Friday, April 16, 2010

Kasih Ibu

Semalam saya berehat di depan tv sambil menonton berita. Abah dan emak sedang makan malam di dapur. Rasa letih, malas nak turut serta. Habis berita, menonton 999 pula. Separuh jalan menonton, saya ke dapur. Tudung saji dah terlangkup di atas meja. Mereka dah selesai makan nampaknya.

Mak: Dah makan belum?
Saya: Belum, baru nak makan la ni
Mak: Nasi dah habis, tu ha...tengah masak lain
Saya: Ye ke, takpe la

Capai sebiji pisang, terus masuk ke bilik dan online. Sedang online tu, tiba-tiba adik cakap nak ke pasar malam. Baru teringat belum makan... "Wan, burger satu!"...."Ok". Saya sambung online semula. Mandi pun belum. Gasak la...nanti baru mandi

Beberapa minit kemudian, mak memanggil dari dapur. Nasi dah masak katanya. Saya menyahut, tapi rasa macam malas pula nak makan nasi, sebab dah pesan burger. Saya teruskan menghadap komputer. Seketika kemudian Wan balik...burger ada di meja makan katanya.

Saya pun ke dapur. Bestnya...dah lama tak makan burger. Saya makan burger...ngap...sedap. Baru nak ngap yang kedua, terpandang telur goreng dari celahan tudung saji. Erk, mak dah masakkan untuk saya. Saya singkap tudung saji...erk, mangkuk lauk yang tadi kering kini dah bertambah isinya. Memang dihidang untuk saya.

Beberapa detik kemudian... sedar-sedar saya sedang makan nasi di situ. Burger yang baru segigit dijamah dah berbungkus kembali. Tak sampai hati rasanya tak makan. Penat mak siapkan untuk saya.

Tak lama lepas tu, ada seseorang pulang dari kerja. Saya bertanya: "Dah makan?"... "Belum"... "Tu ada burger, makanlah".

16 comments:

penaberkala said...

salam singgah
hoh, nice one
hargailah mereka selagi masih ada

ika said...

hehe. betul2. tp, sapa yg habiskan bger? haha

Lan Bingka said...

penaberkala: thanks..kadang2 kita tak sedar mereka berkecil hati..

ika: adik saya..;p

s h a r v i na said...

mak selalu syg anak kan?
tp anak je yg selalu x sedar.
and i suke la ur story. ;)

Lan Bingka said...

sharvina: betul tu..

jangan la jadi macam si tanggang..

*thanks..

s h a r v i na said...

ahaha..
mmg la kte xley jd si tanggang.
itu adalah sgt x baek.

cHeRyNa PiReS said...

air tangan ibu pasti yang terbaik:)

Lan Bingka said...

betul2..kalau duk jauh dari rumah, pasti merindui masakan ibu..:)

eL said...

Teringat mak huhuhu. Hari-hari teringat mak. Dulu, balik kerja je tak payah fikir pasal nak masak apa sebab mak dah masak. Kalau lambat makan mesti dia tanya, tak nak makan ke? Kadang-kadang memang tak nak makan tapi sebab dah kena tanya, makanlah sikit. Kesian kat dia yang dah masakkan khas untuk kita yang balik kerja lambat ni. Kebiasaannya bila balik kerja mesti makan. Bila tak makan, dia akan perasan kenapa anak dia tak makan. Yang hairannya, walau dah kenyang, nampak lauk dia masak walau sebiji telur, memang akan terasa lapar balik. Oh tidak(!) airmata meleleh ni :-)

Lan Bingka said...

el: sob..sob..bila nak balik kg nih..

-BalqisShafiqa- said...

kasih ibu tu tak akan habis sukatannya. :)

Nurul Harun said...

jealous.

dulu arwah mak mcm tu la layan nurul. kdang2 sampai merajuk sbb lauk dh habis, tp mak masakkan juga. ish. sedih. :(

Lan Bingka said...

Balqis: melimpah2 ada la..

Lan Bingka said...

Nurul: erk..baru tahu..sorry
banyakkan berdoa untuk arwah ibu ye..

yonna said...

berair mata baca T____________T betul bro. diorang takkan sanggup tgk kita berlapar semua. walau lauk simple2 pun ttp akan disediakan untuk kita.

and yonna pun, kalau balik keluar dgn member2 dah kenyang pun, still akan makan apa yang my mom masak. sedaya upaya nak habiskan lauk T_________T tak sampai hati kalau tak makan :(

Lan Bingka said...

yonna: kalau tak larat nak habiskan pun, jamahlah sikit..