaz: ada gak tegur, tu pun cakap berkias: "lambat sikit pun takpe, banyak lagi masa ni"..
kejap je slow nye..

segan plak nak tegur lagi, pegawai pangkat lebih tinggi dan lebih tua. jadi berserah je la..

Sharinginfoz said...

sayangilah nyawa anda.. ingat org tersayang....

Jangan Lupa Segmen Kenali Blogger

✿ shuhada said...

hahaha baru td bawa laju2 sbb kejar appointment dentist.
tp I laju berhemah, ok sbb I bawa 2 anak somel n adk bongsu I!
yg penting, slamat sampai, slamat balik.
syg nyawa ooo.

Nurul Harun said...

eee bahaya betul. Lan tak suruh ke dia bawa slow sikit?

tak pun, suruh dia belajar memandu dgn nurul dulu. okay!

Lan Bingka said...

Nurul: dia tu bukan nak dengar..
haha..baik!