Monday, April 5, 2010

Rewang kenduri kahwin

Hujung minggu lepas saya balik ke kampung di Batu Pahat untuk meraikan perkahwinan sepupu saya. Seperti biasa kalau ada kenduri di kampung, mesti la kena rewang. Takkan nak datang makan je. Yang kahwin bukan orang lain pun, sepupu sendiri, memang kena turun padang la.

  Pelamin yang sangat cantik

Ada yang tak tahu rewang tu apa? 'Rewang' tu bermaksud gotong-royong majlis kenduri. Tak kisahlah kenduri apa pun. Asal ada kenduri, ada lah rewang. Berlainan dengan orang di bandar. Kebanyakannya guna katering sekarang. Antara sebabnya adalah masa dan ruang yang terhad. Tenaga kerja pun kurang. Seronok buat kerja-kerja rewang ni. Di samping dapat berkumpul dengan saudara-mara dan melakukan kerja bersama-sama, dapat juga berbual dan bergurau senda. Maklumlah, bukan selalu dapat berkumpul begitu. Memang meriah. Hmm...kalau kenduri di kampung pun guna katering, alahai...bosannya.

 Lencana geng rewang

Antara kerja-kerja yang sempat saya lakukan ialah membasuh pinggan (ni memang kerja utama) dan membuat air untuk tetamu. Keperluan di khemah tetamu seperti nasi, lauk, air, pinggan, gelas, air basuh tangan dan lain-lain juga sentiasa dipantau bersama geng rewang yang lain.

 Saya sedang beraksi di bahagian air

Dari majlis nikah pada malam Sabtu hinggalah selesai kenduri pada petang semalam (Ahad), banyak betul kerja-kerja yang dilakukan. Penat tetapi seronok. Ni kira ok la jugak,  buat secara buffet. Dulu lagi penat, buat secara berhidang, pehh...memang lunyai dibuatnya. Lepas maghrib semalam, saya dan adik-adik pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Setakat tu saja yang kami dapat tolong. Esok (hari ni) dah nak kerja. Masa kami nak balik tu, pengantin lelaki sedang tekun mencuci periuk. Selamat Pengantin Baru! Periuk tu kami tinggalkan untuk awak basuh ye..

Bingka: Susah betul buat kenduri ketika air dicatu..

13 comments:

zirconia said...

walaupun saya duduk di kl tapi masih ada rewang bila kenduri =)

Kujie said...

kejubus tu sebelum rewang ye..hehehe


betul - pelamin yang sangat cantik

Nurul Harun said...

rewang tu bunyi lain mcm je kan..hehehehe..

Lan Bingka said...

kak jie: kejubus tu bunyi macam jatuh dalam air la..hehe

nurul: kalau kat sekolah, rewang tu ponteng kan? hehehe..

eL said...

Lan, lencana geng rewang tu ada lagi? Nak kertas kaler hijau tu je. Bunga tu taknak.

Lan Bingka said...

eL: oo..dah habis rewang sibuk nak lencana eh.. keje tak nak buat..;p

saya bagi tuala good morning je la..hehe

yonna said...

pelamin tu ... kerawang2 dia mcm style inggeris :D

mana gambar pengantin,bro? T___T

Lan Bingka said...

yonna: haah kan..cun la

gambarnya ada dalam pc..
lain kali la masukkan..;p

Lan Bingka said...

zirconia: hmm..bagus2
mesti awak yg paling rajin nih..;p

KERAK NASI said...

kamu ke yg pakai tshirt devil tazmania tu?

Lan Bingka said...

Kerak Nasi: yup, saya la tu..:)

KERAK NASI said...

sy pun ade tshirt tu..hehe..

Lan Bingka said...

KERAK NASI: patut la awak tahu..hehe